CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95060|Reply: 594

PENTING!! SYURGA DAN NERAKA ISTERI, SUAMI TENTUKAN

  [Copy link]
Post time 3-3-2011 07:33 PM | Show all posts |Read mode

  
Bismillahirahmanirahim

         Isu yang saya cuba bangkitkan ini adalah kebenaran yang sangat penting tetapi sudah tidak dihiraukan lagi hari ini. Inilah tanda2 akhir zaman dan perkara yang sangat menyedihkan Baginda Rasulullah SAW suatu masa dulu dan akhirnya kita laluinya sekarang.


Hak lelaki ke atas perempuan

Surah An-Nisa : ayat 34

Ertinya : "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."

Ini bermaksud dalam apa jua perkara, kaum lelaki mengatasi kaum perempuan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) bhw bersabda Rasulullah SAW mafhumnya:

     " Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."

Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:

     " Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga waktu subuh."

Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:

    " Di mana-mana sahaja, isteri tidur pada waktu malam meninggalkan tempat tidur suaminya padahal suami merelakannya, akan dimasukkan syurga."

Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:

    " Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan Malaikat Azab."
    " Sesiapa di kalangan isteri yang sabar ketika suaminya sakit, Allah Taala akan memberikannya pahala Asmah dan Maryam bt Imran."

Berkata Ibnu Abbas (ra) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

    " Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai beserta syaitan dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."


Sabda Nabi saw lagi, mafhumnya:

    " Di mana-mana sahaja perempuan (isteri) itu derkaha kepada suaminya, maka dilaknat Allah Taala, malaikat dan seluruh manusia."

Berkata Ali bin Abi Talib (kwj) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

    " Jika perempuan (isteri) menjadikan salah satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya  tidak redha terhadap perempuan (isteri) itu, maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada bersama dengan Yahudi dan Nasrani."


     Demikianlah tingginya status suami terhadap isterinya, suami yang menggantikan ibu bapa perempuan (isteri) itu sebagai penjaga dan akan bertanggungjawab ke atas perempuan itu di akhirat nanti. Derhaka pada suami samalah seperti derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

      Pasti ramai perempuan dan isteri terasa nyilu dan geli untuk menerima kenyataan ini dgn berbagai alasan, tetapi yang benar tetap benar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 08:06 PM | Show all posts
tp kalau suami perangai mcm taek mcmana :re:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:37 PM | Show all posts
Golongan Feminisme tak sentap ke baca?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 11:05 PM | Show all posts
tp kalau suami perangai mcm taek mcmana
kinki Post at 3-3-2011 20:06


kalo mcm tuh puan panggil jerr indah water sedut laki puan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 11:12 PM | Show all posts
kalo mcm tuh puan panggil jerr indah water sedut laki puan
jesse_labu Post at 3-3-2011 23:05



    harap2nya suami saya besok x mcm tu kang kena panggil indah water plakk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 11:14 PM | Show all posts
tp kalau suami perangai mcm taek mcmana
kinki Post at 3-3-2011 20:06


Maih kita perati tengok asbabun nuzul turunnya ayat surah An-Nisa tu..



Asbabun Nuzul : Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Hasan, katanya, "Seorang wanita datang kepada Nabi saw. mengadukan suaminya karena telah memukulnya, maka sabda Rasulullah saw., 'Berlaku hukum kisas,' maka Allah pun menurunkan, 'Kaum lelaki menjadi pemimpin atas kaum wanita...' sampai akhir ayat." (Q.S. An-Nisa 34.) Demikianlah wanita itu kembali tanpa kisas.

Ibnu Jarir mengetengahkan pula dari beberapa jalur dari Hasan, yang pada sebagiannya terdapat bahwa seorang laki-laki Ansar memukul istrinya, hingga istrinya itu pun datang menuntut kisas. Nabi saw. pun menitahkan hukum kisas di antara mereka, maka turunlah ayat, "Dan janganlah kamu mendahului Alquran sebelum diputuskan mewahyukannya bagimu." (Q.S. Thaha 114) dan turunlah ayat, "Kaum lelaki menjadi pemimpin kaum wanita..." Dan dikeluarkan pula yang serupa dengan ini dari Ibnu Juraij dan Saddiy.

Ibnu Murdawaih mengetengahkan juga dari Ali, katanya, "Seorang laki-laki Ansar datang kepada Nabi saw. dengan membawa istrinya, maka kata istrinya, 'Wahai Rasulullah! Dia ini memukul saya hingga berbekas pada wajah saya.' Jawab Rasulullah, 'Tidak boleh ia berbuat demikian', maka Allah swt. pun menurunkan ayat, 'Kaum lelaki menjadi pemimpin kaum wanita...sampai akhir ayat.' (Q.S. An-Nisa 34) Maka hadis-hadis ini menjadi saksi, yang masing-masingnya menguatkan yang lainnya."


Rasanya, puan kena jilat la taek suami puan tuk dapatkan syurga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2011 11:24 PM | Show all posts
Maih kita perati tengok asbabun nuzul turunnya ayat surah An-Nisa tu..



Asbabun Nuzul : Ib ...
baghal Post at 3-3-2011 23:14



    kalau dah perangai mcm taek xpayah lah jadi pemimpin diri sendiri pon taek mcmana nak ajar anak bini jadi wangi pulak saya ingin tegaskan peranan suami tu penting. kalau dgn perangai taek sesapa pong boleh jadi suami. tp kesian lah kat anak bini yg terpalit sama

suami baik - isteri taat dapat pahala dan syurga. suami x baik - isteri sabar dapat syurga juga. tp kesian lah kat wanita kaum isteri/ibu yg lemah lg mulia ni. saya kecewa dgn sikap kebanyakan lelaki zaman skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2011 01:49 AM | Show all posts
kalau dah perangai mcm taek xpayah lah jadi pemimpin  diri sendiri pon taek mcmana nak ...
kinki Post at 3-3-2011 23:24


Dulu puan kawen paksa ka, sapa yang pilih suami puan tu?

Masalah taek elok rujuk kat IWK mcm saudara Jesse cadangkan atau boleh jumpa mana2 kaunselor JAIP..

Tapi kita tengah bicara masalah hukum Allah, kalu puan tak setuju ngan hukum Allah, atau puan ada masalah ngan hukum Allah nih, jangan susah hati , puan cuma murtad jer, ada banyak lagi kefahaman lain untuk dianuti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 05:17 AM | Show all posts
Reply 7# kinki

tp kalau suami perangai mcm taek mcmana

bunyi ayat macam dah kawin..
harap2nya suami saya besok x mcm tu kang kena panggil indah water plakk

tapi penyataan yg ni..mengaku cam belum kawin{:1_125:}
kalau dah perangai mcm taek xpayah lah jadi pemimpin diri sendiri pon taek mcmana nak ajar anak bini jadi wangi pulak saya ingin tegaskan peranan suami tu penting. kalau dgn perangai taek sesapa pong boleh jadi suami. tp kesian lah kat anak bini yg terpalit sama

suami baik - isteri taat dapat pahala dan syurga. suami x baik - isteri sabar dapat syurga juga. tp kesian lah kat wanita kaum isteri/ibu yg lemah lg mulia ni. saya kecewa dgn sikap kebanyakan lelaki zaman skrg


apekeher! Yong ni cakap putar belit...mule2 bunyi mcm belum kawin,lepaih tu tibe2 sentap tak pase2 kate laki cam taek....ni compom dah terkena batang idung dapat laki cam taek yek????
selalunya kalu isteri curang belakang suami...ataupun isteri taek jgk le'..mesti dapat suami curang atau laki taek jgk...
bertepatan dgn firman Allah;

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)

so kesimpulanya...kena renung diri adakah kite pernah melakukan kesalahan sebelum ni ataupun dimasa lampau...
Firman Allah dlm surah An Nisaak:
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(surah An Nisaak:111)

Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.(Al An’fal: 25)

Jadi cube le renungkan diri tu...bukan teman nak nuduh sapa2...tapi kalu ade yg terasa tak tau le teman....

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)

ini Allah Taalla yg cakap bukan teman...kalu ade yg tak suke dgn hukum tuhan teman ni...angap hukum ni tak adil'. kire dah patutle cari tuhan lain...teman bleh rekomenkan tuhan lain..cakap je yg mcm mane..nak berape tangan?nak cam lumbu pun ade,cam beruk pun ade.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 10:40 AM | Show all posts
saya ada kata saya dah kawen ke? jgn nak putar belit post saya pulak saudara2 berdua ni. bukan main lagi korang tepek nas dan dalil tp berapa kerat je lelaki yg dimuliakan oleh Allah SWT tu dgn mengangkat darjat mereka sebagai seorg ketua/suami/pemimpin beramal dgn ayat2 tu

ye betol la laki yg baik utk pompuan yg baik. tp kita jgn lupa kisah2 terdahulu. tak semua pon mcm tu. contohnya Asiah dan Firaun, Nabi Ayub, Nabi Nuh. lelaki zaman skrg tau nak kawen je tapi xtau apa tanggungjawab sebagai suami. ada masalah sikit, nak cerai? :re: sikit2 nak pukul bini. takdak akai ka mana pegi akal yg sembilan tu??

saya tak pernah tolak hukum Tuhan. jatuh kafir pulak kat saya ni mcm tuan2 cakap tu adakah saya mempersoalkan kenapa Tuhan buat hukum mcm tu. dak aihh. saya cuma persoalkan kenapa laa lelaki baghal sangat. otak ada tp mcm x guna je. Tuhan dah angkat kedudukan tuan2 dgn begitu tinggi tp masih x sedar yg itu bukan sesuatu yg mudah utk dilaksanakan saya org perempuan cuma perlu taat je. maklumlah, secondary tuan2 yg dimuliakan oleh Allah SWT x payah lah sentap kalau tuan2 bukan taek tuan2 ni tentunya harum semerbak mcm kasturi gitu

Friday is a good day~~~have a good day ye encik2 berdua ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:17 AM | Show all posts
saya ada kata saya dah kawen ke? jgn nak putar belit post saya pulak saudara2 berdua ni. bukan main  ...
kinki Post at 4-3-2011 10:40



   CHEGITO EH TAAT YO LA,SAKIT KAT DUNIO X SEBERAPO DI AKHIRAT DAPEK BAHAGIO...DAH ITU BAHAGIAN EH....DATANG SAMO BAHAGIAN X SAMO....ALLAH TAALA MANOKAN UJI SESUATU YANG HAMBO EH X MAMPU...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:22 AM | Show all posts
sebenarnya sblm kita kawin...kita kne la mendalami ilmu agama dgn baik...kne th tanggung jawab masing2 pas kawin..

setiap isteri mestilah mentaati suaminya selagi si suami tidak berlaku zalim dalam hukum allah keatas si isteri..

cth: kate suami cam taek
      huraian diatas ni kne la th..knp suami tu cam taek..adakah sbb:-
      - sbb cmpur tgn org luar ke dlm mentadbir ins. kekeluargaan?
      - sbb menasihati si isteri nya ke smpi perangai suami berubah jd cam taek?
      - kurang ilmu agama ke?
      - dll
setiap persoalan akan terjawab klu ade sesi berdialog yg baik antara suami & isteri..

adehh~~ade x cam ust ismail kamus hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by bobmarlu at 4-3-2011 11:34

Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.

yang ini satu lagi.....


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:43 AM | Show all posts
kalo mcm tuh puan panggil jerr indah water sedut laki puan
jesse_labu Post at 3-3-2011 23:05



   Tak pun mandikan laki puan air tujuh loji,air tujuh manhole,air tujuh lonkang....insyaallah bersih ler "taek"nya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:46 PM | Show all posts
CHEGITO EH TAAT YO LA,SAKIT KAT DUNIO X SEBERAPO DI AKHIRAT DAPEK BAHAGIO...DAH ITU BAHAGIA ...
bobmarlu Post at 4-3-2011 11:17



    yo lah cik.....kalau sy taat kek suami yg mcm taek sy mmg dapek syurga..tp kesian kek suami yg mcm taek tu dapek apo ehhh....sy sbg isteri nak la masuk syurga samo dgn suami taek ka kentut ka suami sy jugok kan...
rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qina azabannarrr. ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 15# kinki


    setuju sangat... yela, berapa ramai yg kena belasah dr segi mental, tak dpt nafkah zahir batin, siap dpt madu lg. bila nak fail cerai, kena ceramah dgn 'org agama yg ada certificate' cakap si isteri tu nusyuz sbb datang tak mintak izin suami? ustaz ke tu? org dah terseksa siap dituduh nusyuz lg.

ada satu kes tu si suami dah tak balik dekat setengah tahun sbb duduk kat rumah isteri kedua, kawin kat sempadan. duit pun tak bagi. gigihla isteri dia buat kuih pagi2 buta nak bg anak2 makan. apa yg ustaz kat pejabat agama tu cakap? sabar.. isteri kena sabar.. tak blh mintak cerai sbb si isteri tu tau kat mana laki dia duduk. bodoh ke apa? asyik nak membela jantan tak guna tu. ni yg nak emo tak tentu pasal ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 02:50 PM | Show all posts
yo lah cik.....kalau sy taat kek suami yg mcm taek sy mmg dapek syurga..tp kesian kek suam ...
kinki Post at 4-3-2011 12:46



   dah menikah rupo eh! Dah kono la tu,tapi yang x kono ehh apo pasal plak laki tu d panggil "taek"....banyak x kono ehh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:54 PM | Show all posts
Reply  kinki


    setuju sangat... yela, berapa ramai yg kena belasah dr segi mental, tak dpt n ...
MinyakAngin Post at 4-3-2011 13:16



    DEn salute kat bini ehhh...bosar pengorbanan ehh...Allah yo yang dapek membalas pengorbanan ehh....yang kau plak x pasal2 dapek doso ngato suami akak tu...akak tu x apo2 pun kau yang lobihh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 18# bobmarlu


akak tu org terdekat dgn aku, harusla aku menyebok. tak jadi kat mak kau sedapla cakap mcm tu. mana tau satu hari nti tuhan nak tunjuk kat kau, adik kau, anak2 kau kena mcm tu. pastu nasihat la byk2 keluar surah & hadis segala macam. kau tak rugi apa2, guna air liur je nak nasihat2 & tarbiah org ni. tak payah tolong byk2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply  bobmarlu


akak tu org terdekat dgn aku, harusla aku menyebok. tak jadi kat mak kau sedap ...
MinyakAngin Post at 4-3-2011 15:11



   Apo-apo pun den memang salute ngan akak tu....den doakan akak dpermudahkan segala urusan dan kerja buat ehh...camno plak eh kalau kono kat kau....bunuh diri agak ehh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.084298 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list