CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4145|Reply: 1

Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta

[Copy link]
Post time 10-11-2023 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta


LUKISAN Pablo Picasso berjudul Woman with a Watch dipamerkan di Bandar Raya New York semalam. – AFP

NEW YORK – Salah satu karya terhebat Pablo  Picasso berjudul Woman with a Watch,  dijual pada harga AS$139.3 juta (RM653.6 juta)  oleh  firma Sotheby’s dalam satu lelongan di New York semalam, harga kedua tertinggi untuk artis seni tersebut.

Lukisan tahun 1932 itu menampilkan teman artis seni Sepanyol tersebut, Marie-Therese Walter dan dianggarkan bernilai lebih AS$120 juta (RM563 juta) sebelum dilelong, demikian menurut Sotheby’s.

Lukisan itu adalah sebahagian daripada jualan istimewa Sotheby’s pada minggu ini merangkumi koleksi milik peminat seni dan hartawan New York, Emily Fisher Landau yang meninggal dunia  ketika berusia 102 tahun pada 2023.

Marie turut ditampilkan dalam satu lagi lukisan Picasso yang dilelong oleh firma Christie’s berjudul,  Femme endormie atau Wanita Tidur.

Wanita itu berkenalan dengan Picasso di Paris dalam tahun 1927 ketika artis seni itu masih berkahwin dengan penari balet berketurunan Russia-Ukraine, Olga Khokhlova dan ketika Marie berumur 17 tahun.

Dalam tahun 2021, Sotheby’s turut menjual sekeping lagi lukisan menampilkan Marie pada harga AS$103 juta (RM478.6 juta).

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang meninggal dunia tahun lalu. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-lebih-rm653-juta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya jauhari mengenal manikam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak
maklukpenggodaMasyarakat mudah tertipu dengan lelaki s
Views : 20410 Replies : 141
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25928 Replies : 13
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 12977 Replies : 29
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 6827 Replies : 77
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 88360 Replies : 2831
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 98757 Replies : 1536
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 56098 Replies : 2803
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20830 Replies : 421
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22393 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.260410 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list