CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 0

Wanita bahagia kahwini abang ipar sendiri

[Copy link]
Post time 12-10-2023 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-10-2023 01:59 PM



JAKARTA – Seorang wanita Depok, wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mengahwini abang ipar sendiri setelah kakaknya meninggal dunia, sekali lagi menjadi perhatian selepas dia berkongsi perkembangan terbaharu keluarga mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rafida Sonia, 24, mula mencuri perhatian ramai tahun lalu selepas dia berkongsi  video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.
Dalam masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki  sama iaitu abang iparnya sendiri.

Menurut Rafida, kakaknya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya yang kini merupakan suaminya. Arwah meninggalkan seorang anak.

Bagi memastikan anak tersebut tidak berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, abang iparnya membuat keputusan mengahwini Rafida, memandangkan wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak itu.

Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.

Dia berkongsib gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.

“Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama.
“Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/10/12/wanita-bahagia-kahwini-abang-ipar-sendiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=wanita-bahagia-kahwini-abang-ipar-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.681490 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list