CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10869|Reply: 21

[Tempatan] Elak papa selepas beraya, 5 tip berbelanja sambil beringat

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-3-2024 10:08 AM

HARI Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan setelah berjaya berpuasa sepanjang Ramadan.

Menjelang hari raya, banyak persiapan yang perlu dilakukan seperti membeli baju raya, membuat atau membeli kuih raya, menziarahi sanak saudara dan menyediakan duit raya. Jadi, kesemuanya memerlukan bajet yang besar.

Memikirkan soal kewangan, ada yang tidak lagi teruja menanti hari raya kerana takutkan perbelanjaan-perbelanjaan besar yang perlu dikeluarkan.

Jadi, bagi mengelakkan timbul masalah papa selepas beraya, ikuti tip di bawah agar kewangan anda tidak runtuh selepas sakan Aidilfitri.

  • Urus perbelanjaan dengan berhati-hati
Sebenarnya, bajet perbelanjaan hari raya bagi tahun semasa perlu bermula setelah tamatnya hari raya tahun lepas.

Seperti yang dikongsikan oleh Suraya Zainuddin dalam artikel “Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri”, kita boleh buat anggaran perbelanjaan Aidilfitri semasa berdasarkan perbelanjaan tahun lalu.

Katakan perbelanjaan bagi raya tahun lepas ialah RM2,400, kita sudah boleh menganggarkan amaun yang lebih kurang sama juga untuk tahun ini.

Sekiranya anda tidak mula menyimpan perbelanjaan Aidilfitri sejak tahun lepas, tidak mengapa. Formulanya masih sama iaitu sediakan bajet berpandukan jumlah yang dibelanjakan untuk tahun lepas.

Berdasarkan bajet itu pula, beli apa yang perlu sahaja. Matlamat kita tentunya mahu menjaga kewangan, baik semasa hari raya atau selepas hari raya.

Jadi, rancang perbelanjaan dengan baik dan jangan terlalu ikutkan nafsu. Tidak ada salahnya pun sekiranya kita beraya secara sederhana.

2. Senaraikan barang yang perlu dibeli mengikut keutamaan
Untuk membuat senarai mengikut keutamaan, anda perlu melihat perbelanjaan hari raya tahun sebelumnya. Setelah menilai perbelanjaan hari raya tahun lepas, anda akan mengenal pasti apa yang lebih utama untuk dibeli pada tahun ini.

Susun barangan mengikut keutamaan dan bahagikan mengikut kategori, iaitu perbelanjaan primer, sekunder dan tertier. Primer ialah perbelanjaan yang perlu diutamakan dan tertier ialah perbelanjaan yang kurang penting tetapi boleh dibeli sekiranya ada wang lebihan.

Jadi, buat penilaian berdasarkan perbelanjaan tahun sebelumnya dan susun mengikut kategori yang disebutkan.

Perkara penting yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah tidak membiarkan orang sekeliling mempengaruhi keputusan. Setiap orang mempunyai keutamaan kewangan yang berbeza. Berbelanjalah mengikut senarai keutamaan yang telah dibuat dan jangan mudah terpengaruh dengan keputusan orang lain.

3. Rekod setiap perbelanjaan
Matlamat merekodkan setiap perbelanjaan adalah untuk mengetahui aliran keluar masuk wang. Catat segala perbelanjaan dan pendapatan, bermula dari membeli-belah barang keperluan seperti baju raya dan sebagainya.

4. Jangan mudah terpengaruh dengan diskaun
Diskaun tidak dinafikan memang sangat menarik tetapi anda perlu melihat semula kepada senarai keutamaan.

Katakan, jenama A membuat diskaun untuk baju kurung moden. Harga asalnya ialah RM399 tetapi setelah diskaun, baju itu dijual pada harga RM299. Tetapi, jenama B menjual baju kurung moden tetapi dengan rekaan yang sederhana pada harga RM199.

Selain itu, tip untuk tidak mudah tergoda: apabila ingin membeli sesuatu, tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar memerlukan barang ini atau ia hanya sekadar kehendak?

5. Bina tabung kecemasan
Memang tidak dinafikan Aidilfitri sinonim dengan perbelanjaan yang besar. Selain keperluan keluarga, kadangkala kita memerlukan dana untuk berkumpul bersama keluarga besar. Namun, jangan habiskan semua wang anda untuk hari raya semata-mata.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, anda tetap perlu menyimpan untuk simpanan kecemasan untuk situasi tidak dijangka seperti membayar kerosakan kereta, perkakas rumah yang rosak secara tiba-tiba atau ada ahli keluarga yang jatuh sakit.

Jadi, dalam pengiraan bajet perbelanjaan hari raya, asingkan juga sejumlah wang dan masukkan dalam tabung simpanan kecemasan.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 11:26 AM | Show all posts
papa tu idok ler tapi i dapat bonus 1st april rasa macam nak tebus je sume emas kat asrama..tapi bila tebus jadi kedana la plak..ehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:43 AM | Show all posts
Katakan perbelanjaan bagi raya tahun lepas ialah RM2,400, kita sudah boleh menganggarkan amaun yang lebih kurang sama juga untuk tahun ini.
_____________________
Quite shocking bila baca ni but then again mungkin sebab the bulk of it is expenses balik kampung yg jauh.  For me tak rasa sebab asal KL so mmg around selangor kl je tak pergi jauh pun.  Apart from baju anak (if beli), belanja dapur for raya and duit raya and satu dua balang kuih raya, memang tak rasa sampai banyak tu sebab dari kecil mmg tak diajar lavish gini for raya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-3-2024 12:25 PM

Apalagi listkan rumah terbuka berdekatan raya 1234567 mknn percuma seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 12:27 PM | Show all posts
Tips yang menarik terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 03:53 PM | Show all posts
Buat sinking fund... n sbb tu lah juga org kata kena ada saving 6 bln gaji utk kecemasan..nk raya sakan pn kecemasan jugok..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 10:05 AM | Show all posts
Tak perlu beriya-riya sangat....org puji kejap je...lepas tu org lupa.

Yang merana tuan rumah..tunggu gaji bulan depan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:15 AM | Show all posts
ubah mindset...

dari raya sakan kpd raya sederhana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn bolehh. Raya setahun sekali.
Kena la shopping beli barang baru, barang jenama mahal nanti orang tak tau kita ni berduit. Malu kena kutuk dgn orang kampung nanti bila pergi beraya.

Barang keperluan mahal ke boleh memekik-mekik salahkan kerajaan, mintak bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:25 PM | Show all posts
4. Jangan mudah terpengaruh dengan diskaun
Diskaun tidak dinafikan memang sangat menarik tetapi anda perlu melihat semula kepada senarai keutamaan.

Katakan, jenama A membuat diskaun untuk baju kurung moden. Harga asalnya ialah RM399 tetapi setelah diskaun, baju itu dijual pada harga RM299. Tetapi, jenama B menjual baju kurung moden tetapi dengan rekaan yang sederhana pada harga RM199.

Selain itu, tip untuk tidak mudah tergoda: apabila ingin membeli sesuatu, tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar memerlukan barang ini atau ia hanya sekadar kehendak?


No 4 bahaya, mcm dekat shoppe dpt voucher benda yg taknak beli pun.. Tiber beli sbb murah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 09:55 AM | Show all posts
tak pernah membazir utk raya..baik aku pergi healing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 04:14 PM | Show all posts
aechae replied at 26-3-2024 03:53 PM
Buat sinking fund... n sbb tu lah juga org kata kena ada saving 6 bln gaji utk kecemasan..nk raya sa ...

Uols dah shopping raya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-3-2024 04:14 PM
Uols dah shopping raya?

Setel ….
Recycle balik baju kawin last year klu muat lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 04:30 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 27-3-2024 10:15 AM
ubah mindset...

dari raya sakan kpd raya sederhana

Ala kadar pun boleh kalau tak sanggup berboros..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 04:30 PM | Show all posts
stingerkentot replied at 28-3-2024 09:55 AM
tak pernah membazir utk raya..baik aku pergi healing.

Sama la.. Jarang berboros untuk Hari Raya..

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 04:53 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 28-3-2024 04:30 PM
Ala kadar pun boleh kalau tak sanggup berboros..

ya btol..

berubah...

dari boros kpd tidak boros

dari melampau kpd sederhana

x perlu berhempas pulas nak tunjuk banyak duit dengan beli pakaian n barangan yg mewah n mahal

orang sekeliling tau kita keje apa, pendapatan lebih kurang berapa

dan jgn membazir sewa Vellfire or Alphard just to show off kat orang kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss start bl jubah dr bulan lps..bl yg murah2 je..penah dpt bl sehelai rm9 pos free.. ironless..tu ligan membeli setiap minggu..bl sekali gan tudung khimar RM20 pos free..anak bongsu dah blkan jubah hitam kat shopee dr indon..tgk dah naik rege..bl tuk anak rm19.90 pos free..skrg ni dah jd rm28 keatas pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya ni antara sebab kadang kadang tu terciduk ialah balik raya, berkumpul ramai ramai, yang keluar belanja lauk, beras, barang dapur tu 1 kepala je. Lepas tu mak mertua pandai juga main peranan ajak anak menantu keluar beli barang itu ini. Dah takkan nak tengok saja. Walaupun dah habis berjimat dari segi keperluan keluarga sendiri, memang sederhana, pakai apa ada. Tapi bila sampai kampung, memang akan keluar extra tu sampai boleh cecah empat angka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-3-2024 04:14 PM
Uols dah shopping raya?

Papa jaat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:52 AM | Show all posts

Lagi bagus kalau tidak menunjuk (show off)..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.087235 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list