CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 1-3-2011 05:02 PM | Show all posts
soalan siapa sebenarnya Jas tu ....  lalu dlm hutan jln muadzam tu.. mmg hutan tebal tu sbb masa
aku balik kelate lalu situ mlm2 or 2 3 pagi mmg sunyi sepi jalan lak lurus je...
kiri kanan hutan... entah2 Jas tu anak buluh betong tak... ada mix lagi...



... psst: penat aku berspeku tapi tak dpt tacang pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 05:15 PM | Show all posts
mgkin jas ni dibesarkan oleh org asli....mgkin mak bapak dia tinggalkan dia kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:15 AM | Show all posts
mgkin jas ni dibesarkan oleh org asli....mgkin mak bapak dia tinggalkan dia kot...
adalia Post at 1-3-2011 17:15



    org asli ada anak mixed mat saleh .......mmg menarik tu ! hmy3:
     mgkn mak bapak jas ada kat obersea / menghilangkan diri kerana
    cinta tak drestui keluarga.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:55 AM | Show all posts
org asli ada anak mixed mat saleh .......mmg menarik tu !
     mgkn mak bapak jas ...
fiqrah Post at 2-3-2011 08:15



    aku speku gak la...
Jas tu anak kpd mak dia yg terlanjur dgn kekasih hati yg merupakan pelancong asing or pendatang yg berbangsa asing yg dtg buat kajian/keja kat kg tu... nenek dia tak restu so mak dia yg dah termengandung tu terpaksa tebalkan muka bila lahirkan baby
dan tinggalkan dgn nenek tu ... mak dia meninggal sbb komplikasi semasa bersalin...
kekasih hati aka bapa Jas tak dpt dikesan bila dia sudah balik negeri tnpa tahu yg dia ada anak dgn keksihnya,....

Jas tertekan dgn keadaan sekeliling dan layanan neneknya yg tak bagus so dia larikan diri .... lagi best kalau dia lrikan diri sbb nenek dia nak kawinkan dia dgn org tua kg tu....

harus si fizzi mengamuk ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 11:12 AM | Show all posts
macam2 speku yer... semua best...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:33 PM | Show all posts
aku speku gak la...
Jas tu anak kpd mak dia yg terlanjur dgn kekasih hati yg merupa ...
Jaza2008 Post at 2-3-2011 08:55



   ..... tbayang muka serina chef wan nyer bb ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2011 04:05 PM | Show all posts
IC jasmine ni hilang atau dia tak pernah ada IC
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 178# fizziany


    Filem klasik ‘Gone with the Wind’ sedang keudara.
Fav haku ni dulu jaman sekolah menelaah novel ni
bila jadi filem bertambah minat ending sedih je
ada sbg part 2 tajuk lain ni lagi sedih sbb
ex-wife dia jumpa hubby dgn wife baru
apa2 endingnya best juga diluar jangkaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2011 06:35 PM | Show all posts
happekemende la korang...
banyak tul spekulasi psl Jas ni...
takpelah..nanti mlm aku tepek n3 baru....jelaskan apa yg tak jelas.
buat masa ni, aku baru balik keje, baru abis mandi...
aku nak gi makan jap...mlm2 karang aku sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 07:19 PM | Show all posts
tak sabar entry baru...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:29 PM | Show all posts
yey2! ada entri baru....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:46 PM | Show all posts
best2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:47 PM | Show all posts
fizziiiiiiiii...ltk n3 extra taw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:19 PM | Show all posts
mari kita mula bongkar rahsia pasal Jasmin.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:20 PM | Show all posts
Jasmin duduk di kantin sekolah bersama kawannya yang berbangsa Cina, Kristy. Nama penuhnya ialah Kristy Lim Mei Ling. Kalau di rumah, kata Kristy, semua ahli keluarganya memanggilnya dengan panggilan Ah Mei. Tapi di sekolah, Kristy mahu semua orang memanggilnya ‘Kristy’. Lebih moden bunyinya. Itu kata Kristy.

Ah..apa2 sajalah! Yang pasti, Kristy lah kawan baiknya sejak di tingkatan satu lagi. Sejak dimasukkan ke sekolah, mereka ditempatkan berdua. Entah mengapa, mereka boleh berbaik di sekolah yang 90 peratus didominasi oleh pelajar Melayu. 7 peratus pelajar berbangsa Cina manakala 3 peratus lagi adalah dari kaum minoriti.

Jasmin lebih senang berkawan dengan Kristy yang tidak memandangnya seperti pandangan pelajar2 perempuan yang lain. Pelajar2 perempuan Melayu yang lain, setiap kali melintasi mereka berdua pasti ada mata yang sinis memandang Jasmin.

Jasmin tahu, ini semua pasti angkara Misah yang menjual ceritanya kepada semua pelajar sekolah itu.Tapi, bukanlah semua pelajar perempuan bertndak sedemikian. Cuma sesetengahnya saja. Jasmin menggulung mee goreng dengan garpu lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Kristy sedang minum.

“Kau sudah siapkan latihan Sains cikgu Rokiah?” soal Kristy pada Jasmin yang sedang lahap menelan mee. Pagi tadi, sewaktu keluar dari rumahnya, nenek tidak menyediakan sebarang sarapan. Jadi dia keluar dengan perut kosong saja.
Jasmin mengangguk sambil meneruskan makan.

“Eh..bagi aku tiru. Aku tak sempat buat semalam. Aku kena jaga popo aku semalam..” pinta Kristy separuh berbisik sambil tersengih2 dengan mata sepetnya. Jasmin angguk saja. Dia memang tidak lokek jika mana2 kawan mahu meminjam nota atau hasil kerja rumahnya. Kristy tersenyum lebar melihat anggukan Jasmin.

Entah dari mana, tiba2 Fatin Nadia, Mariani dan Salmi datang duduk berhadapan dengan Jasmin dan Kristy di meja makan kantin. Fatin Nadia memandang tepat ke wajah Jasmine. Kristy dan Jasmin memandang mereka bertiga. Fatin Nadia tersenyum sinis memandang Jasmin.   

“Nak apa? “ soal Jasmin. Suapannya terbantut melihat muka gadis   16 tahun di depannya yang berkulit sawo matang itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:21 PM | Show all posts
“Tadi kau cakap apa dengan Fakhrul dalam makmal?” soal Fatin Nadia. Jasmine terdiam. Fahamlah dia akan niat kedatangan Fatin ke situ. Mee goreng kembali disuap ke mulut.

“Dia nak pinjam nota aku,” balas Jasmin acuh tak acuh. Kristy di sebelahnya diam tak berkutik. Tidak mahu masuk campur dengan hal mereka. Tapi, jika keadaan bertukar menjadi tidak terkawal, dia bersedia membantu Jasmin dengan membuka kungfunya yang belum khatam pun lagi.

“Ye ke?” soal Fatin dalam nada tidak percaya.

“Cakap lama2, takkan itu saja?” tambahnya menafikan jawapan Jasmin. Jasmine jungkit bahu.

“Kau pergilah tanya Fakhrul sendiri. Kenapa nak tanya aku saja…” ujar Jasmin lemah, sekaligus menaikkan kemarahan Fatin. Terasa diri diperli dengan jawapan itu.

“Okay…kalau jawapan Fakhrul tak sama dengan jawapan kau, tahulah nasib kau nanti!! Aku tanya kau sebab aku selalu dengar kau yang menyundal dengan ramai pakwe orang. Macam mak kau jugak… “ Fatin Nadia bingkas bangun diikuti oleh dayang2nya.

“Apa kau cakap?!!!!” Jasmine bingkas bangun sebaik terdengar ayat terakhir Fatin Nadia.Matanya menyinga memandang Fatin Nadia. Nafasnya turun naik. Fatin Nadia dan kawan2nya cepat2 melarikan diri bagai tak cukup tanah saja layaknya.

Jasmin memang cukup dikenali sebagai seorang pelajar pintar kesayangan guru dan gadis cantik kegilaan pelajar2 lelaki sekolah itu. Namun, dia juga cukup dikenali dengan sifat panas baran dan kuat bertumbuk di sekolah. Kristy segera memegang lengan Jasmine.

“Haiyyaa…sudahlah!! Dia bodoh, lu pun mau jadi bodoh macam dia ka? Suka cari gaduh dengan orang lain?” Kristy memarahi Jasmin sambil menarik lengan Jasmin agar Jasmin kembali duduk di bangkunya. Suaranya yang agak kuat tadi, menyebabkan beberapa pasang mata yang ada di kantin memandang mereka sinis.

Jasmin cuba mengawal emosinya. Melihat wajah Kristy yang giat menarik lengannya, Jasmin akur. Dia duduk kembali menghadap pinggan meenya dengan jiwa yang membara.

Pandangannya dikecilkan merenung kedepan. Kalau ikutkan hatinya tadi, mahu saja diganyang mulut Fatin. Mee disuap rakus ke mulutnya. Aku tahu siapa yang bawak cerita ni!!! Balik nanti, siap!!! Dendam Jasmin didalam hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2011 10:23 PM | Show all posts
Waktu persekolahan sudah tamat. Suasana diperhentian bas agak bingit dengan pelajar2 sekolah yang sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Kristy beruntung, tidak perlu menunggu bas sepertinya. Rumah Kristy yang tidak berapa jauh dari sekolahnya, buat Kristy menaiki basikal saja ke sekolah. Lalu, tiap2 hari, setiap kali pulang dari sekolah, Kristy akan menghantarnya ke stesen bas yang terletak kira2 5 minit masa perjalanan dari sekolah mereka.

Jasmin mencari2 kelibat seseorang di celah2 pelajar2 sekolah yang beruniform. Ada hutang yang perlu dibalas. Lengan baju sekolahnya sudah disinsing hingga ke siku. Kain sekolah yang berwarna biru juga sudah dilipat sikit ke atas hingga menampakkan stoking yang dipakainya. Setelah mencelah2 disebalik pelajar2 yang sibuk menunggu bas, akhirnya bayang tubuh yang dicari ditemui juga. Jasmin mengukir senyum sinis. Lantas batang tubuh itu di hampiri.

Melihat Jasmin yang sudah tegak berdiri didepannya, Misah yang berdiri bersama2 Siti, Pijan dan Kinah mengerut muka. Sedikit perasaan gementar mula menyerang hingga membuatkan perut Misah berasa hendak terberak pula.

JIka dulu, sedari kecil, Misah tidak kisah untuk bergaduh dengan Jasmin kerana tubuh mereka hampir sama saiz. Tapi, setelah berusia 16 tahun ini, ternyata tubuh Jasmin lebih tinggi darinya. Jika dia hanya berketinggian 130cm, tinggi Jasmin sudah mencecah 165cm. Jadi, jika Jasmin berdiri didepannya, Misah benci kerana terpaksa mendongak memandang Jasmin.

“Apa kau cakap dengan Fatin hah?” soal Jasmine sebaik merapati mereka berempat. Wajah gadis berempat itu diteliti satu persatu.  

“Mana aku ada cakap apa2?” bentak Misah sambil memeluk erat fail ditangan. Kawan2nya juga diam membatu.

“Kalau kau tak cakap apa2….macam mana dia boleh tahu pasal mak aku?” bentak Jasmin lagi. Dalam kampungnya, tak ada orang lain lagi sebaya mereka yang bermulut laser bin bom seperti Misah. Dia sudah kenal Misah sejak kecil. Matanya mencerlung memandang Misah.

“Yang kau ni nak tuduh aku, kau ada bukti ke?” soal Misah berani. Jasmine  memeluk tubuhnya tak ubah seperti seorang gangster. Jasmine senyum sinis.

“Mulut kau tu..aku kenal sangat Misah! Kalau ikut hati aku, aku rasa macam nak bagi penampar je kat pipi kau. Biar bersepai gigi kau. Biar muka kau jadi macam nenek kau yang tak ada gigi langsung tuh!!!” giat Jasmine menaikkan kemarahan Misah.

“Eh!! Kau jangan nak ejek2 nenek aku ya!! Aku pelempang kau nanti!” ternyata usaha Jasmin berhasil. Dia ketawa terbahak2, lalu berpusing  meninggalkan Misah and the gang. Melihat Jasmin yang berlalu sambil ketawa, Misah menghentakkan kakinya ke tanah. Tidak puashati. Wajahnya merona merah menahan marah.

“Dahlah…lain kali je kita balas..” Pijan segera memujuk. Takut juga dia kalau terpaksa bertumbuk di stesen bas yang ramai orang tu. Misah mendengus marah. Dendamnya membara. Bencinya meluak2 terhadap gadis yang sudah pun berdiri di satu sudut perhentian bas Rompin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:24 PM | Show all posts
Jasmin bingkas bangun dari lamunannya. Merenung beberapa pelajar sekolah yang berpakaian seragam  buat dia terkenangkan memori dahulu. Dia sedang  duduk bersarapan di tempat duduk yang terletak diluar warung minum berhampiran chalet. Memerhatikan pelajar2 sekolah ke sekolah pagi2 buta ini, menggamit seribu memori padanya.

Usai membayar harga sebungkus nasi lemak dan air suam kosong, Jasmin bangun. Dia merenung luasnya langit ciptaan Tuhan.  Dimatanya kini, dia hanya nampak peluang kerja yang mungkin boleh dipohon. Chalet yang dihuninya malam tadi sudah ditinggalkan awal2 pagi lagi. Kunci telah pun diserahkan semula kepada pemilik chalet pagi tadi. Dia nekad, hari ini, dia harus mendapat kerja! Tak kiralah kerja apa sekalipun. Jika tidak, selagi itu hatinya tidak tenang.

Langkah kaki diatur jua meski tidak tahu arah yang hendak dituju. Sesekali, bekas luka di kakinya berdenyut. Luka itu masih belum sembuh sepenuhnya. Jasmin tidak peduli. Hal itu tidak penting baginya. Yang penting adalah, kerja!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:26 PM | Show all posts
Remang senja dari Laut China Selatan benar2 memukau pandangan. Warna jingga dan kelabu berserakan di kaki awan, memercik cahayanya ke laut biru yang terbentang luasnya.  Camar berterbangan di hujung lelangit bagai takkan pulang ke sarang. Nun dari jauh,suara azan maghrib sayup2 berkumandang.

Arif menyusuri pantai yang putih bersih menuju ke masjid yang berdekatan kampung Juara. Niatnya, selepas maghrib di masjid nanti, dia mahu ke Restoran Rumbia milik Pak Mat. Rindu pula pada ceramah orang tua itu. Dari jauh, kubah masjid sudah semakin hampir kelihatan. Arif senyum sendirian.

Macam tak percaya aku, kat KL pun pergi masjid seminggu sekali, tiba2 buang tebiat hari ni nak sembahyang kat masjid. Kalaulah tidak kerana sembahyang JUmaat, agaknya setahun dua kali saja ke masjid untuk bersembahyang raya. Itulah hikmahnya Tuhan mencipta Sembahyang JUmaat.

Sampai di masjid, usai berwudhuk, Arif melangkah masuk ke masjid. Kaki seluar jeansnya yang dilipat tadi dijatuhkan semula. Dia turut menyertai solat jemaah yang didirikan oleh beberapa lelaki separuh umur di masjid itu. Safnya, tidak sampai 3 baris pun.

Satu2 bacaan pak imam dihayati dengan tekun. Meski kurang faham dengan maksud surah yang dibaca, mendengarkan alunan bacaannya saja buat hati Arif tersentuh. Saat ini terasa diri terlalu hina dengan TUhan.

Usai berdoa, Arif terdengar beberapa perbualan di belakang tabir tempat solat wanita dan tempat wudhuk perempuan.   Suasananya agak kecoh, namun suara diperlahankan sehabis kadar.Arif turut mengaminkan doa. Lalu jemaah pun bersurai.

Pak imam dan beberapa orang lelaki lain menghampiri tempat solat wanita yang kedengaran agak bising. Arif yang sedang berada di tangga masjid, sedang menyarung selipar. Sesekali terdengar suara kecoh ditempat sembahyang wanita. Apa hal pula? Seorang lelaki bergegas keluar menghampiri keretanya. Pintu kereta dibuka kelam kabut lalu dia memanggil kawannya yang masih berada di dalam masjid.

“Bawak budak tu kesini cepat!” laungnya dari luar masjid. Arif bangun, hendak beredar. Namun hati kecilnya terselit jua perasaan ingin tahu.

“Kenapa pak cik?” lantas soalan menyibuk ditanya juga. Bukan menyibuk…tapi ambil berat. Pak cik yang masih berkopiah dan berbaju melayu biru menjungkit bahu.

“Ada budak pengsan kat tempat sembahyang. Tak tahu anak siapa..”balas pak cik tadi. Ooo..Arif mengangguk2. Beberapa lelaki dan 2 orang wanita keluar mengusung sekujur tubuh. Melintasi Arif yang masih berada di tangga masjid.

Arif hanya melihat tubuh yang pengsan itu dimasukkan ke dalam perut kereta. Prihatin betul masyarakat kampong di sini. Kalaulah di KL…agaknya kalau pengsan di masjid, tak siapa pun sedar. Silap2 haribulan, meninggal pun tak siapa sedar.

Arif mula mengorak langkah meninggalkan masjid itu. Sesekali matanya menjengah ke perut kereta yang sudah ditutup. Pak cik berbaju biru tadi sudah menghidupkan enjin kereta. Barangkali mereka mahu ke klinik.

“Kak Mah!! Beg budak ni!!” laung seorang makcik dari tangga masjid kepada perempuan separa umur yang sedang berada di dalam kereta. Arif turut melihat. Namun, sebaik terpandangkan beg sandang yang dipegang oleh mak cik tersebut, langkah Arif jadi mati. Pandangannya terpaku pada beg itu.Jasmin???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2011 10:27 PM | Show all posts
Arif memandang Jasmin yang berselimut tuala di bangku luar klinik. Sebaik mengetahui orang yang pengsan tadi adalah Jasmin, Arif dengan muka tak malu mengaku bahawa dia adalah saudara Jasmin. Lalu, pasangan suami isteri yang memandu kereta proton saga kelabu terus membenarkan dia mengikut mereka ke klinik.  Maka, Jasmin didaftarkan ke klinik dengan kad pengenalan Arif.

Menurut doktor, badan Jasmin terlalu lemah. Tekanan darahnya terlalu rendah. Dia pengsan kerana tidak makan. Jadi angin sudah masuk ke perut dan kepala. Pasangan suami isteri tadi telah pun pulang. Sejuta ucapan terima kasih Arif ucapkan kepada mereka kerana sudi menghantar mereka ke klinik.

“Encik Arif Farhan Dato’ Muhaiyeen” laung pegawai farmasi kuat. Siap dengan nama bapak! Cepat2 Arif bangun menghampiri kaunter farmasi. Pegawai farmasi itu menyerahkan tiga bungkusan ubat kepada Arif.

“Yang ni ubat gastrik, makan 2 biji sekali, 3 kali sehari, yang ni ubat buang angin, minum 2 kali sehari dan ni ubat untuk tambah darah, makan 2 kali sehari..” terang pegawai farmasi itu satu persatu. Arif mengangguk. Tak payah terang pun tak apa sebenarnya, di luar bungkusan ubat2 itu sudah pun tertulis aturan pemakanannya. Tapi, mungkin itu prosedur biasa farmasi.

“Berapa?” soal Arif sambil mengeluarkan dompetnya.

“RM46 encik,” balas pegawai farmasi kembali. Arif lantas mengeluarkan not RM50 lalu menyerahkan kepada pegawai farmasi. Setelah baki wang diambil, Arif kembali kepada Jasmin yang sedang tunduk diam dengan mukanya yang basah.

Bungkusan ubat masih ditangannya. Arif bersandar seketika di sofa luar klinik. Wajah Jasmin dipandang.  

“Kata nak pergi rumah kawan?” soal Arif dengan nada terkilan. Terbit sedikit rasa kecewa kerana ditipu oleh gadis polos itu. Arif merenung Jasmin disebelahnya yang gugup.

Melihat Jasmin yang diam membatu, Arif mengelus nafas lemah. Dia bangun. Duduk lama2 di situ pun tak boleh buat apa. Tangannya dihulur, hendak menarik tangan Jasmin untuk bangun dari sofa.

“Jom! Kita balik hotel dulu,” arah Arif. Nyata, kini dia sudah hilang kepercayaan pada gadis itu. Esok, sebaik hari siang, dia nekad mahu membawa gadis itu ke tempat dia melanggar gadis itu tempohari. Jasmin perlu pulang ke tempat asal dari terus dibiar berkeliaran di pulau itu!

Jasmin tidak menyambut huluran tangan Arif, tetapi bangun juga. Melihat Jasmin sudah bangun dengan wajahnya yang sedikit pucat, Arif melangkah keluar dari klinik itu menuju teksi yang sudah dipanggil sejak tadi. Pintu teksi dibuka lalu jasmin diarah masuk.

“Berjaya Hotel,” arah Arif sebaik masuk dan duduk di tempat duduk hadapan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.068268 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list