CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27293|Reply: 0

[Sarawak] Sedia hadapi kesan daripada cuaca panas

[Copy link]
Post time 15-4-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk dalam kawasan DUN Bekenu diminta bersiap sedia berdepan masalah bekalan air, kebakaran terbuka



"Kerana ada tempat kita masih sukar dan kedudukannya agak jauh sedikit dan kita khuatir nanti akan berhadapan dengan masalah air.”

Datuk Rosey Yunus
ADUN Bekenu

Oleh Steve Annuar

MIRI: Penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu diminta bersiap sedia berdepan masalah bekalan air dan kebakaran terbuka kesan daripada cuaca panas sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus berkata, beberapa agensi termasuk Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersedia menghadapi masalah kemarau.

Rosey berkata, catuan air akan dilaksanakan sekiranya masalah bekalan air berlaku di kawasannya.  

"Kerana ada tempat kita masih sukar dan kedudukannya agak jauh sedikit dan kita khuatir nanti akan berhadapan dengan masalah air.

“Maksudnya mungkin akan berlaku catuan air, jadi maknanya kita akan menghadapi masalah dari segi bekalan air,"  jelas beliau kepada pemberita semasa kunjungan Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak ke  kediamannya hari ini.

Beliau memberitahu, sehingga kini terdapat 112 kampung dan rumah panjang dalam kawasan DUN Bekenu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak itu mengingatkan penduduk untuk kerap menakung air agar tidak berdepan kesukaran apabila masalah bekalan air berlaku.

Rosey meminta kerjasama penduduk untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan memainkan peranan mereka memadam kebakaran kecil berdekatan kediaman.

"Jika kita tidak jaga, ia (api) akan melarat. Tambahan lagi dengan angin yang kencang, ia akan melarat.

“Jadi, dua perkara ini (masalah air dan kebakaran) kita harus ambil perhatian, terutama kepada masyarakat kita," jelasnya.

Mengulas tentang sasaran menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia, Rosey berharap pengiktirafan itu  akan menjadi realiti sekali gus menjadi kebanggaan penduduk Niah.

Beliau berkata, banyak persiapan dan siri temu ramah telah diadakan untuk memenuhi kriteria diperlukan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Kejayaan itu akan menjadi sejarah penting untuk kawasan dan penduduk di Niah dan pengiktirafan itu akan memastikan gua tersebut dipulihara dengan baik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.362821 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list