Post Last Edit by ussopp at 13-2-2011 22:45
Reply 1# zana_haris
tgk tajuk nie, tiba2 teringat kes imam syafiee buat puisi dia mengadu kepada gurunya Waki' Bin Jarrah; , tentang susah nak hafal.......
شَكَوْتُ إِلَى وَكِيْعٍ سُوْءَ حِفْظِيْ
فَأَرْشَدَنِيْ إِلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي
وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُوْرٌ
وَنُوْرُ اللهِ لاَ يُهْدَى لِلْعَاصِي
Suatu ketika Imam As-Syafie mengadu kepada gurunya Waki' Bin Jarrah;
Berkata Imam As-Syafie,
"Aku mengadu kepada imam Waki' tentang buruknya hafalanku
maka beliau mengarahkan aku untuk meninggalkan kemaksiatan.
Ia mengkhabarkan kepadaku bahawa ilmu adalah cahaya...
Dan cahaya Allah tidaklah diberikan kepada orang yang bermaksiat."
p.s: bayangkan imam syafiee yg hafal Quran ketika umur 9 tahun, kitab muwatto' milik imam malik ketika umur 10 tahun , boleh mengeluarkan fatwa pada umur 15 tahun pun masih mengaku hafalannya buruk, apatah lagi kita.....kan....
|