CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikDaNdeLi0n

22 APRIL – 1 MEI: K L International Book Fair 2011 (gambar bermula pada m/s 10)

  [Copy link]
Post time 3-5-2011 09:19 AM | Show all posts
cari attokz tak jumpa..sampai pukul 2 kt booth karangkraf..tunggu abg RAM pun tak dapat.. ku kecewa....uwaaaaaaaaaaaaaaa.....
CR4Ever Post at 1-5-2011 17:35


Maaf sesangat. Ada urusan yang tak dapat nak di elakkan.
Kita hanya merancang namun DIA yang menentukan.Maaf sekali lagi ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply  CR4Ever


kisah mengenai attokz  
mula2 dia kata dia akan ada kt pwtc pukul 10pagi, ...
mijot Post at 1-5-2011 21:57
Maaf Mijot & Cik Puan Lyza dan kawan-kawan yang lain (yang pernah aku berjanji untuk dapatkan diskaun 35% PTS),
aku ada pada hari Ahad 1 Mei lepas. Aku hadir seawal jam 11 pagi. Tapi oleh kerana aku dipulangkan sebilah keris (yang menjadi gimik pelancaran Sutera Bidadari) maka aku bergegas semula ke kereta untuk simpan senjata tersebut.
Selepas itu pula, Abg RAM ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan, makanya terpaksa menemani beliau dan datang semula ke Grup Buku Karangkraf selepas solat zohor dan makan tengahari.


* Apapun, harap Mijot tak terkilan sangat sebab dapat bantuan dari staff PTS untuk dapatkan 30% diskaun (hari terakhir PTS bagi 30% pada belian RM100 ke atas).
Insya Allah jumpa pada waktu lain untuk aku tuntut hadiah 'besday'. Amacam? Best tak hero 'Laksamana Sunan' yang aku pilih? Enjoy tak dengan gimik pelancaran ala Flash-mob dan teater?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply 461# attokz


Tokzz....lupa plak Jumaat tu bday atokz...
Patut pun Star rasa mcm nk makan kek je...
Ni ha gmbar kek yg star mampu makan...


Nak g majlis geng2 tengkorak bersilang x mampu...
sepotong kek pun jadilah....
Anyway....bday yg ke brp Tokzz...????
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:08 AM | Show all posts
Reply  attokz


Tokzz....lupa plak Jumaat tu bday atokz...
Patut pun Star rasa mcm nk makan kek ...
silverstar333 Post at 3-5-2011 10:06


Tak pe la.Hari ulangtahun yang ke-17 thn.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:21 AM | Show all posts
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 baru saja usai semalam. Sakit bahu akibat menanggung beban yang berat masih terasa sehingga kini. Sengal! Kaki lenguh dek berdiri dan berjalan terlalu lama. Tetapi semua itu terubat apabila aku berulit dengan buku sepanjang cuti hujung minggu ini!

Tahun ini aku berkunjung ke pesta buku sebanyak 4 kali! Ya... 4 kali! Sebenarnya angka itu inginku tambah untuk menjadi 5 atau 6, tetapi poket dan kudratku seolah tidak merelakannya. Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa untuk menelaah koleksi-koleksi baru dan sedia ada. Cukup! Bisik hati kecilku.... Sedangkan nafsu buasku meronta-ronta agar membeli buku lagi dan lagi!

Dipendekkan cerita, aku paparkan koleksi buku yang sah menjadi hak milikku!


Koleksi majalah yang berjaya dirembat! Majalah Solusi dijual dengan harga RM 8 senaskah (harga biasa RM 9). Majalah-majalah Dawama terbitan 2009 dan 2010 dijual RM 1 senaskah, terbitan 2011 diskaun 20%. Mastika RM 3.10 senaskah (harga biasa RM 3.80). Sempat juga memperbaharui langganan majalah Nur dari Karangkraf dan Adik Muslim untuk Hakimi.


Ingin mahirkan diri dengan ilmu pintal-pintal dawai. Dapat diskaun 20% dari Karangkraf.


Koleksi buku dari PTS Publication dengan diskaun 25% hingga 30%.


Koleksi dari Read Network. Diskaun RM1 dari harga asal. Buku-bukunya sangat bagus!


Koleksi dari booth Alam Raya Enterprise.


Dua buku yang teratas adalah percuma dari Synergy Media!


Tidak banyak koleksi buku CAP yang dibeli tahun ini. Tetapi yang sangat mengujakan ialah aku berjaya memiliki buku Tragedi Natrah dengan harga RM 5 senasakah walaupun buku tersebut layak ditempatkan di arkib negara!


Dari penerbitan Singapura. Beli 2 percuma 1.


Koleksi dari Dawama!


Dari penerbit Indonesia. Beli 1 atlas dapat diskaun 20%. Beli 2 atlas dapat diskaun 30%.


Oleh-oleh dari Institut Terjemahan Negara


Koleksi dari booth Ana Muslim


Koleksi dari booth True Wealth dengan diskaun sebanyak 40%.



Saba Islamic dengan diskaun 10%. Dapat 1 kaset percuma!


Koleksi buku bersaiz comel dari Nickleodeon Books. Cuma RM 5 senaskah!


Buku-buku RM 2 senaskah dari Creative Enterprise.


Koleksi dari booth Alaf 21 dan juga Buku Prima. Diskaun sebanyak 20%-25%.


Buku-buku dari booth Al-Ameen dengan diskaun 20%.


Oleh-oleh dari booth MPH. Buku-buku ini dijual dalam bentuk pakej dengan harga asal RM 59.90 dan diskaun sebanyak 10%.



Sebuah syarikat penerbitan baru Pelima Media. Diskaun sebanyak 20%.

Nota kaki:

1) Tidak berkesempatan untuk mengambil gambar koleksi anak-anak. Buku budak-budak comel telah disimpan dengan selamatnya!

2) Gambar hadiah-hadiah percuma pun tak sempat dirakam!

3) Dapat tandatangan dari penulis Bahruddin Bekri tapi terlupa nak ambil gambar tuan punya badan!

4) Penulisan artikel ini tergendala lebih 3 kali gara-gara si comel terjaga dari tidur lenanya! Secara tidak langsung membawa pergi idea-idea yang kupendam sejak sekian lama...

Petikan dari buku "Spiritual Reading" oleh Dr Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madari
"Kalau bukan kerana buku, niscaya banyak ilmu yang hilang dan takkan ditemukan. Jika ada orang mencela karena memperbanyak koleksi buku, itu merupakan kesalahan besar. Jika pendapat orang ini diterima, maka berbagai jenis ilmu akan hilang. Orang-orang yang bodoh pun akan menguasai ilmu dan akan berbuat sesuka hatinya. Jika bukan kerana persaksian dari berbagai buku, maka pengakuan orang bodoh dengan orang pintar tidak boleh dibezakan."


sumber : http://lydiaroslistories.blogspo ... a-kuala-lumpur.html
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 3-5-2011 14:12

Bertemu lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Tahun depan PBAKL akan berlangsung selama hampir SEBULAN!

Ini buktinya;
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2011 10:58 AM | Show all posts
Attokz n Mijot...
Terima kasih atas segala bantuan (public transport) yang menyenangkan aku ke sana. .tahun depan..confirm g hari kje naik public transport lg..hehe..

Tahun ni takda rezki nak jumpa korang berdua..hope tahun depan kita dapat jumpa la kan.. insyallah..nanti kita pm2 phone no la ya..senang..aku no hp attokz ada..tp tak save dlm hp.. cerdikkan aku..

Apa pun gembira kenal korang kt sini..dan juga kawan2 yang lain..

Utk Moderator Seri Bulan..TQ bg kredit kat aku..terus naik pangkat aku.... suka sangat... terima kasih daun keladi..nanti2 nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:59 AM | Show all posts
Amacam? Best tak hero 'Laksamana Sunan' yang aku pilih? Enjoy tak dengan gimik pelancaran ala Flash-mob dan teater?
attokz Post at 3-5-2011 10:05 AM


attokz,
aku sgt suka dgn sunan tu...
sangat hensem tau
walaupun aku sgt geram dgn peminat setia dan ajk kelab RAM, tapi sbb mamat sunan tu kemarahan aku reda
oklah persembahan tu walaupun aku ala2 kurang paham skit tp overall aku enjoy...
tahniah attokz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 11:05 AM | Show all posts
Reply 466# attokz


tersangat lah aku suka....
nampaknya aku terpaksa menabung dgn lebih gigih mulai sekarang...
kalau sebulan, maknanya bertrip2 lah aku pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:12 AM | Show all posts
attokz,
aku sgt suka dgn sunan tu...
sangat hensem tau   
walaupun aku sgt g ...
mijot Post at 3-5-2011 10:59



    tak ada ka gambar sunan tu...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:12 AM | Show all posts
Maaf Mijot & Cik Puan Lyza dan kawan-kawan yang lain (yang pernah aku berjanji untuk dapatkan diskau ...
attokz Post at 3-5-2011 10:05



    igt gak nak nak jumpa atok/RAM..tp klu jumpa nnt tak tau lak nak cakap apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:15 AM | Show all posts
hazabnya p last day....p dgn ank buah..tersangkut kat booth PINK..rupanya pemes gak ain maisarah ni

tahun depan kena mintak cuti la nak kat BF ni...opis dah pindah dah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:18 AM | Show all posts
Bertemu lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Tahun depan PBAKL akan berlangsung sela ...
attokz Post at 3-5-2011 10:23


Tokz...patutnya tahun 2012 lah....
2011 kan dh lps...
cpt ubah tajuk tu...
Thankis attokz sbb bg tau tarikh awal2...
senang nk plan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:19 AM | Show all posts
eh dah ada gambo 'sunan'..hehe tq mijot
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 11:26 AM | Show all posts
thn depan korang nak ke PWTC...masuk kat area parking PWTC..pastu tekan floor 2..pastu akan jumpa CIMB..terus ke ruang legar la..

tp jalan jauh skit..tp klu nak elak dr sesak pastu satu pintu masuk buat jalan masuk/keluar mmg sakit hati la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 12:31 PM | Show all posts
Bertemu lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Tahun depan PBAKL akan berlangsung sela ...
attokz Post at 3/5/2011 10:23


wah best nya sampai sebulan.tahun ni dah la x dapat pegi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 02:19 PM | Show all posts
Attokz n Mijot...
Terima kasih atas segala bantuan (public transport) yang menyenangkan aku ke sana ...
CR4Ever Post at 3-5-2011 10:58

Insya Allah, jika ada kesudian dan kesempatan pasti jumpa lagi di lain masa. Lepas ni Read Malaysia Bookfair pula. Walaupun nanti kebanyakan adalah bukan publishers Melayu, tapi bagi pecinta buku karnival ini tidak akan dilepaskan.

Read Malaysia International Book & Education Fair 2011,
27 May - 5 June 2011 (11:00 am - 10:00 pm) @ MIECC, MINES Resort city.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:22 PM | Show all posts
attokz,
aku sgt suka dgn sunan tu...
sangat hensem tau   
walaupun aku sgt g ...
mijot Post at 3-5-2011 10:59

Hehehehe~
Laksamana Sunan dalam gimik tu Faisal namanya. Student lagi.
Aku sengaja pilih dia sebab dia ada karismatik. Cuma perwatakan sebenar aku terpaksa 'keraskan' kerana dia membawa watak yang hebat.
Nak aku prosakan ke konsep teaterikal gimik tempohari?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:23 PM | Show all posts
Reply  attokz


tersangat lah aku suka....
nampaknya aku terpaksa menabung dgn lebih gigih mula ...
mijot Post at 3-5-2011 11:05

Tak pe, next time kalau ada PTS buat jualan lagi, bagitau Insya Allah aku bantu dapatkan 35% off.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:26 PM | Show all posts
igt gak nak nak jumpa atok/RAM..tp klu jumpa nnt tak tau lak nak cakap apa
MsCinderella Post at 3-5-2011 11:12

Ms Cin, bak kata Malique & Najwa ~

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse



Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus



Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama


Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama


Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini


Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse


Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan


Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan


Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi


Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini


Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.101150 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list