CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28216|Reply: 9

[Tempatan] Warga Scotland Alana Dunsmore teruja pertama kali sambut raya di Malaysia

  [Copy link]
Post time 12-4-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
seorang pempengaruh warganegara Scotland, Alana Dunsmore yang turut tidak melepaskan peluang tersebut dan mengakui teruja menyambut perayaan itu di Malaysia buat kali pertama sejak memeluk Islam beberapa bulan lalu.



Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah meraikan perayaan tersebut malah hanya melihat keterujaan orang ramai menyambutnya melalui media sosial dan tayangan filem sahaja.

“Hampir lima tahun saya mempelajari tentang Islam dan akhirnya kali ini saya dapat merasai sendiri nikmat meraikan hari raya yang sering saya lihat di media sosial sahaja.

“Dahulu saya tidak faham kenapa hari raya sangat bermakna untuk diraikan tetapi apabila saya mula berpuasa kali pertama pada tahun ini, saya akui seronok berpeluang menyaksikan pertembungan budaya dalam meraikan kemenangan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Alana berkata, dia telah membuat persiapan secara sederhana seminggu sebelum perayaan itu.

“Walaupun teruja dan kali pertama menyambut hari raya, persiapan hanya sederhana sahaja mengikut nasihat suami. Saya membeli sepasang baju kurung bewarna merah jambu dan sedondon dengan suami untuk dipakai pada raya pertama.

“Saya juga pulang ke kampung suami di Kelantan seminggu lebih awal kerana mahu mengelak kesesakan lalu lintas dan merasai suasana meriah yang mana saudara jauh berjumpa dan berkumpul di sana.

“Paling seronok apabila saya berpeluang mencuba pelbagai jenis makanan yang disediakan khusus untuk hari raya seperti rendang, lemang, ketupat dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang warganegara Korea yang juga kali pertama menyambut hari raya di Malaysia, Soo Woo Ri berkata, dia telah membeli lapan pasang baju kurung sebagai persediaan menantikan ketibaan perayaan tersebut.

Wanita berusia 27 tahun itu berkata, dia mahu merasai pengalaman tersebut selepas mendengar dan melihat keterujaan rakan-rakannya dari Malaysia mengenai kemeriahan serta keseronokan menyambutnya.

“Walaupun bukan beragama Islam, saya juga ada cuba beberapa kali untuk berpuasa dan hanya 14 hari sahaja yang saya mampu.

“Saya kagum dengan masyarakat Islam di negara ini yang mampu bertahan untuk sebulan dan sekarang saya faham mengapa ramai yang beritahu saya bahawa hari raya disambut untuk meraikan kemenangan.

“Saya juga tidak mahu lepaskan peluang ini malah mengikuti rakan saya untuk pulang ke kampung halaman untuk merasai suasana sebenar sambutan tersebut,” ujarnya.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 05:20 PM | Show all posts
Jilat kokesen itu real.

... and you don't have to be a liberal at all

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok laki pilihan dia sskjp hogehhhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun isu semasa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
is this even a news

ramai lagi bangla nepal sambut raya pertama kali dia malaysia tak masuk berita pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 07:52 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-4-2024 06:29 PM
Tok laki pilihan dia sskjp hogehhhhhh..

apa buleh buat.... ada juga genetik yang berkualiti dan bagus.... tak dapat juga kita pukul rata semua...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar last tu.. jual gold bar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Minah rempit mana ni? Mentang2 dia minah saleh, terus jadi berita ci. Pffft.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2024 01:51 AM | Show all posts
MissVixen replied at 13-4-2024 01:23 AM
Minah rempit mana ni? Mentang2 dia minah saleh, terus jadi berita ci. Pffft.

youtuber
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 10:33 AM | Show all posts
kalau baca scotland, mesti auto teringat skirt merah sambil blow beg pipe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071994 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list