CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5874|Reply: 61

Dividen Bank Rakyat 15%

[Copy link]
Post time 25-2-2011 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aniskirin_nita at 25-2-2011 11:02

Dividen Bank Rakyat 15%

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my


Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Kamaruzaman Che Mat (kiri sekali) dan Pengerusi Bank Rakyat Syed Jalaludin Syed Salim (dua dari kiri) menunjukkan carta prestasi kewangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.
Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.

Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.

''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.

''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini, bank itu mengunjurkan peningkatan pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau menyifatkan pertumbuhan 10 peratus itu adalah kadar yang selesa bagi Bank Rakyat selepas mengalami pertumbuhan besar pada 2010.

''Unjuran yang dibuat itu adalah normal, tanpa ada sebarang ekstra dan kita jangkakan prestasi masih kekal kukuh sekiranya kadar faedah stabil,'' ujarnya.

Beliau berkata, pada tahun ini Bank Rakyat berhasrat untuk menambah lapan lagi cawangan sedia ada yang berjumlah 127 buah dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 juta setiap sebuah.

Bank Rakyat juga merekodkan kenaikan pendapatan kasar sebanyak 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit sebanyak RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan sumber pembiaya melonjak kepada RM4.04 bilion, yang mana 92 peratus atau RM3.71 bilion disumbangkan oleh perbankan pelanggan dan bakinya sejumlah RM323.9 juta melalui perbankan komersial.

Pendapatan berasaskan yuran juga bertambah sebanyak RM92.3 juta.

Jumlah aset meningkat sebanyak 22.3 peratus atau RM11.27 bilion kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tempoh sebelumnya.

Jumlah deposit Bank Rakyat naik kepada RM52.49 bilion bagi tahun lalu dan kedudukan kecairan kekal kukuh pada kadar 27.3 peratus berbanding 25.2 pada 2009.

Dana pemegang saham Bank Rakyat juga meningkat kepada RM5.95 juta dengan bilangan anggota seramai 758,356 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2011 11:03 AM | Show all posts
Alhamdullilah..ari tu meraso duit dividen TH..la nie Bank Rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:03 AM | Show all posts
Seronok bila tengok sebuah Kooperasi seperti Bank Rakyat ini untung.

Koperasi yang di bawah PAS yakni KOHILAL apa jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:10 AM | Show all posts
Makan hati ja lah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:12 AM | Show all posts
staf diaorang lagi la bonos.. berbulan-bulan.. .. pokok durian runtuh terus..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:19 AM | Show all posts
nk tanya ..... org yg wat loan bank rakyat tp pastu wat full setelment still anggota koperasi bank rakyat ke? duit dividen leh dpt ke n kat mana duit tu? kat akaun bank rakyat kita ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2011 11:19 AM | Show all posts
bonus bank rakyat mmg gila = 15bln pon ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:21 AM | Show all posts
huh.....nak masuk share pon bukan senang kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 11:21 AM | Show all posts
yerlah aku pon makan hati gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:24 AM | Show all posts
aku dapat seribu dh kemarin...huuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:28 AM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 11:32 AM | Show all posts
aku dapat seribu dh kemarin...huuuuuuuuuuuuuuuuuu
aniqq_torres Post at 25-2-2011 11:24



    bestnyer kau..bagi aku pinjam ckt..hehehe..aku dpt ciput jea..zaman dolo2 saham rm500 jekan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 11:34 AM | Show all posts
huh.....nak masuk share pon bukan senang kan?
iza_yuss Post at 25-2-2011 11:21



    dulu2 ada dia bukan nak tambah saham. la ni seingat haku dah x da dah..kalau ader..aku nak tambah jugak ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:34 AM | Show all posts
alhamdulilah blh lah bwk dividen ni gi mlncung ke obeC
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:42 AM | Show all posts
menyesal x letak byk2.....:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:49 AM | Show all posts
thn lps bonus tuk staff=14bulan... hujung bulan ni dorg dpt bonus.. bape plak agak2 nye ye... koyooooooooo~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 11:55 AM | Show all posts
untung....rezeki laa...BR nih...

adaer ke kat cni..yg simpat smpi 200k...hehehe nak tanya..atau sape yg paling banyak antara kita?...hehehhe....aku ratus2 je......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:56 AM | Show all posts
dulu2 ada dia bukan nak tambah saham. la ni seingat haku dah x da dah..kalau ader..aku nak ...
aniskirin_nita Post at 25-2-2011 11:34


itu laa, frust betul aku......parents aku ada masuk share ni......
aku n akak aku duk tunggu gak derang bukak, nak je beli....mmg bank rakyat punya saham, x mengecewakan.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:56 AM | Show all posts
bank rakyat: saya mesti pilih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:57 AM | Show all posts
saya musti pileyyyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.251167 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list