CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

AXIA E tawar kereta mampu milik.

[Copy link]
Post time 13-7-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Kereta mampu milik


AXIA E tawar kereta mampu milik.


Sasarannya mahu menawarkan seisi rumah yang masih menggunakan motosikal berpeluang memiliki kenderaan menerusi penawaran Perodua Axia E 2023 yang dilancarkan, baru-baru ini.

Ia ditawarkan pada harga RM22,000 dan lebih murah berbanding model sama diperkenalkan pada 2017 yang ketika itu dijual pada harga RM24,900.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata ansuran bulanan untuk Axia E ini pada sekitar RM300 sebulan adalah sama perlu dibayar bagi memiliki motosikal baharu.

"Walaupun tidak menentukan siapa pelanggan sasaran, namun kami percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang dialu-alukan oleh majoriti rakyat Malaysia dan menyasarkan jualan sebanyak 1,500 unit sebulan termasuk kepada korporat dan individu," katanya.

Antara ciri-ciri Axia E 2023 ini ialah ia diasaskan daripada model 2017 dengan enjin 1.0 liter 3 silinder DOHC VVTi menawarkan kuasa 67 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 91Nm pada 4,400 rpm dengan transmisi manual 5 kelajuan (MT).


RUANG kabin ringkas.
Ia menggunakan rim keluli (rim kompang) bersaiz 14 inci, bampar hadapan tanpa lampu kabus dan belakang keduanya tanpa sensor dan lampu utama halogen.

Meskipun ia tidak disertakan dengan radio namun disediakan antena, selain sistem audio dan pembesar suara perlu dipasang sendiri oleh pembeli yang hanya disediakan ialah sistem pendawaian untuk sambungan itu.

Cermin belakang juga tanpa pengilap cermin dan pemanas (defogger), perumah cermin sisi hitam tidak mengikut warna badan kenderaan.


KERUSI balutan fabrik.
Ruang kabin dwitona dan pada papan pemuka, panel pintu dan kerusi hitam dan bumbung lapisan warna cerah.

Untuk meter pemandu adalah analog dan digital pada takat bahan api, jarak perjalanan dan peringatan servis dan ia didatangkan dengan pendingin hawa manual serta roda stereng tanpa butang fungsi serta kerusi lapisan fabrik.

Varian ini adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Perodua Axia E didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun serta terdapat tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Ivory, Perak Glittering dan warna baharu - Kelabu Granite Grey.

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/vroom/ ... p;utm_medium=recsys

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list