CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11407|Reply: 20

[Tempatan] Melayu paling kaya

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 11:40 PM

SHAH ALAM: Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion), demikian menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia.


Menurut majalah perniagaan terkemuka itu, peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan, namun diimbangi kejatuhan nilai ringgit.


Menerusi 50 senarai itu, tiga orang Melayu iaitu tokoh korporat,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.


Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion)


Senarai terbaharu itu juga turut memaparkan, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion)


Kedudukan Kuok yang meraikan ulang tahun ke-100 pada Oktober tahun lalu sebagai individu terkaya Malaysia juga bukan baharu kerana beliau telah memegang tempat teratas selama lebih daripada suku abad.


Mengisi tempat kedua ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai bersih AS$8.8 bilion (RM42.1 bilion), sedikit menurun daripada AS$10.2 bilion (RM49 bilion) tahun lalu.


Kedudukan lima teratas pula menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion (RM26 bilion).


Mereka menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam lemah menyebabkan nilai bersih mereka jatuh kepada AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) daripada AS$5.8 bilion (RM28 bilion) tahun lalu.


Sementara itu, antara senarai hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik yang mengalami peningkatan terbesar dalam kedua-dua nilai dolar dan terma peratusan.


Gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya, didorong dengan kejayaan syarikat utamanya, YTL yang bekerjasama dengan gergasi AS Nvidia bagi mewujudkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di pusat datanya di Johor Bahru. - Sinar Harian






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu??
Betul ke dia melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm wonder datin sri sihat ke tak
Dulu masa anak kecik2 rupa dia haggard kena gendong anak
Bagusla masih top jutawan
Anak buah pun dpt scholarship kerajaan sambung belajar overseas pastu balik terus jadi board of director rezekiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 16-4-2024 10:26 PM
Melayu??
Betul ke dia melayu?

Nama al bukhary tu pun dari belah wife dia.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke heols melayu plg kaya? Bkn founder2? Soeb n watek pon bkn?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak macam muka Melayu. Nampak macam Melayu Wannabe... try hard nak jadi Melayu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kroni apanama…
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-4-2024 12:42 AM
Nama al bukhary tu pun dari belah wife dia.

Dia kawin sepupu lah chuols. Dia cepat naik sbb syed kechik pak mertua dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adek dia pun humble... Dahulu belajar di UCB and tinggal sekejap di SFO
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul tok syed ni terpaling kaya kenapa takda artis tersangkak negara menyondol beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar baca komen2 berkait politik ni

komen cakap kroni apanama.. acah2 malu pulak nak sebut kroni mahathir

dalam masa yg sama, hubungan anwar dan syed mokhtar mesra bagai 'abang dengan adik'
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 17-4-2024 08:57 PM
Samerosie replied at 17-4-2024 07:59 PM
Dia kawin sepupu lah chuols. Dia cepat naik sbb syed kechik pak mertua dia.


Ooo... Syed kechik pun dah memang kayadulu tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-4-2024 08:56 PM
Ooo... Syed kechik pun dah memang kayadulu tu

Gaduh anak buni pertama dgn bini kedua kan reta pak depa.  Ujung2 SM gak untung dapat jadi POA adik beradik wife dia.  I dulu office kat bangunan syed kechik kat bangsar best office tu walaupun design 70an.  Makan je kena kuar parking free bangunan kat luar first comes first serves.  Derang ckp dulu zaman 70an 80an ada recording studio sudirman nancy foo semua lepak situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 12:00 PM | Show all posts
Sejak bila melayu ada 'Al'?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:08 PM | Show all posts
dagusengett replied at 16-4-2024 11:35 PM
Hurmmm wonder datin sri sihat ke tak
Dulu masa anak kecik2 rupa dia haggard kena gendong anak
Bagus ...

apasal orang kaya dapat biasiswa kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:09 PM | Show all posts
Suchi replied at 17-4-2024 08:37 PM
Kalau betul tok syed ni terpaling kaya kenapa takda artis tersangkak negara menyondol beliau?

sbb well maintained...so duk dediam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-4-2024 08:37 PM
Kalau betul tok syed ni terpaling kaya kenapa takda artis tersangkak negara menyondol beliau?

Marah macik sharifah tu.


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 18-4-2024 01:08 PM
apasal orang kaya dapat biasiswa kerajaan?

Haha depa pun berebut scholarship
Atas dasar academic merit layak la
Dah org kaya mampu la join short courses top unis
Jalan2 tgk dunia buat networking ada modal buat startup pastu cari lagi investor buat pitch dpt duit grant sana sini
Balik dari oversea mungkin takde interview terus dapat kerusi on the board dgn pakcik
Jimat wooo
Tak mcm org lain kena jadi cleaner part time contohh dah grad tu terus kena pikir cari kerja pulak
Masa belajar Duit biasiswa ptptn hulur jugak sikit kat family
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:48 PM | Show all posts
dagusengett replied at 18-4-2024 03:00 PM
Haha depa pun berebut scholarship
Atas dasar academic merit layak la
Dah org kaya mampu la join  ...

lawak bila baca anak orang kaya dapat biasiswa due to academic merit...sorry la...aku banyak terpengaruh ngan drama yg shows anak orang kaya ni gi sekolah bukan belajar pun....just pasing time.....coz they know they will grad no matter how they perform in their academic.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dia xde ank laki ke? amek la sy jd ank angkat...bestnyaa kaya melampau...i tak nak kerja..nk travel je...
xkaya pun i dh fikir nk resign..tp dh insaf sikit skrg..sblm ni selalu keja sat pastu resign..
xsuka kerja dgn org bodoh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.194131 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list