CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2865|Reply: 6

Siapa kenal Arzu Daud? Arzu Daud Kini Mendaki Puncak Kerjaya Sebagai Pengasas Hijab Premium di Malaysia!

[Copy link]
Post time 16-10-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Raih Pengalaman Daripada Pengusaha Tudung di Terengganu, Arzu Daud Kini Mendaki Puncak Kerjaya Sebagai Pengasas Hijab Premium di Malaysia!



Mewah, eksklusif serta elegan! Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan kelebihan Arzuscarf. Bermula daripada fabrik sehingga kepada stail penggayaan, Arzuscarf tidak sekadar fesyen. Ia turut mendidik golongan wanita untuk menghargai kecantikan serta gaya hidup yang dimiliki.

Arzuscarf yang diperkenalkan pada tahun 1995 sering kali menjadi pilihan golongan profesional dan kenamaan. Tidak hairanlah tudung bertaraf antarabangsa ini dijual pada harga setanding dengan kualitinya.



EKSKLUSIF

Arzu Daud, satu nama penting yang berjaya menjadikan Arzuscarf salah satu jenama terkenal di Malaysia. Mesra disapa sebagai Arzu, wanita kelahiran Turki berusia awal 50-an ini menganggap semua pesaingnya dalam industri hijab sebagai pencetus semangat bagi melakukan yang terbaik.

Arzu sentiasa menampilkan kelainan agar Arzuscarf terus relevan dengan permintaan semasa. Berbekalkan pengalamannya menetap di Malaysia sejak 28 tahun lalu sudah cukup membuatkan Arzu mengenali identiti, budaya serta gaya hidup masyarakat di sini.

“Arzuscarf mementingkan nilai eksklusif dalam rekaan yang menggabungkan fabrik asli berkualiti tinggi. Rekaannya on-trend seiring permintaan semasa. Saya menganggap Arzuscarf berjaya menambat hati masyarakat Malaysia dengan identitinya yang tersendiri.

Saya juga menjaga kualiti fabrik dengan cara tidak menggunakan campuran bahan sintetik dan polyester yang keras kerana kedua-duanya tidak sesuai untuk kulit serta boleh merosakkan. Sebab itulah saya katakan Arzuscaf tidak sekadar fesyen, ia turut mendidik wanita agar menjadi lebih peka.

Setiap rekaan tudung Arzuscarf menggunakan fabrik cotton paling mewah, wool dan sutera. Keadaan iklim di Malaysia akan memberi kelainan saat anda menyarungkan tudung Arzuscarf,” kongsi ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Akida.

PERMULAAN

Segalanya bermula sebaik Arzu mengenali seorang lelaki bernama Haji Yusuf yang berasal dari Terengganu. Beliaulah yang mengajar Arzu selok-belok perniagaan. Ketika itu Arzu seorang pensyarah berkelulusan kejuruteraan komputer. Dia juga kerap bercuti ke Malaysia dan mempunyai ramai kenalan di sini di samping turut membantu perniagaan tudung Haji Yusuf.


“Tahun 1999 saya membuka kedai menjual tudung pertama di Masjid Jamek dan sambutannya sangat baik. Setiap hari saya perlu berhadapan dengan bermacam karenah pelanggan serta persaingan. Saya latih diri sendiri untuk belajar dan faham budaya masyarakat Malaysia. Saya banyak belajar daripada pelanggan untuk menjadi peniaga yang baik.

Saya gemar mendekati pelanggan dengan cara mendidik mereka tentang kualiti dan nilai eksklusif. Saya percaya jika sesebuah produk itu berkualiti dan punya nilai eksklusif, pelanggan pasti kembali dan berpotensi untuk menjadi pelanggan tetap. Setiap produk kami dihasilkan di Malaysia termasuklah rekaan coraknya,” jelas Arzu yang kagum dengan kecantikan asli wanita Malaysia.

KEKUATAN

“Saya sentiasa utamakan kehendak pelanggan. Interaksi saya bersama mereka amat penting. Selalunya saya juga akan menasihati mereka seperti pentingnya mempunyai tudung berwarna asas di dalam wardrobe. Selain itu, saya juga membantu para pelanggan untuk suai padan dengan menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi.



Banyak perkara yang saya belajar daripada pelanggan dan selalu turun padang untuk mendekati peminat setia Arzuscarf. Ada kalanya saya berkongsi masalah bersama mereka yang mampu menjadi pendengar yang baik,” akhiri Arzu. Butik terbaharu Arzuscarf telah pun dibuka di Indonesia diikuti Dubai tidak lama lagi. Bagi anda yang ingin membeli koleksi Arzuscarf, boleh mengunjungi butik Arzu di KLCC, Pavilion dan Mid Valley.

Sumber:https://www.nona.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 04:18 PM | Show all posts
tudung dia tersangat ler lembut nya..kadang susah nak bentuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 01:26 PM | Show all posts
Baru nampak dia last weekend di Butik KLCC

Nampak dia cuba pakai few tudung and senang terbentuk tudung Arzu ni.
I rasa ada banyak follower tudunf Arzu ni. Dah bertahun dia boleh bertahan dengan butik dia di KLCC.

Semua tahu bukan mur-mur nak sewa kedai kat KLCC.
Setiap kali I lalu ada saja orang walaupun tak ramai tapi maybe jenis sekali keluar beli sampai 8-10 helai kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:26 PM | Show all posts
kimoree replied at 27-12-2023 01:26 PM
Baru nampak dia last weekend di Butik KLCC

Nampak dia cuba pakai few tudung and senang terbentuk tu ...

i tengok design shawl dia so so je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:59 AM | Show all posts
aina_shaira replied at 2-1-2024 03:26 PM
i tengok design shawl dia so so je

Thats why pelik how she can survive kat KLCC tu kan.
dari kecik makin besar kedai and zaman covid pun boleh survice
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam takde design baru. Asyik sale je. Baru ni, semua RM40
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 11:55 AM | Show all posts
Ya tudung dia sangat lembut dan mudah bentuk. Arzu ni rasanya dia ada peminat dia sendiri sbb kualiti dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068601 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list