CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30343|Reply: 0

[Borneo] Warga asing dipenjara lima bulan kerana tinggal melebihi tempoh sah dibenarkan

[Copy link]
Post time 4-12-2023 07:31 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah dibenarkan.
   
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.
   
Memori Mahbar, 38, dari Sambas, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditahan pada jam 8.05 malam, 17 November lalu di sebuah kedai makan di kawasan Centre Point 2 di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.
   
Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang merupakan warganegara Indonesia masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah.
   
Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Hakim Azreena Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



https://www.utusanborneo.com.my/2023/12/04/warga-asing-dipenjara-lima-bulan-kerana-tinggal-melebihi-tempoh-sah-dibenarkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.326198 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list