CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6857|Reply: 46

Tahniah Krayon-tersenarai dalam senarai anugerah Academy

[Copy link]
Post time 5-1-2011 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Just recieved email from the producer...
at least, tersenarai pun dah ok..
Saya suka filem ni, memang best dan menyentuh hati.
as malaysian, sama-sama kita doa agar filem malaysian ni berjaya.
Dearest friends,

The Christmas shopping season and hustle and bustle of the New Year does
not put a stop to the buzz in the entertainment world as the list of
eligible movies competing for the Academy Awards, better known as the
Oscars was released. Expressions of shock and disbelief were in the air
upon hearing unprecedented news this week.


Crayon- a Malaysian made feature is on the list! It will be amongst 248
select movies vying for top honors for the 2011 Academy Awards to be held
end of February at the Kodak Theater in Los Angeles. This marks a
significant moment in Malaysian and Asian film history as this amazing
feat by our filmmakers is finally realized.


For a complete list of 2011 Academy Awards eligibility list go to:
http://www.oscars.org/awards/academyawards/rules/reminderlist.html#c


~ Warmest regards from the Producers of Crayon ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 08:42 AM | Show all posts
wowwww!!!! amat membangga kan!!
setau mak nok, bkn senang nak masuk list.. x kesah ler xdpt ke final, janji masuk list occay!
congrate to all
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:52 AM | Show all posts
Puteri gunung ledang dulu pon pernah tak dapat kena shortlisted kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply 3# alyssasarah

... baru nak tulis..
betul tu, susah nak tembus next stage rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:05 AM | Show all posts
tahniah....

tp citer pasal apa krayon nih??? sesapa leh citer?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:09 AM | Show all posts
Crayon dicalon ke Anugerah Academy
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/01/05
Karya tempatan cipta sejarah dinilai pada pengiktirafan perfileman terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd, Crayon, mencipta sejarah tersendiri apabila layak dinilai pada peringkat awal bersama-sama 248 judul lain pada anugerah perfileman terbesar dunia, Anugerah Academy, yang bakal berlangsung di Los Angeles, akhir Februari depan. Penerbitnya, Linda Ziegler, berkata pencalonan awal berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh wakil mereka di New York, Amerika Syarikat, kelmarin. “Apabila saya melihat sendiri senarai yang dikeluarkan The Academy of Motion Pictures Arts and Science di laman sesawang mereka, sudah tentu saya amat terkejut apabila Crayon dicalonkan sama pada peringkat awal, bersama-sama filem besar lain dari Amerika.

“Kini, kita sama-sama berdoa supaya juri akan terus melihat kelebihan filem ini. Senarai akhir akan hanya dikeluarkan penganjur pada 25 Januari,” kata Linda ketika dihubungi, semalam.

Linda berkata, filem berkenaan layak untuk proses penilaian awal selepas ia didapati memenuhi beberapa syarat ditetapkan, termasuk ditayangkan di Amerika Syarikat dan negara asal filem berkenaan.

Filem arahan Dean A Burhanuddin yang dibintangi Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joshry Adamme ditayangkan di negara ini bermula 11 November lalu. Seminggu sebelum itu, ia menemui penonton di Laemmle Theatres, Los Angeles.
“Sebagai penerbit, saya tentunya amat berbangga dengan pencalonan awal filem ini. Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk layak bersaing pada peringkat Top 5 dalam mana-mana kategori. Namun jauh di sudut hati tentunya saya berharap Crayon turut membuka mata juri,” katanya.

Paling penting, katanya, filem tempatan itu sudah pun dilihat oleh panel penilai peringkat awal anugerah terbabit.

“Setidak-tidaknya, filem kita sudah membuka mata sebahagian masyarakat di sana. Sekurang-kurangnya mereka sedar kewujudan filem yang baik dari negara ini,” katanya yang menyerahkan penyertaan filem itu pada pertengahan November lalu.

Crayon antara lain berkisar pada dua anak muda berlainan bangsa yang menuntut di Universiti Singapura, yang mencipta persahabatan dan melupakan perbezaan apabila sama-sama terbabit dalam kerja amal di sebuah rumah anak yatim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 09:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by MsCinderella at 5-1-2011 09:13





Starring               : Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joshry Adamme
Screenplay By  : Dean A. Burhanuddin
Directed By       : Dean A. Burhanuddin
Produced By    : Dean A. Burhanuddin, Linda Ziegler, Elise A. Hamid
Plot Outline      :

SINOPSIS DALAM BAHASA MALAYSIA:-
ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.
Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.
Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.
Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:15 AM | Show all posts
tahniah... w/pun br peringkat awal.... susah nak lepas.... top 5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 09:16 AM | Show all posts
Betul ke krayon dari Msia
Ntah2 Crayon dari negara Taiwan
Filim nama sama kaedahnya
Sbb Produser tengok dlm laman sesawang je..
Coba cek btol2

Apa pong, tahniah laaa... ok la tu
not bad
Tapi masih jauh nak banding ngan filim2 Thailand yg penah menang anugerah utama Cannes
...persaingan yg sihat
mungkin patut gi blaja ngan Thailand skali skala
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:28 AM | Show all posts
cerita ni memang best!! tp sayang yg ada dlm panggung time tu cuma ada 3 org sajerr tmasuk saya...jenis film yg xdihargai kt Malaysia tp org luar boleh appreciate...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:33 AM | Show all posts
bc kat blog2 banyak bg review cter ni best...
tp biasa la cter ni mmg tak laku kat panggung..tp opkos ni org akan pulun tgk bila tayang kat tv...atleast lepas ni karya org yg terlibat dlm cter ni org akan tunggu2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:10 AM | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 9# solstice




    Filem ni mmg dr Msia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:20 AM | Show all posts
congratz ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:30 AM | Show all posts
baca tajuk ingt..crayon shinchan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:01 AM | Show all posts
Mana nak download movie ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 11:13 AM | Show all posts
aku pun tengok filem ni, memang menarik, laki yang dipaksa teman aku menonton pun kata tak rugi dia tengok, memang best.
Eh yasmin Ahamd dulu pun bermula filem indie, org tak kenal pun, bila banyak menang anugerah baru orang pandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:34 AM | Show all posts
Congrats!! harap takde la yg nak merajuk bagai. (hint : FFM23 cite ladang)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:32 PM | Show all posts
Congrats!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.145380 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list