CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7897|Reply: 0

F1: Honda sedia kuasai saingan bermula musim 2026

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

KERJASAMA bersama Honda menarik minat Alonso untuk kekal bersama Aston Martin dan membantu pasukan itu memburu kejuaraan dunia. – AFP

LONDON – Honda melaungkan amaran bahawa mereka mele­takkan sasaran untuk memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) bermula musim 2026 selepas menjalani kerjasama bersama pasukan Aston Martin.

Bermula 2026, Honda akan mengalihkan pembangunan enjin F1 mereka ke Aston Martin selepas menamatkan kerjasama dengan kejayaan luar biasa bersama pasukan Red Bull Racing.

Honda sebelum ini memutuskan untuk meninggalkan F1 sehingga menyebabkan Red Bull bertindak untuk membangunkan enjin mereka sendiri serta mencari pengeluar enjin baharu apabila bakal bergabung dengan Ford pada 2026.

Presiden Honda, Koji Watanabe berkata, impian mereka untuk memburu gelaran dunia bermula musim 2026 turut di­sambut baik pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll.

“Cita-cita kami Honda dan Aston Martin adalah untuk menjadi juara dunia bermula 2026 dan seterusnya.

“Kami tahu langkah itu tidak mudah tetapi kami memerlukan sasaran yang baik bagi memastikan usaha itu terus berjalan seiring dalam usaha mencapai impian tersebut.

“Itu sebabnya kenapa Stroll dan Toshihiro Mibe (Presiden) meletakkan sasaran untuk memburu gelaran dunia F1 pada tahun 2026. Secara realiti, ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Minggu lalu, juara dunia dua kali, Fernando Alonso mengumumkan bahawa dia akan kekal bersama skuad itu sehingga 2026 selepas melaungkan keyakinan, terutama menerusi kerjasama Aston Martin-Honda. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... bermula-musim-2026/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.340422 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list