CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30297|Reply: 0

[Sabah] Sabah Rancang Jadikan Pulau Gaya Sebagai Tarikan Pelancong

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:38 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya Pulau Gaya mempunyai kualiti untuk dijadikan destinasi pelancongan tetapi dengan kawasan setinggan yang wujud di pulau berkenaan telah membantutkan rancangan itu.

“Idea itu sudah agak lama dan kini kerajaan negeri sedang merancang untuk menempatkan mereka (setinggan) untuk mendapat rumah yang akan dibina oleh kerajaan nanti di tanah besar Sabah.

“Pulau Gaya mempunyai sejarah istimewa kepada kita dan ia hanya terletak lima minit  dari bandar raya ini menggunakan bot…kita perlu manfaatkan peluang ini,” katanya pada Program Kembara Kasih Ramadan di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, di sini hari ini.

Beliau berkata Pejabat Parlimen Putatan di bawah Timbalan Ketua Menteri III Datuk Datuk Shahelmey Yahya turut merancang membina sebuah klinik kesihatan di pulau berkenaan.

“Apa yang penting adalah rakyat di sini perlu terus mengekalkan perpaduan, keselamatan dan kebersihan,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 70 murid.

Kemudian, Hajiji bersama Awang Ahmad Sah, Shahelmey, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif serta Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Bahadar Khan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada masyarakat. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050994 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list