CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 0

Kerajaan Kano taja perkahwinan untuk 1,800 pasangan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Negeri utara Nigeria itu turut memberi duit hantaran,perabot dan makanan,selain geran perniagaan kecil



Pasangan pengantin berduyun-duyun tiba untuk majlis resepsi perkahwinan di pejabat gabenor negeri Kano selepas diijabkabulkan beramai-ramai di Masjid Jamek Kano pada hujung minggu lalu. - Gambar AFP

KANO: Peniaga tekstil Yusuf Abdullahi kelmarin mengakui dia tidak mampu untuk berkahwin walaupun sudah berusia 30 tahun sehingga negeri Kano utara Nigeria membiayai dan mengadakan perkahwinan besar-besaran untuk 1,800 pasangan.

Hantaran perkahwinan untuk pasangan pengantin turut disediakan oleh kerajaan negeri dalam sebahagian daripada usaha untuk membolehkan golongan termiskin berkahwin.

Abdullahi salah seorang pengantin lelaki berjubah putih tradisional dan berkopiah merah yang mengikuti upacara hujung minggu itu.

"Hidup sungguh susah, sebab itulah saya tidak boleh berkahwin, walaupun saya mahu, sehinggalah pada hari ini," kata Abdullahi kepada AFP di masjid besar Kano di mana dia dan beberapa pengantin lelaki lain menunggu.

Pengantin perempuan bertudung merah terang di atas jubah panjang.

Majlis perkahwinan beramai-ramai itu turut berlangsung di masjid-masjid lain di seluruh negeri.

"Saya berdoa perkahwinan saya akan menjadi kunci kebahagiaan saya," kata Abdullahi.

Kenaikan harga bahan api, perumahan, pengangkutan dan makanan telah mendorong beberapa warga Nigeria, yang kebanyakannya hidup dengan pendapatan kurang daripada $2 (RM9.50) sehari, terus melarat.

Perkahwinan menelan belanja besar.

Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh ke atas keseluruhan proses dan keperluan perkahwinan, membayar hantaran pengantin perempuan sebanyak 50,000 naira (RM300) dan memberi perabot dan hadiah makanan, kata Gabenor Kano Abba Kabir Yusuf.

Kesemua 1,800 pasangan telah disambut di kediaman gabenor pada hari Sabtu dan diberikan hadiah.

Hantaran pengantin perempuan merupakan tradisi di beberapa bahagian Afrika di mana pengantin lelaki membayar sejumlah wang kepada keluarga pengantin perempuan, salah satu penghalang bagi sesetengah pasangan.

Di negeri Islam itu di mana norma budaya kuat, keluarga pengantin perempuan menyediakan perabot dan peralatan dapur, manakala pengantin lelaki menyediakan tempat tinggal, pakaian, kosmetik, barang kemas, kasut dan beg tangan.

"Keadaan ekonomi yang teruk di negara ini telah menyukarkan pasangan pengantin menyediakan perabot dan pakaian yang diperlukan untuk perkahwinan,” Abba Sufi, ketua pengarah polis Syariah Kano, Hisbah.

Kerajaan juga menyampaikan geran 20,000 naira kepada setiap pengantin sebagai benih untuk memulakan perniagaan kecil dan untuk membantu mengurangkan beban kewangan kepada suami mereka.

Program perkahwinan besar-besaran itu telah membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Kano dengan menyediakan kerja kepada pembuat perabot, pekerja bidang hospitaliti dan peniaga tekstil, kata Yusuf.

Perkahwinan beramai-ramai mendapat minat dalam kalangan wanita kerana negara itu mengharamkan perceraian tanpa persetujuan isteri.

Wanita yang bercerai dan sudah mempunyai anak dalam masyarakat konservatif ini boleh menghadapi masalah kewangan dan kesukaran untuk berkahwin semula.

Kano mempunyai kadar perceraian tertinggi berbanding mana-mana negeri Nigeria, dikatakan didorong kemerosotan ekonomi di wilayah pengilang yang dahulunya berkembang maju.

"Setiap pengantin lelaki perlu mempunyai pekerjaan, sumber pendapatan, untuk mengikuti perkahwinan besar-besaran ini," kata Sufi.

Tanggungjawab kewangan terletak terutamanya di bahu suami tetapi kemiskinan, ditambah dengan peningkatan inflasi menyebabkan pihak berkuasa menggalakkan wanita untuk bekerja.

Pengantin perempuan mengambil bahagian dalam sesi latihan vokasional sebelum perkahwinan di mana mereka diajar cara menjadikan produk rumah sebagai sumber pendapatan.

"Kebijaksanaan di sebalik mengajar pengantin perempuan beberapa kemahiran vokasional adalah untuk menjadikan mereka berdikari kerana kos sara hidup sangat mahal," kata Na'isa Ahmad, salah seorang pengajar kepada AFP.

"Tetapi jika seorang wanita mempunyai perniagaan, dia akan membantu dirinya, suaminya dan masyarakat secara keseluruhan," katanya.

Pengantin perempuan diajar cara membuat produk penjagaan badan, penyegar bilik dan racun serangga, menurut Maimuna Yakubu Yakasai, 47, pengantin perempuan yang menyertai latihan itu.

"Banyak yang kami pelajari, jika kamu mempunyai perniagaan yang memberikan sedikit wang, kamu boleh menampung perbelanjaan untuk meringankan beban suami," katanya. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056390 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list