CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15427|Reply: 59

[Tempatan] Fitria dicerai talak dua

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-3-2024 01:59 AM

KUALA SELANGOR – Konflik rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya terlerai apabila mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Hakim Syarie Mohd. Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Fitria Elfina Maharip , 44, selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

“Pesanan secara berasingan itu dihantar menerusi telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas.

“Lafaz itu adalah ‘saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak’ dan ‘sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak’. Pada waktu itu, saya dalam keadaan suci dan tidak mengandung,” katanya pada prosiding itu.

Sementara itu, Safee memaklumkan dirinya dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai tersebut.

“Saya ketika itu dalam keadaan tenang dan waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.

“Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya ‘terang’ dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri,” katanya.

Mohd. Fakhrurrazi dalam penghakimanya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

“Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada pukul 12.57 tengah hari dan 1.01 tengah hari di luar mahkamah sebelum ini adalah sah,” katanya.

Safee selaku defendan diwakili peguam Syarie Ahmad Nazib Johari, manakala peguam Syarie Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina.

Dalam mahkamah berasingan, sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee sebelum ini ditetapkan pada 30 April ini.

Kosmo! pada 18 Mac lalu melaporkan Fitria Elfina mendakwa mentalnya didera selama setahun dan pemfailan nusyuz dibuat atas dakwaan dia meninggalkan dua anak dengan pulang ke Batam, Indonesia.

Pergolakkan rumah tangga pasangan itu bermula apabila berlaku perubahan termasuk Safee tidak membenarkan panggilan video dibuat kepadanya.

Bekas penyerang JDT itu kemudian didakwa sudah berkahwin lain secara sembunyi di Siam pada 26 Januari lalu.

Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari la laki lain..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash.

Hoh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:34 AM | Show all posts

kenapa? kekwat erk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 26-3-2024 09:34 PM
kenapa? kekwat erk?

Kan dia sondol Sapi ni dari first wife dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm sorry tak kesian. Menyondol kan. Kurma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasakan lho...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
rasain lho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg ex tg first tersenyum sinis.. Tapi alu pun nak jgk sang lelaki pun kena jgk.. Ni semua kena pompuann je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali kawen dgn indon yg classy..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
X yah drama sedih sgtlah..masa ko cantas laki org tu..bininya pun sama mcm.ko...lagi satu org dah x nak x payah la duk menangis...biaq pi mampos ja jantan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 27-3-2024 06:49 AM
Ni mmg ex tg first tersenyum sinis.. Tapi alu pun nak jgk sang lelaki pun kena jgk.. Ni semua kena p ...

Kannn
Semua padankan muka pempuan
Abih hat lelaki bebas dosa kaa
Takdak kurma kaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:20 AM | Show all posts
footballer memang kaki main/tambah bini...sex drive tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak kisah pun diceraikan sbb Safi mmg dah mendera mental dia selama ni, dia cuma mahukan anak dia Saja
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:45 AM | Show all posts
Dah boleh ambik feri balik indon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan laju je kecam perempuan. Dengar nya Safee tu pun masa kahwin indon ni pun dah berlaki tak dengar pula istilah Safe Yang Menyondol cuma Yang Menunggang ja. Apa2 jadi it's always perempuan yang kena. Kesian sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nurshima replied at 27-3-2024 08:30 AM
Dia tak kisah pun diceraikan sbb Safi mmg dah mendera mental dia selama ni, dia cuma mahukan anak di ...

Ya ka tak kisah? Terdera mental sebab laki kawin baru. Bercerai cuma pain management ja, sedang si Safee sedang sedap mengulit lubang baru. Tak kisah ko kata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:40 AM | Show all posts
tua2 ni mungkin kemutan sudah tidak kuat dan tak mcm dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:41 AM | Show all posts
tapi safee ni ni mcm setiap era bini baru. era 20 kawen dgn org malaysia. era 30 dgn dia ni org indonesia. ni era 40 kawen lain plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
"dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, menerusi aplikasi WhatsApp"

Macam tu eh kira talak based on the number of voice mails? Aku ingatkan kena sebut talak berapa macam cerita P Ramlee.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.096030 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list