CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 19

kereta dijual belum ditukar nama?

[Copy link]
Post time 23-2-2011 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik terkejut kereta dijual belum ditukar nama23/02/2011 6:07pm


KUALA LUMPUR - Seorang mekanik terkejut apabila menerima notis daripada polis yang menyatakan kenderaan miliknya, yang dijual kepada seorang lelaki sejak empat tahun lepas, masih tidak ditukar nama.
Semuanya terbongkar apabila kereta itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Selayang pada 9 Februari lepas dan polis mengesan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
Mangsa, Yew Weng Kwong, 55, berkata, kereta Toyota Vios 1.5cc hitam bernombor pendaftaran WPR 5223 itu dijual kepada seorang lelaki pada November 2007 dan dia  menerima RM1,000 daripada pembeli bagi proses penukaran nama kereta itu.
"Lelaki itu juga berjanji untuk meneruskan pembayaran ansuran kereta kepada pihak bank, tetapi apabila saya memeriksa dengan bank, tiada pembayaran dibuat,” katanya selepas membuat aduan di Biro Aduan Awam MCA di sini hari ini. - Bernama




***macam kes sambung bayar je.....takkan takda hitam-putih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 09:49 PM | Show all posts
vios ja..vios j spek ...grpthhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:31 PM | Show all posts
Janji vios hokkehh....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:32 PM | Show all posts
bolehland
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:44 PM | Show all posts
patutnya haramkan je jual kereta jenis sambung bayar ni.. last2 owner asal yang hazab.......... kereta hilang, bank black list
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:33 PM | Show all posts
Kadang kadang kedai kereta pon buat cam ni.. macam hampeh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 12:29 AM | Show all posts
biasa lah tue, used car punya keje, kita plak tak peka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:31 AM | Show all posts
camne nak cek dah tukar name belom ah kalau dah tolak kat used car?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2011 12:40 AM | Show all posts
Reply 8# myoujin


    pergi JPJ senang...haritu pernah mintak kawan check,pakai no.ic dia boleh tau semua kenderaan kita
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 01:04 AM | Show all posts
pernah terkena sekali....smpai bergaduh2 mintak tukarkan nama.....
sbbnya byk sgt dapat saman sedangkan aku masa tu lesen P lg....
takut kalo2 x bole renew lesen....sedangkan xde kena mengena pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 01:05 AM | Show all posts
ketuanan dugong 1.6 ajer bak kata wak kabu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:04 AM | Show all posts
camne nak cek dah tukar name belom ah kalau dah tolak kat used car?

myoujin Post at 24-2-2011 00:31


Usedcar yang betul-betul berniaga, kebiasaannya 2 minggu lepas kita tolak, dia akan buat full settlement dengan Bank.

1. Boleh call dan check dengan Bank, FULL SETTLEMENT dan langsai atau belum? Kalau belum check dengan usedcar berkenaan.


2. Katalah usedcar dah buat full settlement, boleh call dan check dengan JPJ. Kereta berkenaan apa statusnya. Usedcar yang dah buat full settlement, mestila akan tukar nama. Dia berniaga.

Yang AMAT bahaya:
1. Usedcar yang berniaga ikut jalan mudah atau memang kaki klentong. Dia sambung bayarkan kereta tersebut. Senang kerja.

2. Individu / Salesman yang ikut jalan mudah atau memang kaki klentong. Dia sambung bayarkan kereta tersebut. Senang kerja.

3. Sambung bayar yang kita tak kenal langsung siapa yang menyambung bayar. Hatta adik beradik pun susah nak bayar sambung bayar, apatah lagi orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:06 AM | Show all posts
***macam kes sambung bayar je.....takkan takda hitam-putih?

ipin86 Post at 23-2-2011 21:46


Ni bukan macam ni. Memang sambung bayar.


Hitam-putih pun takde value. Bank tak kira camtu. Siapa penama, dia tu yang tanggung-jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:08 AM | Show all posts
biasa nyer bila jual kat used car, mereka x kan tukar nama sehingga ada pembeli baru so apa mereka buat just continue bayar monthly payment.. kalau kedai keta kureng modal.. tu yg payah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:11 AM | Show all posts
bukan ke semua used car yang ada sekarang ni...semua keta2 yg ada kt used car tu..selagi tak ada buyer selagi tu la masih nama pemilik asal...

aku pun ada bad xperience ttg jual beli kereta ni...sampai ke kes polis la ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 15# arenis


    sama lah kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2011 02:05 PM | Show all posts
Ni bukan macam ni. Memang sambung bayar.


Hitam-putih pun takde value. Bank tak kira camtu. ...
bro_kr Post at 24-2-2011 10:06



    kalau macam ni kenapa masih ada lagi sistem sambung bayar ni...?
takkan pihak bank tak ambil tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 02:17 PM | Show all posts

kalau macam ni kenapa masih ada lagi sistem sambung bayar ni...?
takkan pihak bank tak ambil tau

ipin86 Post at 24-2-2011 14:05



Sistem sambung bayar ni, bukan Bank yang aturkan.

Dan kalau ada orang nak buat sambung bayar atas alasan tertentu, kebiasaannya, cara yang kononnya selamat adalah dengan buat Perjanjian antara penama kereta dan si-penyambung bayar. Atau kebiasaannya, dalam kes orang ketiga, antara pihak ketiga (usedcar / salesman / agen / broker) dengan si-penyambung bayar. Ini bukan kerja Bank. Dan Bank pun tak mau amik tau. Bagi Bank yang penting, bayaran tiap-tiap bulan mesti dilunaskan.   

Kegagalan si-penyambung bayar melunaskan bayaran akan mengakibatkan:

1. Kereta kena tarik. Dalam tempoh tertentu tak tuntut (kurang dari sebulan), bank akan lelong.

2. Jika harga lelong lebih tinggi dari Full settlement, bank akan kasi lebihan. Kalau kurang, penama kereta kena cari duit, bayar top up. (Selepas amik kira semua perbelanjaan upah tarik, sewa gudang, penalti etc). Dan kebiasaannya, confirm kena top up. Kalau tidak, tentulah kereta tu siang-siang penama dah jual.

3. Kalau kereta sudah dilarikan, dah Bank memang tak dapat cari, penama akan blacklist, atau kalau hutang tinggi lagi, bank akan cari jalan dapat balik duit dia, contohnya bawa kes ke mahkamah atas penama. Bukan si-penyambung bayar, bukan pihak ke tiga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 02:21 PM | Show all posts
bukan ke semua used car yang ada sekarang ni...semua keta2 yg ada kt used car tu..selagi tak ada buyer selagi tu la masih nama pemilik asal...

aku pun ada bad xperience ttg jual beli kereta ni...sampai ke kes polis la ...

arenis Post at 24-2-2011 10:11


Bukan semua. Usedcar bawah pokok selalu wat camni...


Bangsa apa? Semua bangsa usedcar pun banyak jer spesies camni.... cuma orang kita paling ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 02:45 PM | Show all posts
what if, jual kereta kat used car. keta dah habis bayar pun. then geran asal dah bagi pada used car. owner beli keta baru, tapi gunakan registration (plet no). kereta lamanya tu. any possibility to have problem?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.097219 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list