CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Demi Anak-Anak, Kak Engku Terpaksa Pura-Pura Berlakon?

  [Copy link]
Post time 10-2-2011 07:22 AM | Show all posts
kesian pulak pada KE tp tak kan anak yang besar tu tak tau cirita diorg ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 07:30 AM | Show all posts
demi anak2 ataupun
demi diri sndiri?

kemain lagi gambo berpeluk
berpegang tangan bagai
pas cerai
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:33 AM | Show all posts
Kak Engku, Adzmin pegang tangan demi anak

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN


TEKA-TEKI kontroversi penyampai radio popular, Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku berpimpin tangan dengan bekas suaminya pada Januari lalu kini terjawab apabila perkara itu diakui sendiri oleh beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Aksi intim berkenaan dilihat ketika Kak Engku bersama bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota.

Walaupun kedua-duanya mengenakan kaca mata hitam, kelibat penyampai radio Sinar FM dan pasangannya itu tetap dikenali ramai.

Semasa diajukan pertanyaan mengenai aksi berpegangan tangan, tiba-tiba penyampai radio slot Sinar Pagi yang pada mulanya begitu riang dengan keramahannya bertukar sayu.

Sambil mengesat air mata yang mula membasah kelopak matanya, dia berterus-terang mengatakan sejak perceraiannya tahun lalu sehingga saat ini, Kak Engku dan bekas suami masih berpura-pura mesra di hadapan anak-anak.

Tambah pilu apabila tidak seorangpun daripada ketiga-tiga anaknya mengetahui perpisahannya dengan bekas suami disebabkan mereka terlalu kecil.

“Saya perlu berlakon dan ketepikan ego di depan anak-anak kerana itu janji saya bersama bekas suami setelah berpisah secara baik.

“Sampaikan televisyen dan surat khabar mengenai kisah perceraian kami pun tidak didedahkan kepada anak-anak disebabkan mereka terlalu cerdik bertanya pelbagai soalan,” katanya yang mengaku sudah terbiasa hidup solo sekarang.

Dia ditemui selepas majlis meraikan Top 5 kategori Pelakon Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) anjuran jenama perhiasan, Mandalay di ibu negara baru-baru ini.

Terdahulu, Raja Azura dan Adzmin menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan berita perceraiannya sejak Ogos lalu dan disahkan bercerai talak satu melalui satu prosiding tertutup pada 28 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor .

Kak Engku berkahwin dengan Adzmin pada Mac 2001 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7 dan Puteri Mia Maizura, 4 tahun.

Rujuk

Menurutnya, setiap minggu dia akan melayan bekas suaminya seperti biasa malah anak-anak mereka tidak merasai sebarang perubahan kerana mereka tahu Adzmi bekerja di Alor Setar dan akan pulang ke Kuala Lumpur pada hujung minggu.

“Dia (Adzmin) pun banyak bertanya khabar saya malah baru-baru ini kami beramai-ramai ditemani pembantu rumah pergi bercuti ke Cameron Highland, Pahang.

“Walaupun baru saja habis edah tetapi terus-terang saya katakan saya masih sayangkan bekas suami saya. Kalau dia boleh kembali pada saya, Alhamdulillah,” katanya yang mengharapkan sinar baru pada dirinya dan anak-anak.

Ujar Kak Engku, dia masih menyimpan harapan untuk kembali bersama Adzmin kerana anak-anak yang dikurniakan ini merupakan zuriat bekas suaminya.

“Saya menganggap pergolakan ini sebagai dugaan daripada Allah. Cuma apa yang saya harapkan agar semuanya kembali dengan lebih baik selepas ini.

“Pada masa ini memang susah untuk saya memberitahu perkara sebenar kepada anak-anak. Mungkin jika kami bertemu jodoh masing-masing baru perkara ini diperjelaskan kepada anak-anak,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:44 AM | Show all posts
demi anak2 ataupun
demi diri sndiri?

kemain lagi gambo berpeluk
berpegang tangan bagai
pas cer ...
Syd Post at 10-2-2011 07:30



    Like your comment! Jgn jadilan anak2 sbg alasan jer... Kalau btol2 syg... Ajak la ex hubby tu gi rujuk semula. Lps tu nk pegang tgn, peluk2 xmo lps pun xper sbb halal. Skrg ni kan dah jd bkn muhrim! Pegang tgn pun patutnya x bole kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:46 AM | Show all posts
tuh la pasal... len la kalu die rasa anak2 die mmg dungu smpi ke tua tak dpt nak hidu  ...
skymania Post at 9-2-2011 22:27



    Mmg.. Kalau anak dia tu google jer nama raja azura... Mesti semua info psl mak dia boleh dibaca. Dah 8 thn, x kan x reti guna internet lg. Ni dah 2011, bknnya 1981..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:46 AM | Show all posts
Reply 44# miracle_forever

jalan-jalan shopping complex pegang tangan
bukan anak dia nampak pung
dorang langsung tak tahu menahu


agaknya kat umah mcm mana plak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2011 07:48 AM | Show all posts
Reply 46# Syd


   noks..dia kata ex-laki die balik umah macam besa kalu dok kat KL..apa jadahnyer tuh??
dok seumah?? eloklah pegawai pencegah maksiat standby jeh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:49 AM | Show all posts
Reply 45# miracle_forever


   tuh ar..tgk contoh abby..anak2 die tau jeh..tuh pasal anak die tepon abahnyer..tetibe memey sundal jawab..tak terkejut pon budak tuh sbb mmg dah tau...;)
cuba kalu anak2 KE neh kene cenggituh?? tak ker berbelit nak cipta satu crita hebat nak kaber bapak die punyer aweks or wife baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 07:49 AM | Show all posts
Reply  miracle_forever

jalan-jalan shopping complex pegang tangan
bukan anak dia nampak pung
d ...
Syd Post at 10-2-2011 07:46



    Kat rumah, kena tgk kt cctv la beb... Xberani nk speku. Asalkan jgn smpi terlanjur sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:49 AM | Show all posts
Reply 47# skymania

kalau kena tangkap khalwat
boleh kawen lagi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:50 AM | Show all posts
Reply 47# skymania


ferlu ke bg stetment memakan diri gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:51 AM | Show all posts
Reply 50# Syd


   khheennss!1 terserlah sngt kak engku neh yg tak reti nak lepaskan laki die..
jantan keparat neh pon satu..sama2 bongok!:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:06 AM | Show all posts
huhu..cian kak engku...smpi kurus la skunk dok makan ati..(die y gtau dlm fesbuk, petua kurus makan ati berulam jantung pastuh buat treatment kat slimming center).. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:11 AM | Show all posts
tgk gambar kat FB..peluk2 lagik noks...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:13 AM | Show all posts
sian KE..sudah2la tuh..klu org tu nak KE lagi..dah lama dah rujuk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:18 AM | Show all posts
aku tak paham istilah dia berlakon depan anak2..tak kan setiap kali X nya akan tido serumah kot..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 08:25 AM | Show all posts
KE bagi kenyataan maut saja je tuh aku rasa.. nak sakitkan hati aweks bekas laki dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by DARSITA at 9-2-2011 16:35

Korang ni yang ngutuk kak Engku tu dah kawin ke belum? dah pernah kena dump ke tidak?

Jangan kata kak Engku, tu bini bini penagih dadah, kaki botol, kaki dangdut, kaki pukul depa ni hatta dilayan bak kucing kurap pun bini setia menunggu di rumah tau. Depa ni tak sanggup kena cerai .. almaklumlah bila jadi bini orang jer terus serahkan jiwa dan raga depa kpd si suami. Tu yang payah nak melupakan dan melenyapkan perasaan MENGHARAP tuuuuu ~~


Acik nasihat kat adik adik .. bila dah kawin nanti make sure sebelah kaki letak kat luar, so bila jadi kes ditinggalkan laki tak lah meroyan mcm some people
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:40 AM | Show all posts
Anak-Anak Belum Tahu Raja Azura, Suami Bercerai

KUALA LUMPUR: Walaupun disahkan bercerai pada 28 September tahun lalu, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, dan bekas suaminya Adzmin Osman, 37, masih lagi merahsiakan penceraian itu daripada pengetahuan anak-anak mereka.

Menurut Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, sehingga kini, dia dan Adzmin berlakon sebagai sepasang suami isteri yang normal di depan ketiga-tiga anak mereka iaitu Megat Muhammad Raziq, 9, Megat Luqman Hakim, 8 dan Puteri Mkia Maizurah, 5, kerana enggan melukai hati mereka.

"Saya tak mahu anak-anak tahu tentang perkara ini dan kerana kesilapan saya dan Adzmin, anak-anak pula yang jadi mangsa.

"Kami dah berjanji untuk berlakon di depan anak-anak seperti tidak ada apa yang berlaku. Malah kami memastikan untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu sekeluarga seperi biasa.

"Oleh itu saya akan memastikan tiada sebarang surat khabar yang ada di dalam rumah. Setakat ini anak-anak saya cuma tahu yang bapanya sibuk bekerja di Alor Setar, Kedah dan akan datang berkunjung ke rumah setiap hujung minggu.

"Bila Adzmin ada kelapangan, dia akan datang ke rumah saya dan tidurkan anak-anak seperti biasa," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa.

Bagaimanapun tambah Kak Engku, dia masih berharap untuk kembali ke pangkuan bekas suaminya itu jika ditakdirkan bersama semula.

Pada masa yang sama, pengacara tersebut tidak perlu melukai hati anak-anak mereka untuk menjelaskan status sebenar hubungan kak Engku dan Adzmin.

"Saya masih simpan harapan untuk kembali kepadanya (Adzmin). Ini kerana anak-anak yang saya lahirkan itu merupakan anak dia juga.

"Andai kata dia ingin berpatah balik kepada saya, sekurang-kurangnya anak-anak tak perlu tahu pergolakan yang melanda terhadap kami.

"Mungkin perpisahan ini adalah masa untuk saya dan Adzmin berfikir dan membetulkan kesilapan masing-masing. Sekarang ini kami memberi ruang untuk muhasabah diri. Lagipun saya masih sayangkan dia," tutur Kak Engku sambil menitiskan air matanya.

Penyampai radio itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:45 AM | Show all posts
Korang ni yang ngutuk kak Engku tu dah kawin ke belum? dah pernah kena dump ke tidak?

Jangan kata ...
DARSITA Post at 10-2-2011 08:33



    aku sokong ngan ko..aku pung heran ngan org yg ngutuk azura ni...hidup diaorg ni bagus ke..dh tau ke masa depan korang camne?? suka ati dia leh nk harapkan ex laki dia tu ke..ke haper ke...korang yg menyibuk tu plak yg sosah ati...
kena batang idung sendirik baru tahu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069974 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list