CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20308|Reply: 11

[Tempatan] Buat kenyataan biadap, Hadi tetap akan dipanggil- PDRM

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 01:06 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan terhadap terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.


Mengesahkan perkara itu kepada MalaysiaGazette, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.


Kata beliau, polis masih belum memanggil dan merakam keterangan daripada Abdul Hadi selepas mengambil kira faktor kesihatannya yang tidak berapa mengizinkan buat masa ini.


“Kita (polis) telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan beliau dan kami sedang menantikan waktu yang sesuai untuk memanggil dan merakam keterangan daripadanya (Abdul Hadi).


“Polis belum mengambil keterangan beliau (Abdul Hadi) memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menzahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.


Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.


Susulan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada beliau (Abdul Hadi) menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Dalam kenyataan itu, Ahli Parlimen Marang itu secara sinis mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.


Baginda bertitah bahawa ia dianggap tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.


Kenyataan Abdul Hadi disifatkan bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.


Sekiranya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan baginda, beliau akan dapat memahami maksud sebenar.


Abdul Hadi didakwa telah mengeluarkan kenyataan terbabit di sebuah portal milik pembangkang pada 20 Februari lalu.


https://malaysiagazette.com/2024/03/01/hina-raja-raja-melayu-pdrm-siasat-kenyataan-hadi-kpn/



Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 13 Users voted

Count down: 309 Days9 Hours51 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2024 01:32 AM | Show all posts
masih kah kau hengat?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la Ularmak Suu’…memperdagangkan akhirat demi kesinambungan karier politik & duniawi. Tak nmpk lagi tau la nak habaq lagu mana kat hampa yg buta hati dlm2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo IO tu btl2 ada otak hasil siasatan akan mendapati no issue and nfa. Tp ko rs pdrm ni btl ke Telus?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai besa la dok tonggang akhirat, tp borong merc borong alphard pakai ipong ciptaan kapir.
Ckp pn xserupa bikin.
Itu haram, ini haram sendri pn kenyang mkn gaji buta.
Terpaling sorga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 10:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2024 11:26 PM | Show all posts
lucut kewarganegaraan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 2-3-2024 09:22 AM
Lobai besa la dok tonggang akhirat, tp borong merc borong alphard pakai ipong ciptaan kapir.
Ckp pn ...

Sedangkheun nabi pun ber'kenderaan' dari kalangan high breed horse tau....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoh Cik...Ayoh Cik Ayoh Cik Ayoh Cik



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 3-3-2024 06:28 AM
Sedangkheun nabi pun ber'kenderaan' dari kalangan high breed horse tau....

Lobai kita ja acap² feeling level nabi.
Puih
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 3-3-2024 07:12 AM
Lobai kita ja acap² feeling level nabi.
Puih


Mustahil utk kita dapat mengikuti setiap perkara yg dilakukheun nabi ,tapi kalo boleh yg satu dari sudut mendapatkheun sumber pengangkutan dari kalangan yg baik jika tidak terbaik....ok maaa?hence mercedes...

Harun Islamia,
Bachok Kelantan

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi Awang je yang betul betul celupar dalam PAS, selepas matinya Hadi Awang orang dah tak lagi kenal PAS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084962 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list