CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 1

Ribut Babet badai Scotland, ratusan terperangkap dalam banjir

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-10-2023 08:38 AM



Satu pasangan bersama anjing mereka diselamatkan oleh anggota Pengawal Pantai di jalan raya yang dilanda banjir di bandar Brechin di timur laut Scotland selepas Ribut Babet melanda kelmarin. — Gambar AFP

BRECHIN: Seorang wanita maut selepas dihanyutkan ke dalam sungai dan beberapa keluarga terperangkap di dalam rumah yang dimasuki air di Scotland kelmarin ketika Ribut Babet bergerak ke timur selepas membadai Ireland.

Pejabat Met di Britain mengeluarkan amaran cuaca buruk merah yang pelik bagi beberapa bahagian di timur Scotland dengan “penurunan hujan luar biasa” sehingga lebih 22 sentimeter (8.6 inci) diramalkan pada awal kelmarin.

Pihak polis mengesahkan laporan bahawa mayat seorang wanita yang berusia 57 tahun ditemui selepas dia dihanyutkan ke dalam sungai di daerah Angus pada tengah hari Khamis.

Pihak berkuasa di daerah Cork selatan Ireland, di mana beratus-ratus rumah dan premis perniagaan telah dinaiki air pada awal minggu ini, menyifatkan banjir di sana sebagai yang terburuk dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 tahun.

Sebuah hospital komuniti bagi warga emas terpaksa dikosongkan di bandar Midleton dengan jalan raya utamanya dinaiki air setinggi empat kaki.

Ketika ribut itu melanda Scotland kelmarin, pemimpin Scotland Humza Yousaf memberikan amaran mengenai “keadaan yang amat berbahaya” terutama di bandar timur laut Brechin.

Perkhidmatan kecemasan telah berusaha untuk membantu penduduk yang terperangkap namun dihalang oleh arus deras dan banjir setinggi hingga enam kaki.

“Ia adalah benar-benar menakutkan. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperi ini,” kata kaunselor tempatan Jill Scott, sambil menambah bahawa beratus-ratus rumah telah dilanda banjir.

“Penduduk terperangkap... segelintir telah terkandas di sana selama beberapa jam.

“Beberapa bot sedang cuba untuk mendapatkan mereka (namun) mereka tidak dapat menghampiri disebabkan arus yang sangat kuat.

“Ia semua air putih yang mengalir di sekitar sana, Ia kelihatan seperti sebatang sungai.” tambahnya.

Anggota bomba dan Pengawal Pantai mula memindahkan penduduk di Angus pada Khamis, mengetuk pintu rumah dan menggesa penduduk agar pergi dari situ.

“Penghuni lebih 350 rumah di sekitar Angus telah dihubungi oleh pihak berkuasa  kelmarin dan dinasihatakan agar pindah,” kata seorang jurucakap bagi Majlis Mesyuarat Angus.

“Brechin, dan beberapa bahagian lain di Angus, sekarang hanya boleh dimasuki dengan menggunakan bot,” tambahnya. — AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 01:23 PM | Show all posts
mat salleh pun melalui banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.169425 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list