CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5384|Reply: 0

Insiden perlanggaran kapal: China, Filipina saling tuduh-menuduh

  [Copy link]
Post time 22-10-2023 06:51 PM | Show all posts |Read mode


BEIJING: China dan Filipina saling menuduh berhubung insiden pelanggaran membabitkan dua kapal negara itu di perairan Laut China Selatan.

Kapal pengawal pantai China menghalang sebuah bot Filipina yang menghantar bekalan kepada kapal tentera negara itu, dalam siri konfrontasi terbaharu maritim.

Kedua-dua negara itu terbabit dalam banyak pertikaian di kawasan Laut China Selatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya di Second Thomas Shoal yang merupakan sebahagian Kepulauan Spratly.

Sejak dahulu lagi, Filipina menghantar bekalan kepada pasukan tentera ditempatkan di sebuah kapal pengangkut era Perang Dunia Kedua yang digunakan sebagai pos di beting.

Situasi itu sekaligus mendorong kapal pengawal pantai China secara rutin menyekat misi penghantaran bekalan tersebut.

Dalam insiden pelanggaran berlaku pagi tadi, pengawal pantai China mengakui kapalnya terlanggar dengan sebuah bot Filipina.

Malah, kata pengawal pantai China, pasukannya juga `secara sah’ menghalang bot Filipina daripada menghantar `bahan binaan haram’ ke kapal perang.

Jelasnya, bot Filipina itu mengabaikan beberapa amaran dikeluarkannya dan bertindak melintasi haluan kapal China dan sengaja mencetuskan masalah sehingga menyebabkan pelanggaran itu berlaku.

Manila bertindak balas dengan mengutuk sekaras-kerasnya `gerakan menyekat berbahaya’ yang dilakukan oleh kapal pengawal China itu.

Pasukan Petugas Manila bagi Laut Filipina Barat dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan kapal China itu sebagai tidak bertanggungjawab, amat berbahaya dan menyalahi undang-undang.

Malah, pasukan petugas itu menegaskan tindakan kapal China juga mencabuli kedaulatan Filipina, hak kedaulatan dan bidang kuasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.209632 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list