CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4954|Reply: 12

Penyokong TRW dari Barca

[Copy link]
Post time 14-2-2011 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Sukar untuk mempercayai atau mungkin agak janggal atau pelik apabila ada  orang mengatakan ada peminat The Red Warriors dari kalangan rakyat  Barcelona Sepanyol. Pada mulanya kami juga meragui keikhlasan gaya gambar   "Mat Salleh" ini yang memakai jersi The Red Warriors yang dimuat naik oleh  Mohd Faisal Mohd Nawi melalui Facebook nya pada petang semalam.


Namun pada pukul 7.00 malam, kesahihan gambar ini terbukti benar apabila kami bersama Tan Sri Annuar Musa terserempak sendiri "Mat Salleh" yang dikenali dengan nama Jordi Perez ini di balai pelepasan lapangan terbang tambang murah Sepang. Jordi Perez sudah seminggu berada di Malaysia iaitu 2 hari di Kuala Lumpur dan 5 hari di Kota Bharu. Menurut Jordi, dia datang ke Malaysia ini untuk bercuti bersama rakan Facebook nya yang berasal dari Kelantan iaitu Mohd Faisal Mohd Nawi, Zuraini Zaman, Nik Ruzai, Dalila Ibrahim dan Aniq Zardash. Rakan-rakannya telah membawa Jordi menjelajah ke seluruh negeri Kelantan. Perkara yang paling indah bagi Jordi ketika berjalan-jalan di Kelantan ialah dia diperhatikan dan disapa oleh setiap orang Kelantan yang ditemui apabila dia bersiar sambil memakai jersi Kelantan, sehingga  dia memilih memakai jersi Kelantan dalam tempoh harinya berada di Kelantan malah dia turut bangga menjadi sebahagian penyokong Kelantan dengan mengucapkan " I'm proud to be Kelantanese".


Ketika ditanya adakah minatnya memakai jersi kerana dipaksa rakannya? Dengan tenang Jordi menjawab , dia meminati dan mengikuti bolasepak Kelantan sejak di Barcelona lagi selain rakan-rakannya sebagai pendorong bagi Jordi mengenali pasukan Kelantan dengan lebih dekat lagi sehinggalah dia berjaya menjejakkan kakinya buat kali pertama di atas padang stadium Sultan Muhammad ke 4 walaupun dia hampa tidak dapat menyaksikan pemain yang diminatinya Norshahrul Idlan Talaha beraksi kerana silap mengatur jadual penerbangan dengan jadual perlawanan Kelantan 12 februari ini. Namun bagi Jordi Perez yang sudah biasa melihat aksi Messi, Puyol, Xavier Hernandes, David Villa dan semua pemain Barcelona bertekad akan meluangkan masa lagi untuk menyaksikan perlawanan Kelantan Julai ini.


Jordi Perez tadi sempat bergambar dan berseloroh dengan laungan keramat penyokong bolasepak Kelantan " Gomo Kelate Gomo". Perasaan teruja dan bertuah Jordi, membuatkan dia tidak dapat berselindung reaksi mukanya apabila mukanya tiba-tiba merah dan sempat mengeluarkan kalendar perlawanan Kelantan yang diperolehinya untuk mengesahkan apakah benar dia sedang bersama dan bergambar dengan Tan Sri Annuar Musa, presiden KAFA yang berada di tempat paling atas dalam kalendar tersebut. Bagi Jordi , dia berasa sungguh bertuah kerana dapat menjejaki Kelantan dan bergambar bersama presiden kelab bolasepak yang diminatinya, ini menjadikan percutian ini sungguh indah dalam sejarah hidupnya.






Kita rakyat Kelantan harus merasa bangga kerana Jordi Perez akan memakai jersi The Red Warriors dari lapangan terbang Kota Bharu ke LCCT Kuala Lumpur, dari LCCT Kuala Lumpur ke London dan dari London ke Barcelona. Untuk pengetahuan, Jordi terpaksa menaiki kapal terbang ke London kerana Air Asia masih belum ada laluan terus ke Sepanyol.


Tahniah kepada semua penyokong Kelantan kerana menjadi bolasepak Kelantan satu fenomena bukan sahaja kepada penyokong Kelantan rakyat negeri lain di Malaysia malah turut menjadi fenomena kepada penyokong dari luar negara. Penyokong Kelantan anda adalah wira sebenar bolasepak Kelantan.
TRWC turut mengucapkan terima kasih kepada Jordi Perez kerana menjadikan laman portal ini antara rujukan utama perkembangan perlawanan dan bolasepak Kelantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 11:47 AM | Show all posts
dalam banyak2 negeri cuma tahu kelantan je ke?
negeri lain tak tahu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 11:50 AM | Show all posts
dah dia minat TRW, sama gak orang kita, ada minat Barca, RM, MU, Chelsea dll.

Tak pe la. Skang ni, musim bola di Malaysia tengah menaik. Bagi je sokongan. Takkan nak bagi kat liga luar je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 01:25 PM | Show all posts
Pengumpul jersi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:08 PM | Show all posts
macam tambah perencah yo cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 08:47 PM | Show all posts
dah korang tak bawak dia jalan2 negeri lain, sapa suruh..
kekawan dia tu org kelate, memang la bawak jalan negeri tu jer..

ok la tu, ada juga org barca kenal team liga malaysia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2011 12:00 PM | Show all posts
gomo  kelate gomo
jangan gomo mamat tuh sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 05:09 PM | Show all posts
kawe banggo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 09:00 PM | Show all posts
Reply 1# rayyanrafael


wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 06:37 AM | Show all posts
tak pelik pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 02:45 AM | Show all posts
waa bangganya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:18 PM | Show all posts
hhaha..sambil melancong .
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:28 AM | Show all posts
Semangat tul pelancong asing nie.. Hari tu terserempak ngan pelancong omputih pakai jersi Perak.. Pengumpul jersi jugak diorang nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.176234 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list