CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99140|Reply: 663

Gabungan Gereja Berang Dengan Ustazah Siti Nor Bahyah

  [Copy link]
Post time 11-2-2011 02:45 PM | Show all posts |Read mode


Amalan maksiat: Gabungan gereja berang


Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 02:48 PM | Show all posts
sepatutnya ustazah tidak memcampurkn agama kristian ngan adat org kristian...

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:53 PM | Show all posts
not all Christians sambut V day ma...
kalau p ulu2 tu... eventho kristian...kalau tanya V day mana dorang tau...
V day doesnt exist in Christian's calendar pon
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:53 PM | Show all posts
ustazah nie dolu2 tak blajar sejarah kut?patutnya dia buat research dulu sebelum speak in public..tak tau bezakan mana tradisi dgn pegangan agama...at least kalo tak kompom fakta, jgn la terus2 sebut agama tu..seolah2 mengatakan adat bersanding ada lah amalan muslim, sedangkan tu amalan tradisi jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:55 PM | Show all posts
alah biar lah menda kecik je takyah nak sentap klu difikir ada benarnya gak valentine day hari buat maksiat tak kiralah melayu cina india iban kedazan dan apa kaum dalm msia nie yg tahu pasai V day nielah tp yg silapnya dalam agama semua agamalah mana yg menggalakkan maksiat cuma hri tuuu disalah tafsir bebudak sebagai hari kekasih (hari maksiat) padahal yg yg dimaksudkan adalah hari kasih pada semua org 14 feb towkey bunga, towkey hotel, towkey kondom akan mendapat durian runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:56 PM | Show all posts
ustazah nie dolu2 tak blajar sejarah kut?patutnya dia buat research dulu sebelum speak in public..ta ...
leylapple Post at 11-2-2011 14:53



    selain ilmu cakar kerandut telur popularnya,  yang lain dia tak kisah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2011 02:56 PM | Show all posts
kalau dah tersalah tu minta maaf je lah...mungkin otazah terlampau exited berceramah sampai tak sedar apa dia cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:56 PM | Show all posts
Mungkin Ustazah ni tk pernah dapat Valentine Gift on Hari Valentine.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 02:57 PM | Show all posts
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... begini la jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:58 PM | Show all posts
Ustazah ni mesti virgin tu pasal jeles~
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:01 PM | Show all posts
org kristian pun dgr ceramah agama islam gak ke?
bknya smp tahap paderi yg hina islam kat utube tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:01 PM | Show all posts
aku rasa niat ustazah ni baik tp tersilap dalam penyampaian fakta utk ceramah beliau. ustazah pon manusia biasa gak, tak lari dr membuat kesilapan sama ada sengaja atau pon tak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:05 PM | Show all posts
selain ilmu cakar kerandut telur popularnya,  yang lain dia tak kisah.
kojak Post at 11-2-2011 14:56



    ilmu apa nie?

btw, aku rs maybe ustazah nie excited bercakap sgt sampai tak terpikir apa2 pun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:06 PM | Show all posts
penting ke belentaing ni?/
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:08 PM | Show all posts
entah apa yg hebat nye siti nor bahyah ni...smpai datuk dh dia skang..
aku dengar dia ckp pn tk lalu...rasa mcm dengo budak skulah rendah pidato...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:09 PM | Show all posts
ilmu apa nie?

btw, aku rs maybe ustazah nie excited bercakap sgt sampai tak terpikir ap ...
leylapple Post at 11-2-2011 15:05



    kan dulu terkenal dgn ilmu cakaran hari hari mau.. nak cakar apa lagi kalau bukan kerandut tulut somi.. by the way,  excited bercakap bukan bermakna ada lesen utk membantai agama org lain, lagi2 kalau public... lain la kalau sesama kita ajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 03:10 PM | Show all posts
dato meh sudah?
tak lama lagi masuk bertanding la tu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:10 PM | Show all posts
aish..pelik pulak org islam duk sama2 ngutuk ustazah ni..yup..btl..ustazah ni ada silapnye..tp kite jgn lah kutuk dia lbh2..btw..arap ustazah lbh berhati2 lps ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:11 PM | Show all posts
entah apa yg hebat nye siti nor bahyah ni...smpai datuk dh dia skang..
aku dengar dia ckp pn tk lal ...
saudagar_mimpi Post at 11-2-2011 03:08 PM



    aku lbh kesiankan laki dia

mcm kena "cucuk idung" jer {:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:12 PM | Show all posts
ermm..bahaya issue camni....isu agama kan sensitif..sepatot nya ustazah x boleh bagi statement camtu......lau dah org islam merai kan nye, jangan salah kan ugama lain...salah kan diri sendiri...sendiri yg gedik nak celebrate buat pe......harap isu ni setle cepat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.083896 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list