CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2304|Reply: 0

[Selangor] JPJ buru pemandu guna telefon bimbit di Selangor

[Copy link]
Post time 2-4-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Azrin (tengah depan) bersama pegawai dan anggota ketika pelancaran Op HRA 2024 peringkat JPJ Selangor di Ibu Pejabat JPJ negeri.

SHAH ALAM – Memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit antara sembilan kesalahan utama ditumpukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi melibatkan kekuatan 382 pegawai dan anggota negeri termasuk Unit Penguatkuasaan Bermotosikal dan kenderaan penguatkuasa.

Jelas beliau, objektif utama Op HRA yang bermula semalam sehingga 20 April itu bertujuan menguatkuasakan dengan tegas bagi pematuhan perundangan dan peraturan sembilan kesalahan utama.

“Ia turut meliputi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan

“Selain itu, kita menumpukan kesalahan tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan lebih muatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, larangan pemanduan kenderaan barangan bermula 8 hingga 9 April dan 12 hingga 13 April turut dikuatkuasakan bagi mengurangkan kadar kemalangan. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... bimbit-di-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list