CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4461|Reply: 0

Tebogo mahu ulangi kejayaan Usain Bolt

[Copy link]
Post time 17-4-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

TEBOGO (tengah) berhasrat untuk menjuarai acara 100m dan 200m pada Sukan Olimpik Paris 2024. – AFP

LONDON – Bintang pecut Botswana, Letsile Tebogo, 20, menyasarkan pi­ngat emas bagi acara 100 dan 200 meter (m) pada Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai nanti.

Keyakinan itu berdasarkan kejayaannya merangkul pingat perak 100m dan gangsa 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu yang menjadikan Tebogo bercita-cita tinggi membawa pulang dua emas dari bumi Paris.

“Saya tidak perlu menjadi nombor satu sepanjang masa kerana berada di kelompok tiga ter­atas sudah memadai.

“Sudah tiba masanya atlet Afrika menguasai acara pecut di pentas antarabangsa,” katanya.

Selama ini, tiada atlet Afrika berada dalam kedudukan tiga teratas acara 100m di pentas Kejohanan Dunia sehinggalah Tebogo melakukannya di Budapest dengan masa 9.88 saat (s).

Catatan itu kurang 0.30s da­ripada rekod 100m dunia yang dicipta oleh legenda dunia dari Jamaica, Usain Bolt pada 2009.

Terdahulu, atlet pecut itu pernah merangkul pingat emas 100m pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia.

Kemenangan itu menjadi buah mulut penonton apabila dia meniru gaya Bolt dengan membuat isyarat tangan kepada pemenang pingat perak 100m, Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica sambil berlari menuju ke garisan penamat.

“Saya hanya mahu semua orang menikmati perlumbaan itu,” jelas Tebogo. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ejayaan-usain-bolt/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list