CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6677|Reply: 1

[Perak] Pekerja kilang belacan dituduh bunuh teman lelaki isteri

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Pekerja kilang belacan, D Tanabalan, 42, dituduh membunuh teman lelaki kepada isterinya di Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini. - Foto NSTP/Muhamad Lokman Khairi

TELUK INTAN: Pekerja kilang belacan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh kekasih isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, D Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh di hadapan Majistret T Ashvinii.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa membunuh S Sundararaj, 32, di tepi Jalan Taman Dato' Nazri Langkap, di sini, jam 6.30 petang, 5 April lalu.


Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai disebabkan mangsa mengganggu isteri tertuduh.
https://www.bharian.com.my/berit ... teman-lelaki-isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 12:13 PM | Show all posts
kesiannya dia... bini yg buat masalah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054724 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list