CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5073|Reply: 0

[Sabah] Mangsa PPRT roboh perlu bantuan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Chew (tengah) bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

SANDAKAN: Mangsa rumah roboh di Kampung Air Karamunting di sini memerlukan perhatian sewajarnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, kelmarin berlaku kejadian apabila rumah seorang penduduk roboh. Ia terjadi di Jambatan No.6 Kg Air di sini.

"Seorang ibu mempunyai 13 anak dan baharu bersalin menjadi mangsa dalam kejadian itu.

"Suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur turut bergegas balik ke Sandakan untuk menguruskan hal berkenaan.

"Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada sekitar jam 9 malam pada 15 April (Isnin).

"Setelah kedengaran bunyi keretakan berlaku, mangsa bersama kesemua 14 anak-anaknya segera keluar dari rumah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, rumah mangsa kemudian terus roboh ke dalam laut, bagaimanapun tiada kecederaan yang berlaku.

Chew dalam pada itu turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa. Ia merupakan kejadian kedua di kawasan yang sama.

"Saya juga meminta mangsa membuat laporan polis dan saya sendiri akan berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Daerah Sandakan untuk memohon bantuan bencana alam kepada mangsa.

"Ini merupakan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina semula pada 2012, selepas pernah roboh sebelum itu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.288690 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list