CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27291|Reply: 0

[Sabah] Kereta terbabas, suami isteri maut kemalangan di Kota Belud

[Copy link]
Post time 15-4-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode


KOITA BELUD: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan mangsa terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Kelawat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.50 malam membabitkan dua kenderaan.
Katanya, kedua-dua mangsa yang berumur 27 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sebelum kejadian kenderaan dipandu mangsa memotong sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) ketika menghala dari arah Tuaran menuju ke Kota Belud.

Bagaimanapun jelasnya, semasa turun jalan berbukit, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar penghadang besi jalan di sebelah kiri sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit di sebelah kanan jalan.

"Pada masa sama, kenderaan 4WD terbabit cuba mengelak, namun jarak yang dekat mengakibatkan berlakunya perlanggaran dengan kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan di bahagian bumper sebelah kanan.

"Kejadian terbabit mengakibatkan pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 4WD berkenaan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jenazah suami isteri terbabit dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan selanjutnya dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

Sementara itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menjalankan operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi yang tamat  sepenuhnya pada jam 9 malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.467388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list