CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6118|Reply: 0

Leverkusen raih gelaran Bundesliga kali pertama

[Copy link]
Post time 15-4-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Leverkusen meraikan kejayaan mereka memenangi Bundesliga. FOTO AFP

Leverkusen: Jurulatih Bayer Leverkusen Xabi Alonso berkata misi anak buahnya masih belum berakhir selepas memenangi kejuaraan liga buat kali pertama selain berpeluang merangkul gelaran treble musim ini.

Kemenangan 5-0 ke atas Werder Bremen di laman sendiri awal pagi tadi termasuk hatrik separuh masa kedua daripada Florian Wirtz, memastikan Leverkusen melakar kejuaraan Bundesliga kali pertama dalam sejarah 120 tahun kelab itu.

Alonso yang mengharungi musim penuh pertamanya sebagai jurulatih selepas menyertai Leverkusen pada pertengahan musim lalu, memberitahu barisan pemainnya masih dahagakan kejayaan selepas belum pernah tewas dalam 43 perlawanan musim ini.

"Ia belum berakhir. Kita lihat berapa jauh kami boleh pergi.


"Masih ada sasaran yang belum dicapai. Tetapi itu akan difikirkan pada Selasa nanti. Hari ini dan esok, kami perlu meraikannya," kata Alonso.

Kemenangan itu menyaksikan Leverkusen 16 mata di depan Bayern dengan berbaki lima perlawanan sekali gus bermakna tiada mana-mana pasukan mampu mengejar mereka.

Gelaran sulung Leverkusen itu hadir selepas lima kali menduduki tempat kedua, dan berpeluang meraih treble musim ini selain membuang gelaran "Neverkusen" yang menghantui mereka selama ini.

Leverkusen turut mara ke final Piala Jerman dan mendahului 2-0 pada aksi pertama suku akhir Liga Europa menentang West Ham.

Alonso berjanji untuk kekal di Leverkusen setahun lagi pada akhir bulan lalu walaupun dilaporkan Liverpool dan Bayern Munich berminat mendapatkan khidmatnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... esliga-kali-pertama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.048048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list