CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27493|Reply: 184

keluarga retis ittew terbaik didunia.uols mampooo?

  [Copy link]
Post time 6-2-2011 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hantu_poyos at 6-2-2011 13:36

Nyampas mak dgn statement org kurang cerdeik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 08:44 AM | Show all posts
apa mende ko neh??? gler??:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 08:46 AM | Show all posts
TT mabuk limau mandarin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 08:51 AM | Show all posts
meroyan apakah abang hantu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 08:52 AM | Show all posts
sangau...!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 08:58 AM | Show all posts
Kami keluarga terbaik di dunia

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM


NAMPAKNYA si kecil ini semakin berani. Hari ke hari memperlihatkan, dia mempunyai pandangan, pendapat dan keinginan yang tersendiri dalam kerjayanya. Dan, dia tidak kisah dengan pandangan orang kalau barangkali ada yang melabel, apa yang dilakukannya tidak elok, kurang sopan atau pelbagai perkataan negatif lain juga.

Tidak mudah melatah, itu reaksi Sharifah Amani termasuklah dalam kontroversi terbaru yang mendekatinya.

Semuanya gara-gara gaun ala berkemban yang disarungnya ketika menghadiri Majlis Anugerah Skrin pada hujung Disember 2010.

Tidak terhenti disitu, isu seksi itu kemudiannya dipanaskan lagi apabila ada segelintir pihak yang turut mengheret nama keluarga Sharifah Amani terutama ibunya, Fatimah Abu Bakar.

Banyak kritikan di internet melabelkan keluarga ini bagai tak kena gaya. Nani tidak keseorangan. Tiga adik-beradiknya yang lain, Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha, dan Sharifah Aryana turut dicemu gara-gara memilih gaun ala berkemban, yang menjadi trend semasa, pada ketika ibunya tampil dalam busana sopan.

Perbezaan itu cukup ketara lebih-lebih lagi Fatimah yang terkenal dengan panggilan Cikgu Fathi kekal berimej muslimah, sopan bertudung litup dan dia dilihat seolah-olah tidak pandai menegur anak sendiri.

Ketika diminta mengulas, jelas reaksi wajah gadis berusia 25 tahun ini sedikit berubah. Pertama kali memberi pendapat tentang isu berkenaan, kata Nani, dia cukup terkilan apabila ada yang cuba mengusik emosi keluarganya.

"Saya terkejut juga sebab ada pihak yang begitu 'mengambil berat' pasal hal keluarga saya. Terus-terang saya tak suka orang kaitkan isu ini dengan keluarga saya.

"Bagi saya keluarga saya adalah keluarga yang terbaik di dunia. Saya bertuah kerana memiliki keluarga yang tidak pernah mengongkong. Bahkan sentiasa menyokong kami adik-beradik.

"Ini tak bermaksud saya tak peduli dengan apa yang orang kata. Tetapi bagi saya selagi masih punya keluarga di sisi, saya tidak perlu untuk terlalu memikirkan perkara ini.

"Kalau orang mahu kritik, kritik saya sajalah, bukan keluarga saya yang sudah sekian lama mengajar perkara positif kepada kami adik-beradik," katanya.

Pilihan masing-masing

Cukup dewasa untuk mengatur arah hidupnya sendiri, kata Nani, meski ada yang menyifatkan imejnya sebagai seksi, itu bukan bermakna dia tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang yang tahu batasan agama.

"Bagi saya, mereka yang sudah baligh, sudah dewasa, mereka punya hak untuk menentukan jalan hidup mereka sendiri.

"Saya ada agama, dan Dia tahu apa niat saya. Mereka yang suka menjaga tepi kain orang ini sudah lihatkah pada diri mereka sendiri? Sikap begitu bukan cara hidup Muslim, itu Melayu.

"Orang Melayu sahaja yang suka jaga tepi kain orang ini. Jangan marah kalau saya cakap begitu. Tetapi itulah realitinya.

"Tengok dulu, saya cakap 'Mat Salleh' pun orang mengata saya, boleh jadi isu. Bayangkan, saya berbahasa Inggeris orang pandang rendah pada saya, begitu sekali mentaliti mereka," luahnya.

Dalam pada itu, kata Nani, tidak pernah terlintas di hatinya untuk mengenepikan sensitiviti masyarakat dan peminat khususnya berhubung isu-isu yang tercetus.

Ini kerana bagi pelakon filem Sepet ini, sekurang-kurangnya dia tidak 'plastik' terhadap peminat dan lebih penting lagi terhadap dirinya sendiri.

"Jangan mudah untuk kita membaca karakter orang berdasarkan luarannya. Melakukan kesilapan itu biasa dan itu menjadikan kita sebagai manusia yang normal.

"Saya pun tidak mahu memanjang perkara ini kerana saya tidak mahu melukakan hati banyak pihak, terutama keluarga yang amat saya sayangi.

"Apa pun terima kasih kepada semua yang menegur saya. Saya menerimanya dengan terbuka dan akan berusaha menjadi lebih baik pada masa akan datang," ujarnya.

Hidup yang sangat membosankan

Melihat pada corak kehidupannya, pasti ramai yang beranggapan anak kedua kepada pasangan Fatimah dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini merupakan seorang yang sosial.

Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Warna-warni kehidupan sebagai anak seni seringkali disalahertikan oleh segelintir pihak sehingga ada yang menuduh kelompok artis dan selebriti cuma tahu bersosial sahaja.

Tidak menyalahkan pandangan orang ramai, kata Nani, tidak dinafikan ada segelintir artis yang gemar mengamalkan cara hidup begitu.

Namun, menurut Nani, jujurnya dia tidak punya kehidupan sebagaimana apa yang disangkakan.

"Kalau nak tahu, hidup Nani ni, pagi pergi kerja, malam baru balik kerja. Kalau ada masa untuk keluar membeli-belah pun Nani akan pergi dengan keluarga.

"Selebihnya, saya lebih suka duduk rumah, membaca buku dan tidur. Betul... percayalah hidup saya ni membosankan.

"Tak macam budak-budak muda lain yang boleh pergi enjoy sana sini. Saya tak ada life!

"Kalau Nani ada kesempatan, Nani akan bercuti ke luar negara bersama teman-teman. Setakat ini, Nani dah sampai ke Mexico, Perancis, India dan Eropah," katanya.

Cerita Nani, ramai yang terkejut apabila mengetahui dia menjalani kehidupan begitu, namun kata Nani, dia tidak kisah asalkan orang tahu dia bukanlah seorang kaki sosial.

Dibayangi Yasmin Ahmad

Umum mengetahui, Nani merupakan antara anak buah yang paling rapat dengan arwah Yasmin Ahmad yang cukup terkenal dalam bidang pengarahan ketika hayatnya.

Kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Filem pendek berjudul Sangkar adalah percubaan pertama Nani untuk mengembangkan karier daripada pelakon kepada pengarah pada tahun lepas.

Tidak pandai duduk diam, Nani kini berjinak-jinak pula menulis skrip sendiri dalam usaha transformasi melebarkan sayap ke bidang lain.

Menurut Nani, aktiviti menulis skrip berjudul Dia baru sahaja dimulakannya sejak sebulan lalu.

Selepas Sangkar, kata Nani, dia mahu mencabar dirinya untuk menulis skrip dan dalam masa yang sama turut mengarah filem cerekanya sendiri.

"Sekarang, tumpuan saya lebih terarah pada penulisan skrip Dia. Setakat ini saya tak boleh hendak cerita lebih-lebih mengenainya sebab benda pun baru sahaja dimulakan.

"Ia ibarat 'bayi sulung' saya. Sudah lama saya mengidam untuk mengarah lagi. Apa yang boleh saya katakan, filem ini kelak tidak banyak beza daripada cara pengarahan dan garapan arwah guru saya, Yasmin Ahmad," katanya.

Ketika ditanya, mengapa dia tidak mahu lari daripada bayangan Yasmin Ahmad, Nani bagaimanapun punya teras alasannya sendiri.

Menurut Nani, sejak di usia 17 tahun, dia sudah terbiasa dengan didikan dan cara Yasmin Ahmad.

Dari aspek lakonan, kerja-kerja belakang tabir seperti pengarahan, penyuntingan, matanya tidak pernah tertinggal untuk memerhati setiap lenggok Yasmin ketika berkarya.

"Dialah mentor, dialah guru, dialah ibu dan dialah juga inspirasi saya. Jadi mana mungkin saya dapat lari daripada bayangan seorang Yasmin Ahmad, orang yang bertanggungjawab membentuk siapa saya pada hari ini.

"Kalau ada orang yang mempertikaikan cara saya yang saling tak ubah seperti Yasmin, bagi saya itu bagus.

"Sekurang-kurangnya, industri kita ada pelapis Yasmin Ahmad," tambah pelakon Gubra ini lagi.

Dalam pada itu, menurut Nani, selain Yasmin Ahmad, pengalaman juga merupakan guru kepada dirinya sementelah menyedari, dia tidak punya segulung ijazah dalam bidang pengarahan termasuk lakonan.

"Saya tak punya pendidikan tinggi sampai menara gading untuk belajar semua ini. Yang saya cuma ada hanyalah pengalaman dan ilmu yang dituntut dari belakang tabir.

"Bagi saya itu lebih berharga. Saya tak mahu kecewakan arwah Yasmin dan mereka yang menaruh harapan pada saya, jadi saya akan buktikan.

"Selepas ini kalau ada yang kata hasil filem saya sama macam arwah, saya tak kisah pun. Ini kerana saya memang sengaja tidak mahu lari dari bayangan Yasmin dan biarkan ia begitu," tutup bicara Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2011 09:12 AM | Show all posts
orang menegur bukan sebab nak menyibuk/ atau amik tau hal orang lain.....orang menegur sebab kelakuan anda sekeluarga x sopan dah menjatuhkan maruah.....takde sapa hingin 'mengambil berat' keluarga anda....blahla perasan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:14 AM | Show all posts
Tak macam budak-budak muda lain yang boleh pergi enjoy sana sini. Saya tak ada life!



x macam famili hakak herin yg ada life itu.....tp pesal x brapa glamer yer??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 09:16 AM | Show all posts
memang keluarga yang terbaik ...... itu sebabnya anak-anak semuanya orang popular di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:23 AM | Show all posts
secara kebetulan keluarga dia adalah selebriti.. sebenarnya Melayu gaya hidup mcm gini mmg ramai..  moden la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:25 AM | Show all posts
x macam famili hakak herin yg ada life itu.....tp pesal x brapa glamer yer??
tigerads Post at 6-2-2011 09:14



    aiiyyo!!~keluarga erin tuh..mak die cukup haptodet hokeh!!~ sama naik ngan anaknyer pakai baju..

tp kejap bertudung..kejap bogel kepala..apa kes??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:30 AM | Show all posts
moga Allah mmberi hidayah kpd dia + famili. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:35 AM | Show all posts
pendapat dia n aku rasa sumer org berpendapat keluarga sendiri yg terbaik dr keluarga lain..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 10# zehra2

yup..realiti nyer mmg kebykan keluarga mcm ni..mak bapak sopan,anak kurang sopan n vice versa..tp x bermakna pakai seksi,berkemban dah menjatuhkan maruah keluarga..at least dorg buat depan2,kat malaysia..xdela fake bila kat negara sendiri kengkonon sopan,pergi je bercuti berbikini sana,terbarai sumer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:48 AM | Show all posts
pendapat dia n aku rasa sumer org berpendapat keluarga sendiri yg terbaik dr keluarga lain..
harkktuih Post at 6-2-2011 09:35



    aku setuju.........semua org akan cakap cam tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:54 AM | Show all posts
semua org akan rasa family dia terbaik... dia bukan ckp family org lain tak baik and family dia jer baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 10:20 AM | Show all posts
sebab dia retis, tu yang kena kondem..hakikatnya kat luar sana pon ramai macam ni..mak tudung litup jubah bagai..tp anak2..hazabbbb
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 10:33 AM | Show all posts
iman tak dapat di warisi..ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply  zehra2

yup..realiti nyer mmg kebykan keluarga mcm ni..mak bapak sopan,anak kurang sopan n ...
harkktuih Post at 6-2-2011 09:38



   igt jugak ko kat dy.tp mak dy kna amek kursus PR la.free2 ja kantoikan anak sendrik
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 10:42 AM | Show all posts
kalu takleh di tegur,toksah jadi artis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074563 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list