CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6444|Reply: 0

[Selangor] Tak malu hantar kod QR minta duit raya untuk anak

[Copy link]
Post time 18-4-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode

Ramai yang masih berkongsi kod QR bank masing-masing untuk kumpul duit raya anak-anak.

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir ibu bapa yang disifatkan tidak malu meminta-minta duit raya daripada keluarga mahupun kenalan dengan alasan untuk anak-anak mereka.

Meskipun sudah memasuki 9 Syawal hari ini, namun masih ramai yang menghantar kod QR menerusi ruangan perbualan WhatsApp dengan harapan ada pihak mahu berkongsi rezeki bersama.

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang secara terbuka meletakkan kod QR di media sosial masing-masing agar kenalan maya mereka juga turut menyumbang kepada duit raya anak-anak.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua. Mana tahu ada yang nak berkongsi duit raya dengan anak saya, kan minggu lepas tak sempat jumpa di kampung, duit raya tetap boleh bagi,” itu antara alasan yang diberikan segelintir ibu bapa yang masih mengharapkan duit raya buat anak-anak mereka.

Sementara itu, pengguna Facebook, Anna Maziana berkata, penghantaran kod QR untuk meminta duit raya seperti sudah menjadi satu trend apabila ada yang berani menghantarnya secara ‘random’ (rawak) kepada orang yang tidak dikenali.

“Merata-rata dekat Facebook, hantar random dekat orang tak dikenali. Belum lagi yang merungut, marah orang bagi sikit. Alasan barang semua dah mahal ketika ini.

“Tugas orang lain ke nak kena tanggung hidup kita anak beranak dengan duit raya? Bila orang tegur, bagi alasan bergurau la apa la. Selepas itu ramai pula yang menyokong,” katanya dalam satu hantaran baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... it-raya-untuk-anak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052843 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list