CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20084|Reply: 49

[Tempatan] Pergi beraya jangan ketat tau, uols!

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-4-2024 09:52 AM

KOTA BHARU: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian tebal dan ketat ketika melakukan aktiviti luar kerana ia menghalang haba keluar daripada penyejatan peluh berikutan cuaca panas ketika ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata situasi lebih teruk boleh berlaku sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma) dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, lemah otot atau kekejangan selain mengalami mual dan muntah.

"Jika mempunyai gejala berkaitan suhu panas, individu terbabit perlu segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah dan sejuk pada badan.

"Gunakan kipas untuk sejukkan badan, minum air setiap 15 minit dan dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Zaini berkata antara golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas adalah individu yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.

"Selain itu, orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda, serta penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

"Oleh itu, cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah perlu minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan, hadkan aktiviti luar, kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan," katanya.


Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.


Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb, manakala mangsa kedua melibatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kelantan yang meninggal dunia pada Isnin lepas.


-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersembul kang segala lemak rendang berlipat-lipat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde baju raya pun... pakai je baju sedia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt nk kuor beli tudung baru jap agi.
Last beli tudung baru jaman pkp
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-4-2024 12:39 AM
Takde baju raya pun... pakai je baju sedia ada...

ohh igt u nak tulis tkde baju raya, takyah pakai baju sbb panas sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 08:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 08:59 AM | Show all posts
klu pakai baju ketat, tmbh lg plain colour, senang ler nmpk peluh kt tiak. aku xde bju ketat sbb rimas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
blh byg menjejes peluh kat segala celah2 nak beraya pun malas. harapnya kurang sikit aktiviti makan2 berlama-lamaan dirumah org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 7-4-2024 09:25 AM
blh byg menjejes peluh kat segala celah2 nak beraya pun malas. harapnya kurang sikit aktiviti makan2 ...

Tuan rumah pun mostly zaman sekarang tak suka orang datang rumah dia, takut complaint deco itu ini tak sesuai dgn tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dia rasa panas kering tp mcm lebih kuat?? budak2 kesian ler, kome jgn le pulun beria raya tak perati budak2, kot deme kuat mnom manis je kang, ayor kosong tak minom, tu nnti beraya deme la yg paling kuat melompat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2024 07:48 AM
ohh igt u nak tulis tkde baju raya, takyah pakai baju sbb panas sgt

Seksi sangat tu..

Sy masih ada maruah yg perlu dijaga
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 10:17 AM | Show all posts
Kena pandai menyesuaikan pakaian dengan keadaan cuaca yang panas dan kering
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-4-2024 09:29 AM
Tuan rumah pun mostly zaman sekarang tak suka orang datang rumah dia, takut complaint deco itu ini ...

tu kalau di kotaraya kot tuan umah insecure pdhal tetamu tegur cantiknya langsir terus dikata komplen mcm2
kalau umah acik2 kat kg panas berkuap even on kipas full blast jenuh angkat bontot je ditahan tup2 keluar lg makanan lain. keluar rumah rasa nak bergolek je ke kereta. lagi2 kalau bwk org tua skali halahhh mau berkampung, yg ada ekon tu blh la nak berlama-lamaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:00 AM | Show all posts
Musim2 skang raya pakai baju cotton je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingt dia x bg pakai ketat2 sbb islamik sekali sbb panas da.. pak cik tertifu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 7-4-2024 10:27 AM
tu kalau di kotaraya kot tuan umah insecure pdhal tetamu tegur cantiknya langsir terus dikata komp ...

Tu yang pakat orang bandar menggelupur raya pertama dan kedua cabut lari masuk ke kampung² dan hutan hutan...sebab takut orang datang rumah complaint deco itu ini.

Rumah kampung orang tak complaint deco sangat sebab dia punya vibes masih ada yg guna deco 70s dan 80s.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-4-2024 10:01 AM
Seksi sangat tu..

Sy masih ada maruah yg perlu dijaga

Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketat jangan sendat ok.

We like tersembul2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:42 PM | Show all posts
harus la keluar kereta je ketibas
duduk dalam kereta best, ada aircond
ddk rumah sendiri juga selesa nk berbaju apa dan aircond
pergi beraya rumah orang, kipas ada pn tetap rasa panas
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kaftan je raya. Senang angin nak masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.081647 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list