CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4660|Reply: 42

Apakah pergolakan yang berlaku dlm Parti Keadilan Rakyat

[Copy link]
Post time 31-1-2011 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Nowdays asyik dengan ramai ahli PKR yang keluar parti, isu-isu DSAI, pemilihan parti yang tak transparrent, kaum India tak diberi keistimewaan dan mcm-mcm lagi... What happened actually yea? Jom tgk survey.... Semoga PKR dapat mengembalikan kepercayaan dan kewibawaan dalam kancah politik..dan lebih bersih, adil dan berkualiti...
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 37 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 01:40 AM | Show all posts
tak lain tak bukan...pergolakan didalam PKR disebabkan UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:54 AM | Show all posts
tak ada apa2 pun yg berlaku ...umno yg hantu guna tv sebar pitenah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 02:45 AM | Show all posts
pergolakan.. jika dilihat dalam kepimpinan tiada apa pergolakan yg berlaku, masing2 terus bersatu padu yg ada seakrang ini.. malah pada ketika ini, PKR semakin kuat setelah ketiadaan org2 yg berkepentingan sudah mula keluar parti...

sehingga sekarang, semua kepimpinan didalam PKR sendiri sentiasa mengalu-alukan kepada mereka yg merasakan diri mereka berkepentingan diri dan tak setia, maka bolehlah mengambil jalan keluar dari PKR... ia adlah proses2 biasa kepada parti2 yg baru bertapak dan mula mendapat kuasa.... pasti muncul yg gelap2 mata... dan setelah proses2 ini selesai, maka ia akan menjadi kukuh dan teguh terbina seperi mana yg pernah berlaku didalam DAP, PAS sendiri suatu masa dulu...


jadi tak perlu risau... setiap pemimpin yg ingin berpaling tadah, semua telah dialu-alukan awal2 seperti mana yg berlaku pada zahrin pulau pinang dulu setelah permohonan nak mendapat projek penang ditolak, PKR alu-alukan dia keluar, sama juga zulkifli nordin ketika setelah menang parlimen kulim bandar bahru dulu dan secara tiba2 calon UMNO menarik diri dari membatalkan keputusan PRU ketika itu.. kami terus mengalukan zul kulim keluar dari PKR..


jadi jgn risau... jika kita berjumpa dengan ahli2 kepimpinan PKR dan PR, kita dapat melihat bersatu padu mereka dalam mengembeleng parti2 sekarang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 08:09 AM | Show all posts
jarang nak dengar pemimpin, ahli parlimen atau Adun pas yang kluar parti.
Ahli Umno dan PKR patut kaji dan contohi kesetiaan ahli parti pas

Memang betul PKR rasa bersih jika Ahli yang tak setia mula kluar parti. TETAPI Rakyat yang mengundi mesti rasa tertipu. Keyakinan rakyat sedikit sebanyak akan menurun. Yang pelik musim kluar parti ni kerap berlaku jika ada pilihanraya umum atau kecil

Lainkali kalau ADUN atau ahli parlimen tukar parti atau jadi BEBAS kena la buat pilihanraya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 09:09 AM | Show all posts
jarang nak dengar pemimpin, ahli parlimen atau Adun pas yang kluar parti.
Ahli Umno dan PKR patut k ...
srumut Post at 31-1-2011 08:09


bai'ah yang buat pemimpin Pas taat setia.

   Bai’ah Pas dibantah
BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Kata mereka, bai’ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.
Bai’ah itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa.
  • Timbalan Dekan ISTAC, UIAM, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata: “Perkataan pertama yang saya mahu sebut ialah melampau! Sebab ia mengheret kehidupan keluarga ke pentas politik. Saya amat terkejut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2011 12:51 PM | Show all posts
ni semua pasal pasha la
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:07 PM | Show all posts
jarang nak dengar pemimpin, ahli parlimen atau Adun pas yang kluar parti.
Ahli Umno dan PKR patut k ...
srumut Post at 31-1-2011 08:09


hari ni 100 lagi PKR keluar parti di Sg Petani.

oklah tu...pembersihan dalaman PKR dari kelumpuk2 penderhaka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 01:08 PM | Show all posts
PKR sudah jadi parti koyak rabak
MENGIKUTI perkembangan terbaru yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin selepas ini parti itu lebih layak digelar Parti Koyak Rabak. Hati barisan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu bukan sahaja telah carik, malah semakin koyak rabak angkara sikap penasihat parti itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran itu, semakin banyak pemimpin PKR keluar parti selepas mendapati niat ikhlas mereka berjuang untuk memperkasakan PKR adalah sia-sia. Mereka kini sudah melihat bahawa perjuangan asal parti telah lari daripada matlamat asal sekali gus memaksa mereka angkat kaki. Mereka sedar bahawa selama ini, mereka hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar yang beria-ria mahu menawan Putrajaya.

Mereka juga sedar bahawa PKR kini bergerak semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar, bukannya nasib rakyat seperti yang dilagukan.

Tidak ada hebatnya kedudukan parti yang menyaksikan barisan pemimpinnya keluar meninggalkan perjuangan, seorang demi seorang. Kita tentu masih ingat Timbalan Presiden Chandra Muzaffar, Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan, Naib Presiden Marina Yusuf dan Setiausaha Agung Anuar Tahir telah lama meninggalkan parti tersebut. Kenapa mereka keluar? Tidak setiakah mereka terhadap parti atau ada sesuatu yang memaksa mereka berbuat demikian.

Semalam seperti yang dilaporkan media tempatan, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan gaya kepimpinan Anwar yang terlalu memanjakan anak emasnya, Azmin Ali sehinggakan semua nasihat daripada barisan pemimpin parti itu tidak dipedulikan kerana sayangnya Anwar terhadap Azmin. Mungkin kenyataan Gobalakrishnan itu menjawab segala persoalan di atas.

Kita tertanya-tanya juga, apa agaknya ilmu yang ada pada Azmin sehinggakan Anwar sanggup kehilangan sebilangan besar pemimpin parti, semata-mata mempertahankan anak emasnya itu. Adakah ilmu penunduk, ilmu pengasih atau apa saja ilmu yang membuatkan Anwar lebih rela melihat kerosakan berlaku pada PKR daripada melihat kerosakan menimpa Azmin.

Dalam hal ini, hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui, selain yang empunya diri - Anwar dan Azmin tentang apa sebenarnya yang melanda parti tersebut. Jika dihitung satu persatu wajah-wajah pemimpin yang meninggalkan PKR seperti yang disiarkan akhbar ini semalam, jumlah mereka yang tekad meninggalkan parti itu adalah 36 orang, tidak termasuk Gobalakrishnan. Beliau menjadi pemimpin yang ke-37 keluar parti.

Kita percaya, selepas ini akan banyak lagi yang akan mengikut jejak mereka. Ini kerana mereka semakin sedar bahawa Penasihat PKR itu bersama Timbalan Presiden PKR berjuang bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk kepentingan sendiri. Disebabkan itulah, maka di antara empat kerajaan negeri yang dipimpin oleh pakatan pembangkang di negara ini, negeri Selangor yang dipegang oleh PKR menjadi negeri yang paling kucar kacir. Lebih menyayat hati apabila menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri panas punggung kerana kerusinya kini diintai oleh Azmin yang mendapat sokongan kuat Anwar.

Jika dalam sebuah pentadbiran negeri, sudah menampakkan kekalutan dalam pemerintahan, maka kita sudah dapat bayangkan betapa huru hara dan kacau bilau negara jika diperintah oleh pakatan pembangkang. Soalnya, PKR wujud untuk siapa dan apa perjuangannya? Memang rakyat wajar bertanya kerana mereka sendiri keliru adakah mereka telah tersalah memberi tanggungjawab kepada PKR dalam pilihan raya umum yang lalu.

Masih belum terlambat untuk rakyat membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Singkirkan terus parti koyak rabak ini daripada sanubari dan buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih menyakinkan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:59 PM | Show all posts
kalau pergolakan dalam pkr disebabkan umno maka menunjukan umno telah menang dengan Tenang ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 02:17 PM | Show all posts
tak ada apa2 pun yg berlaku ...umno yg hantu guna tv sebar pitenah
the0ne Post at 31-1-2011 01:54



tu yang heran tu tak da apaapa yang berlaku tapi ramai yang cabut lari
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by totokumngok at 31-1-2011 15:22
jarang nak dengar pemimpin, ahli parlimen atau Adun pas yang kluar parti.
Ahli Umno dan PKR patut k ...
srumut Post at 31-1-2011 08:09



   PRU 12 PKR dan parti2 dalam pakatan rakyat ternyata belum bersedia untuk dan menjangkakan kemenangan besar sedemikian... tetapi menjelang PRU 13 pakatan rakyat amat bersedia memilih calon2 yg berkaliber dan berkelulusan dalam mencaturkan para calon2 yg akan bertanding nanti... dan jelas terbukti negeri2 dibawah pakatan rakyat terus bekerja dengan cemerlang dan sekarang kita dapat melihat muka2 barisan hadapan pakatan rakyat semua yg berkelulusan dan educated, berfikiran jauh....
malah pakatan rakyat juga telah menyediakan manifesto awal untuk rakyat menilai sedalam-dalamnya sedang BN masih lagi terkial untuk mereka bnetuk manifesto akan datang unutk menarik perhatian rakyat umum....

jadi, amat jauh perbezaan pakatan rakyat sebelum PRU12 dan PRU13 yg bakal menjelang... dan BN masih lagi terus mempertaruhkan barisan hadapannya seperti raja porno BN chua soi lek dan ketua pembangkang selangor satim diman seorang yg berkelulusan hanya SPM sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 03:22 PM | Show all posts
hari ni 100 lagi PKR keluar parti di Sg Petani.

oklah tu...pembersihan dalaman PKR dari kelum ...
Anak_Nogori Post at 31-1-2011 13:07



    Semakin kurang Ahli Parlimen PKR di Parlimen, DAP tak mahu nak tuntut ke..sebagai Ketua Pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 03:27 PM | Show all posts
genap aje bilangan org yang kluar parti lately..tak pernah ganjil
wartawan silap kira kot asyik genap seratus je yang kluar parti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 03:28 PM | Show all posts
Reply 14# srumut


    Wartawan ni mesti tak pass Math or statistik... Ikut sedap mulut je bagi jumlah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 03:57 PM | Show all posts
Reply  srumut


    Wartawan ni mesti tak pass Math or statistik... Ikut sedap mulut je bagi jum ...
perang_sivil Post at 31-1-2011 15:28



    dibundarkan kepada ratus yang hampir, ada dalam math.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 05:21 PM | Show all posts
PKR = Parti Kian Runtuh
PKR = Parti Kian Relai
PKR = Parti Kian Rebah
PKR = Parti Kian Reput
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 09:40 PM | Show all posts
duri dalam daging serta perjuangan dh menyeleweng...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 08:25 AM | Show all posts
Reply 1# perang_sivil

PKR parti pelbagai kaum....mana india dan cina mau duduk bawah melayu....tu yg sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 08:46 AM | Show all posts
semua gile kuasa..nak jd hero membela rakyat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.457954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list