CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6647|Reply: 0

[Perak] 'Tandas pintar' dilengkapi RFID

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode

MURID menggunakan kemudahan yang ada di dalam tandas Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam hari ini. FOTO Bernama

Ipoh: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam di Chemor dekat sini, mengambil inisiatif mewujudkan 'tandas pintar' susulan pelaksanaan projek penyelenggaraan tandas sekolah oleh kerajaan.

Guru Besar sekolah berkenaan, Aslinda Saari berkata, dua tandas di sekolah itu yang diselenggara menerusi peruntukan RM70,000 daripada Kementerian Pendidikan dilengkapkan dengan mesin pengimbas pengecaman frekuensi radio (RFID), kamera litar tertutup (CCTV), pili inframerah dan televisyen.

Katanya, kelengkapan tandas berkenaan dibiayai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang bernilai kira-kira RM3,000.

"Mesin pengimbas RFID digunakan bagi mengutip data murid yang masuk ke tandas, manakala pili inframerah membolehkan air keluar apabila tangan dihalakan di bawah pili dan ini dapat menjimatkan penggunaan air berbanding pili biasa," katanya ketika ditemui Bernama.


Aslinda berkata, CCTV pula, antaranya bertujuan merakam kejadian tidak diingini seperti buli dan vandalisme, sementara video mengenai kebersihan tandas ditayang di televisyen yang dipasang di tandas berkenaan.

Beliau turut berkongsi kejayaan sekolah itu sebelum ini yang berjaya menjadi johan 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan di peringkat negeri Perak dan peringkat kebangsaan pada 2017.

Selain itu, SK Tanah Hitam juga dipilih sebagai johan Pertandingan Tandas 1Malaysia Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) (2017), serta johan Tandas Terbersih KPKT peringkat kebangsaan (2019).

Dalam pada itu, murid tahun tiga, Nur Mirza Zhafrisya Abdul Rahman berkata, dia berasa bangga dengan tandas sekolahnya yang moden, selesa dan cantik.

"Saya akan jaga tandas supaya bersih dan tidak rosak," katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM654.29 juta di bawah projek penyelenggaraan tandas membabitkan 8,354 sekolah dan institusi pendidikan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tar-dilengkapi-rfid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.298067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list