CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6606|Reply: 0

Alekna pecah rekod dunia 38 tahun

[Copy link]
Post time 15-4-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode

ALEKNA berjaya memecahkan rekod dunia berusia 38 tahun. FOTO USA TODAY

New York: Jaguh lempar cakera, Mykolas Alekna memecahkan rekod dunia paling lama dalam sukan olahraga lelaki selepas melakukan catatan 74.35 meter (m) sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang berusia hampir 38 tahun.

Atlet Lithuania berusia 21 tahun itu yang juga pemenang pingat perak pada Kejohanan Dunia 2022 serta pemenang pingat gangsa di Budapest tahun lalu, memecahkan rekod berkenaan di Kejohanan Jemputan Dunia Siri Lempar Oklahoma dekat Ramona, Oklahoma.

Alekna memecahkan rekod itu pada percubaan kelimanya.

Rekod itu mengatasi catatan 74.08m yang dilakukan Jurgen Schult pada 6 Jun 1986 semasa mewakili Jerman Timur.


Sehingga hari ini, rekod dilakukan Schult itu menjadi rekod dunia lelaki paling lama dalam olahraga.

Ia mengatasi rekod terpanjang sebelum ini iaitu 25 tahun dan 79 hari yang dipegang oleh Jesse Owens untuk acara lompat jauh.

Alekna ialah anak kepada bekas juara Olimpik berganda, Virgilijus Alekna, yang memenangi emas dalam acara itu pada temasya 2000 dan 2004.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ekod-dunia-38-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.140149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list