CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9869|Reply: 17

[Politik] Pemimpin PN didakwa guna dana RM1 bilion merasuah ahli-ahli parlimen tumbangkan kerajaan....siapakah?

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 11-1-2024 02:54 AM



PETALING JAYA: Seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

"Kami berharap polis boleh menyiasat jika ini benar," kata Datuk Azman Abidin, setiausaha politik kepada perdana menteri, kepada FMT semalam.

"Orang ramai sudah muak (dengan spekulasi tentang usaha menjatuhkan kerajaan ini). Kerajaan sedang bekerja keras untuk merangsang pemulihan ekonomi."
DISYORKAN UNTUK ANDA



FMT telah mencuba menghubungi pemimpin PN untuk mendapatkan komen.

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai "Langkah Dubai" yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Pertemuan itu yang tidak begitu diberi perhatian oleh Anwar dan pemimpin kerajaan lain, dikatakan bertujuan mengagihkan tugas dalam kalangan ejen untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang akan menyertai pembangkang.

BH

PN, PAS, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 10:01 AM | Show all posts
banyaknya duit berbillion
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:45 AM | Show all posts
abah Cirit?


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:59 AM | Show all posts
mana dapat duit byk tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 04:44 PM | Show all posts
Bukti sahih takde, bukti transaksi, bukti akaun semua zero....tapi bercakap dah cukup untuk wujudkan persepsi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 06:03 PM | Show all posts
sranua replied at 10-1-2024 04:44 PM
Bukti sahih takde, bukti transaksi, bukti akaun semua zero....tapi bercakap dah cukup untuk wujudkan ...

Exactly... tapi itulah advantage bila kau di atas..ni mcm sembang2 kedai kopi aje.. yang penting buat report polis, based on apa? based on dsembang2 kedai kopi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke anwar akan jatuh x lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 09:55 PM | Show all posts
semuga diperludahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-1-2024 06:08 PM
Betul ke anwar akan jatuh x lama lagi

Kah x3...

Madani dapat mandat dari YDPA Sultan Abdullah..

PoeN dapat mandat dari Duli Yg Maha Fitnah Raja Petra Kamaruddin, pelarian di UK level Sajat.

Bulan depan walaun2 buat rombongan angkat sampat ramai2 kat Manchester!

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa je layg ada 1B, takkan la geng lobai tin melo....hahahak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 11-1-2024 10:16 PM
siapa je layg ada 1B, takkan la geng lobai tin melo....hahahak

geng TUN milo kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 11-1-2024 10:16 PM
siapa je layg ada 1B, takkan la geng lobai tin melo....hahahak

Ada Tun Tun kaya raya duit puluh billion .tak jadi hal pun setakat 1 billion.tu....Yg penting abg Non ditumbangkan.. aman hidup mereke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 10-1-2024 04:44 PM
Bukti sahih takde, bukti transaksi, bukti akaun semua zero....tapi bercakap dah cukup untuk wujudkan ...

Mphhh...takkan hang tatau blok sana...dr sebelum lg suka membuat persepsi sehingga huru hara negara...dah planning yg ada diketepi..dihuruharakan..dia konon nak perbaiki keadaan...puiiii sgt la..
Even langkah dubai tu rupanya asal usulnya jkom yg tiup trumpet eh...
But current pembangkang mcm sendu gak aih...padahal manyal mende boleh keluarkan ni...PADU ngok ngek tu...lambakan pekerja asing...subsidi tersasar....perancangan ekonomi...pengangguran.....apa ke syok terima elaun MP  je ker...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 08:39 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 13-1-2024 07:15 PM
Mphhh...takkan hang tatau blok sana...dr sebelum lg suka membuat persepsi sehingga huru hara negar ...

Hang betoi...blok pembangkang ni pada aku ada berapa kerat je yg cerdik. Yg lain tu asal boleh je..dpt jadi exco sengap sunyi dah seronok makan elaun. Kalau blok pembangkang ni rajin sikit tengok podcast Keluar Sekejap, dah macam-macam KJ dengan Shahril Hamdan tu ulas isu-isu semasa.
Seronok la jadi kerajaan, isu-isu kerajaan yang sendu...tapi takde orang nak bantai. Tu yg lagi ralit, buat kerja pun tak bersungguh, KPI entah ade ke tidak. Pihak kerajaan pun ada jugak Menteri yg function....tp yang lain tu harap pada kuota je lah....tak cerdik pun jadi Menteri dan Timbalan Menteri. Senang sungguh hidup.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-1-2024 06:08 PM
Betul ke anwar akan jatuh x lama lagi

Jgnlah ditanya kpd lalang yg mudah goyang
Tanyalah kpd Dia yg lebih tau,  yg mengatur dn merancang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 14-1-2024 08:39 AM
Hang betoi...blok pembangkang ni pada aku ada berapa kerat je yg cerdik. Yg lain tu asal boleh je. ...

Sejenis malas berfikir ke apa...jenis malas buat homework?tp nak keputusan cemerlang....mmg ke bwh aje la uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak heran...kalau darurat pun boleh sukahati declare...kalau dgn agong pun dia boleh tipu...inikan pulak nak sogok agong...
Daim pun mengaku dia ada 50b dulu....so?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 02:40 PM | Show all posts
bak mai sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.139703 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list