CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30280|Reply: 10

Will Smith baca al-Quran sepanjang Ramadan

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

Smith mengakui tertarik dengan keindahan ayat al-Quran.

BINTANG Hollywood Will Smith mendedahkan sudah membaca 30 juzuk al-Quran pada bulan Ramadan tahun lalu.

Will, 56, berkata, dia tergerak hati untuk membaca terjemahan kitab suci umat Islam itu ketika dia mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya dua tahun lalu.

Kata pelakon filem Men In Black ini, al-Quran sangat mudah dibaca malah menyukai kesederhanaan yang ada pada kitab suci itu.

Malah Will memberitahu kisah Nabi Musa AS paling digemarinya malah memberi kesan positif terhadap pada dirinya.




Smith mencari ketenangan rohani melalui bacaan al-Quran.

"Ayat dalam al-Quran sangat jelas dan mudah difahami.

"Saya kagum melihat banyak rujukan tentang Nabi Musa dalam al-Quran," katanya seperti dilaporkan Morocco World News.

Will berkongsi mengenai pengalaman membaca al-Quran ketika muncul dalam sesi podcast Big Time Podcast yang dihoskan wartawan dari Mesir iaitu Amr Adeeb.

Dalam pada itu, Will memberitahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia banyak menghabiskan waktu membaca kitab suci daripada pelbagai agama.


Bagaimanapun kata Will, al-Quran paling digemarinya kerana dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah.

"Saya sudah membaca semua kitab suci Abrahamik dan terkejut Nabi Musa sering kali disebut.

"Apabila membaca al-Quran saya terkejut sebab ia seperti penyatuan semua cerita melalui kitab lain seperti Taurat dan Injil.

"Selepas saya membaca al-Quran, baru saya faham tentang alur cerita sebenar," ujarnya.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... n-sepanjang-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 01:39 PM | Show all posts
moga dapat hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts

Will Smith baca 30 juzuk al-Quran



Mac 21, 2024 @ 3:28pm
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bintang terkenal Hollywood, Will Smith mendedahkan membaca 30 juzuk al-Quran pada Ramadan tahun lalu.

Selain al-Quran, aktor berusia 56 tahun itu turut membaca tiga kitab lain iaitu Taurat, Zabur dan Injil.


Bagaimanapun, antara semuanya Smith lebih tertarik kepada al-Quran yang disifatkan sangat jelas maknanya.

Pendedahan itu dibuat bintang filem Hancock itu menerusi sesi temu bual podcast, Big Time bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb.

Smith berkata, dia turut membaca daripada kulit ke kulit.

Katanya, dia tergerak membaca kitab suci selepas melalui pelbagai dugaan dan kesukaran hidup sejak dua tahun lalu dan memilih untuk kembali kepada kerohanian.

"Saya suka kesederhanaan pada al-Quran, ia ringkas untuk dibaca.

Maknanya jelas seperti kristal dan suci, sukar menimbulkan salah faham kepada pembaca," katanya.


Pada sesi temubual itu, Smith turut menekankan tertarik dengan kisah Nabi Isa yang dimuatkan dalam kitab suci al-Quran.

"Saya kagum membaca banyak rujukan mengenai Nabi Isa dalam al-Quran. Saya juga terkejut bagaimana kisah dalam empat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran saling berkait dan umpama satu kisah," kongsinya lagi.

Temu bual bersama Smith itu berlangsung ketika kunjungannya ke negara itu.

Menurutnya, ia adalah kunjungan ketiga ke negara teluk itu dan teringin mahu menetap di Arab Saudi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat hidayah.
Gittuh fefeeling acik2 penyebok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts

Waktu sukar dan mencari ketenangan,Will Smith Dedah Telah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

Edited by YgBenar at 22-3-2024 12:09 AM

LOS ANGELAS -- Bintang filem Hollywood, Will Smith dalam satu podcast mendedahkan bahawa dia telah membaca 30 juzuk  kitab suci Al-Quran, daripada "kulit ke kulit" pada Ramadan tahun lalu, lapor Daily Sabah.


Momen tersebut dikongsikan Smith di Big Time Podcast bersama seorang wartawan Mesir, Amr Adeeb.

"Saya suka kesederhanan, Al-Quran begitu jelas dan adalah suci. Sukar untuk menyebabkan salah faham," ujarnya.

Tambah pelakon berusia 56 tahun itu, dia menjelaskan dirinya melalui fasa sukar dalam hidup beberapa tahun lalu dan perkara itu mendorongnya untuk mencari ketenangan.

Oleh itu, dia menghabiskan banyak waktu mempelajari dan membaca kitab suci daripada pelbagai agama.

Bagaimanapun, Smith menyatakan dirinya kagum terhadap kesederhanaan al-Quran selepas membaca kisah Nabi Musa AS

"Saya kagum melihat banyak rujukan kepada Nabi Musa AS dalam al-Quran," katanya memetik Detik.com.

Sumber: Daily Sabah ,  Detik.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada perempuan muslim yg cun tarik dia masuk islam. Confirm dia tinggal bini dia yg x guna tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2024 10:35 PM | Show all posts
Zezo replied at 22-3-2024 08:24 PM
Ada perempuan muslim yg cun tarik dia masuk islam. Confirm dia tinggal bini dia yg x guna tu.

Jada bukan bini dia lgi uol, cmtu2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2024 10:35 PM | Show all posts
Aiol x minat sngt dia ni tpi klau cmni kjdiannya, smoga dia mndpt Hidayah nnti, Amin2 YRA
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 11-4-2024 10:35 PM
Jada bukan bini dia lgi uol, cmtu2 je

Dorg dah bercerai ka? Ke open relationships? Teruk sgt Jada tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:51 PM | Show all posts
Zezo replied at 12-4-2024 10:57 AM
Dorg dah bercerai ka? Ke open relationships? Teruk sgt Jada tu.

Confusing uol relationship dorg ni, klau tngok interview, Jada ni dlu xnak khwin pun tpi Will yg pksa sngat2. La ni ktanya bukn laki bini tpi mcm laki bini, gitu lah, Jada ni pun ada bf sebenarnya, August Alsina tpi Will mcm still nak sma2 je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.092556 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list