RESEPI NASI LEMUNI BAHAN-BAHAN: - 2 cawan beras, bersih dan toskan.
- 3 cawan santan.
- 1 genggam daun lemuni, boleh beli di Shopee.
- 1 inci halia dihiris.
- 2 ulas bawang merah dihiris.
- 2 ulas bawang putih dihiris.
- 1 sudu halba.
- 1 helai daun pandan dicarik disimpul.
- Sedikit garam.
CARA NAK BUAT NASI LEMUNI:[size=0.8]
1. Kisar daun lemuni dengan satu cawan santan dan tapiskan. Tak tapis pun tak apa, lagi umph. 2. Masukkan semua bahan lain termasuk bahan kisar atau tapis tadi ke dalam periuk eletrik, kacau sebati dan tekan on. Siap! Hidangkan dengan sambal ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Kalau kau buat sambal sotong, ke bulan terus perginya tau. Daun lemuni ni sangat berkhasiat tau. Dah lah sedap, jadi ubat pulak tu. So, kalau belum pernah makan, kau wajib cuba. Memang susah nak cari kat kedai, so kau buatlah sendiri. Selamat mencuba. Daun lemuni tu kalau tak ada kau boleh beli di Shopee. NASI LEMUNI BOLEH JUGA DIMAKAN BERSAMA LAUK SAMPINGAN LAIN…Meninjau di ruangan komen, ternyata benar hidangan Nasi Lemuni ini menjadi igauan ramai kerana kesedapannya. Malah, ia dimakan bersama pelbagai jenis lauk sampingan. Menarik!
[size=0.75]RELATED ITEMS:
|