CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33116|Reply: 24

[Tempatan] Saf wanita 'lompong', kurang peka atau sengaja?

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Saf wanita 'lompong', kurang peka atau sengaja?
Oleh
ROSKHOIRAH YAHYA
23 Mac 2024 07:00am


Gambar tular di laman sosial menunjukkan keadaan saf jemaah perempuan yang lompong dan banyak ruang kosong antara satu sama lain di sebuah masjid di ibu kota.

SHAH ALAM - Kebiasaannya pada bulan Ramadan, orang ramai berpusu-pusu ke masjid kerana tidak mahu ketinggalan menunaikan solat tarawih termasuk golongan wanita.

Bagaimanapun, tular di media sosial gambar saf jemaah wanita yang kelihatan lompong atau terputus dalam satu ruangan solat.

Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula berada di sebelah kanan dan kiri selain berkelompok di beberapa bahagian lain.

Persoalannya, adakan jemaah kurang peka atau sengaja membiarkan saf itu lompong?

Perkara tersebut turut dikongsi oleh seorang pempengaruh media sosial, Zamir Mohyedin di laman Facebooknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian itu, beliau memberitahu, antara sebab ia berlaku adalah jemaah memilih tempat yang selesa seperti mudah untuk menyandar, bawah kipas, dekat dengan pintu keluar dan sebagainya.

"Aku tanya isteri kenapa saf perempuan ada lompong macam ini.

"Ini jawapan aku dapat, pertama malas nak bangun dan pindah sebab nanti kena angkut sejadah dan barang lain sekali.

"Kedua, sebab jemaah bawa sejadah, jadi rapatkan saf maknanya rapatkan sejadah, bukan rapatkan bahu selain mahu duduk dengan geng dia," ujarnya.

Sementara itu, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebaik-baik saf bagi wanita adalah di bahagian paling belakang sekiranya tiada pemisah antara jemaah lelaki dan wanita.

"Namun jika terdapat pemisah antara jemaah lelaki dan wanita, maka keutamaan saf wanita adalah di bahagian paling hadapan.

"Begitu juga jika wanita solat berjemaah dengan kumpulan wanita sahaja, maka saf hadapan adalah lebih utama," katanya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan berhubung keadaan yang mana ada para wanita berpusu-pusu memenuhkan saf di bahagian belakang sehingga menyebabkan saf hadapan kosong dan menyukarkan jemaah yang baru hadir untuk pergi ke bahagian saf hadapan.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurangnya ilmu agama masing2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2024 06:35 PM | Show all posts


Jika enggan rapatkan saf secara sempurna, lebih baik solat di rumah

Kuala Lumpur: Jika jemaah wanita yang mengikuti solat enggan merapatkan saf secara sempurna, lebih baik mereka solat di rumah.

Itu teguran mantan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman selepas tular gambar saf wanita yang mengikuti solat Tarawih dengan kelompok sendiri.

Abdul Rahman berkata, saf berkelompok sendiri seperti demikian menunjukkan saf itu tidak sempurna.

Katanya, saf yang sempurna ialah saf yang lurus penuh, tidak ada kelompok dan tidak ada renggang jarak antara satu dengan yang lain.

"Mesti rapat, itu saf yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tujuannya ialah supaya kita bersatu hati, sebab itu antara saf seorang dengan seorang yang lain adalah rapat supaya terasa kemesraan itu antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata, pada Ramadan ramai umat Islam tidak kira lelaki atau wanita hadir ke masjid untuk mengambil peluang solat tarawih.

Katanya, solat Tarawih adalah sunat untuk berjemaah dan jika berkelompok, ia tidak mengambil hikmah tujuan berjemaah untuk rapat, mesra, mengenali antara satu dengan yang lain bukan saja waktu bersolat malah selepas melakukan ibadah.

"Saf dalam solat itu tujuannya bagi kita menjalinkan ukhwah. Sebab itu orang yang tidak mahu rapat seperti kita lihat, dia ada masalah hati," katanya.



Beliau berkata, antara kesempurnaan saf solat jemaah ialah turutan lelaki di hadapan, saf kanak-kanak dan kemudian saf wanita.

"Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik saf bagi lelaki di hadapan dan sebaik-baik saf bagi perempuan adalah paling belakang sekali dan di tengah-tengahnya ada kanak-kanak.

"Tujuan hikmahnya kanak-kanak boleh diperhatikan oleh ibunya di belakang.

"Kalau betul kita ikut sistem begitu, mungkin kanak-kanak terkawal dan tidak mengganggu.

"Mereka tidak bermain-main kerana diperhatikan oleh saf ibu di belakang," katanya.

Abdul Rahman berkata, diharapkan kelebihan solat tarawih dapat menarik orang yang sebelum ini jarang berjemaah berminat ke masjid dan berkekalan selepas Ramadan.

"Itu tujuan atau hikmah mengenai solat berjemaah. Dapat mengenali antara satu sama lain sebagaimana Rasulullah SAW bahawa baginda kenal dan mengambil tahu semua ahli jemaah yang solat di masjid pada zaman baginda," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
#rindusolatberjarak1meter1meter
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnk sempit...dekat2 susah nk ddk tahiyat
Pastu dtg dgn kawan2.. Xnk berpisah..
Itu la jawapannye
Smlm me solat..
Bile stat saf, semua kaku je xnk gerak.. Selfish.. Terpaksa la ku pergi juga penuhkn saf depan..
Anak tinggal belakang.. Dah ckp jgn merayap..nasib anak dgr kata.. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 23-3-2024 06:40 PM
Xnk sempit...dekat2 susah nk ddk tahiyat
Pastu dtg dgn kawan2.. Xnk berpisah..
Itu la jawapannye


hahaha..yelah tu..lebih2 lagi yg jenis solat terpaling saf ..dahlah badan besar lagi nak rapat2 kan saf..sudahnya  nak solat rasa x selesa sebab terhimpit baik jarak2 ... at least dpt solat dengan ikhlas dari asyik memikir dlm otak nak kutuk acik2 badan besar sempitkan ruang..lelaki pun sama jer ..selagi tak berlaga bahu selagi tu menyempit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Saf pempuan ni pegi lah mana2 masjid
Mmg gini lah keadaannya
Pempuan2 ni klu kau suruh rapat2
Tak mau nya
Dia ttp dgn geng2 msg2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kalau bahu ke bahu tu teruk time nk duduk. Kena paham jgk ada stgh org tk boleh kaki berlipat dlm masa yg lama. Kalau setakat baca tahiyat tu ok lagi, bila start baca doa mmg kebas kaki.
Kalau nk duduk atas kerusi pun keras sgt syaratnya. Tak boleh la nk main ambik kerusi bawak solat.
Ke mmg kena berlaga bahu jugak wpun terseksa time tahiyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 08:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 23-3-2024 08:32 PM
Aku rasa kalau bahu ke bahu tu teruk time nk duduk. Kena paham jgk ada stgh org tk boleh kaki berlip ...

kalau solat sunat (termasuk la sunat tarawih), boleh je solat duduk dari mula angkat takbir sampaila bagi salam kedua. Kalau solat fardu kena berdiri macam solat biasa.

bagi meols la kan, pompuan2 yang degil macam ni elok solat kat rumah aje lah, kau mengada nak gendong anak la, susun beg la, solat sebelah membe la, aiyoo rasa nak tunjal je kepala sesekor memang kat memana pon sama je, waima di masjidil haram katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-3-2024 08:39 PM
kalau solat sunat (termasuk la sunat tarawih), boleh je solat duduk dari mula angkat takbir sampai ...

Solat duduk atas kerusi ni bukan boleh main gitu2 ehhh kaki kebas terus nk duduk. Kalau takat kebas sbb berlipat ni tak.termasuk la golongan blh duduk atas kerusi. Apa yg iols cuba sampaikan kat atas tu adalah bila kena berlaga bahu ke bahu tu, time doa slps solat tu agak.menyakitkan lah utk sestgh org yg sindrom kaki.kebas ni.
Karang bila tak de org dtg berjemaah dikata tak nk bercampur masyarakat, time nk ambik bantuan/ sedekah boleh dtg pulak. Bila pikir balik tak.mudah rupanya isele org melayu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak kobit melanda dah lama tak pegi solat terawih kat masjid
saf lobang2 ni trend skrg ke
dulu2 rasa elok je jemaah semua pakat penuh/rapatkan saf
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Asas pun fail...haih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 24-3-2024 11:43 PM

Dulu zmn aku duk KLada 1 geng mak2 muda ni, konon solat magrib/isyak/tarawih  berjemaah ikut imam ,npk set2 alim sskjp boleh pulak derang 1 gang solat sebelah pintu masuk saf pompuan kiranyanya mmg derang aim solat kat luo walopn ruang solat pompuan x penuh!mmg suka suki aim tmpat tu.patut la tiapkali hbs mkn tgk dia x msuk2 tempat kitorg..rupa2 nya mmg aim solat kat luo! Kita ni kelam kabut lps berbuka penuhkn solat pompuan derang blh sembang2 lg..rupanya mmg  x phm.sudahnya aku tegur jgk,ruang solat x penuh mana blh solat 1 geng kat luo..dah terputus saf!igtkn paham..yg suka putuskn saf ni sbb kawan2 nk 1 geng! Atau pon ank dara yg x nk.jauh dr mak/kakak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rapat sangat nanti orang sebelah terpijak telekung kita, jenuh nak tarik.

Tapi so far kalau g travel & berenti solat jemaah kat masjid takde lah lompong saf sampai macam ni. Mungkin we’re living in two different world sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mudah rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:37 PM | Show all posts
syukurlah kat masjid kpg aku saf pompuan sgt bekerjasama. xde lompong2 gini, klu terpaksa gerak, ringan je masing2 bgn gerak walaupun kena angkat sejadah kecik dan beg memasing. mgkn kah sbb ramai yg tua2, yg muda2 (termasuk aku) sikit je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu Nabi kata penghuni neraka kebanyakannya wanita.  Tu belum Dajjal offer buat konsert kpop lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend ni aku perasan start dari covid haritu. Yang kena solat jarak2. Sejak tu memang solat berjarak walaupun covid dah mula reda. Tak macam dulu kalau boleh solat bahu bertemu bahu. Ingat lagi masa bujang ikut arwah mama pergi terawih solat bahu bertemu bahu rasa macam nk pengsan. Zaman tu pakai kipas je. Takde aircond ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahu ke bahu mmg susah la tapi jgn lah lompong satu meter dua meter 3 meter
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur jemaah wanita kt tempat aku menderu penuh kn saf depan dan blkg
Xde pun kes nk  solat bergeng2 semua main masuk je saf manà2 penuh kn ruang
Kdg kite dtg org kt situ siap suruh penuh kn saf yg mana lopong
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074291 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list