CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9093|Reply: 0

[Sarawak] Keunikan budaya, adat resam perlu dipelihara dan dipertahankan

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Harden (tiga kanan) menyalakan lampu raya bersama Abang Mohamad Porkan (dua kanan) serta yang lain semasa merasmikan majlis berkenaan di sini, malam Rabu.

SRI AMAN: Keunikan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang diamalkan sejak turun temurun di Sarawak perlu dipelihara dan dipertahankan serta disuburkan dengan sikap kekitaan, toleransi dan hormat menghornati antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, sikap yang baik ini dilihat mampu menjamin keharmonian dan mengelakkan perselisihan faham yang boleh menceruskan ketegangan kaum.

“Perayaan masyarakat Malaysia sebenarnya satu platform untuk kita merapatkan lagi hubungan ukwah sesama kita tanpa mengira kaum, agama mahupun bangsa dan ini telah lama wujud di negara kita Malaysia amnya dan Sarawak khasnya,”ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap smasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri  anjuran bersama Gabungan Lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kebajikan Islam Ketua Masyarakat serta Ketua Kaum (KMKK) Melayu di kawasan DUN Simanggang di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah di sini, malam Rabu.

Menurutnya, kehadiran ramai tetamu di majlis-majlis rumah terbuka perayaan dari pelbagai kaum merupakan manifestasi kehidupan yang harmoni di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Suasana perayaan bukan sahaja disambut secara bersendirian oleh kaum yang merayakannya malah turut dimeriahkan lagi dengan tradisi kunjung-mengunjung.

“ Saya amat teruja melihat sambutan majlis dengan penglibatan golongan pelbagai peringkat umur tetapi masih bersemangat mengambil bahagian dalam memeriahkan suasana Hari Raya dan kita nampak para penduduk menghiburkan kita dengan lagu Hari Raya dan juga kita melihat betapa bersemangatnya rakan kita menarikan tarian zapin dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola majlis, Ketua Kampung Shaibi Bakir ketika berucap pada majlis berkenaan turut menyentuh tentang jasa dan sumbang bakti Harden dalam membantu menyediakan prasarana dan menyumbang dana untuk pertubuhan dan persatuan amat besar dan bermakna buat masyarakat Melayu di DUN Simanggang.

Justeru, beliau mengungkap melalui pantun "Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa".

“ Ungkapan tersebut bermaksud masyarakat Melayu yang terkenal dengan adap dan budi bahasa harus bersyukur dengan taraf pembangunan yang disediakan oleh kerajaan melalui wakil rakyatnya yang berprestasi cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, Harden turut menyatakan rasa terima kasih di atas sokongan komuniti Melayu di DUN Simanggang.

“Saya tidak akan melupakan sokongan mereka dengan membalasnya menyediakan prasarana yang dipohon oleh mereka,”ujarnya lanjut.

Dalam perkara lain, Harden turut mengharapkan permohonan bagi mendapatkan dua bidang kuasa baru untuk Ketua Kaum di Taman Sri Jaya dan di Taman Desa Indah dan satu bidang kuasa penghulu dapat dipercepatkan kelulusannya.

“Sebagai wakil rakyat di Simanggang, saya berharap Residen Bahagian Sri Aman yang juga Pengerusi Panel Pemilihan KMKK Bahagian Sri Aman mempercepatkan permohonan bagi mendapatkan dua bidang kuasa baru untuk Ketua Kaum, Kaum Melayu di dua kawasan taman perumahan tersebut,” tambahnya lanjut.

Pada majlis tersebut, Harden turut menyerahkan cekk projek kecil luar bandar (MRP) bagi kawasan DUN Simanggang kepada 17 pertubuhan dan Jawatankuasa Pengelola Majlis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,000.

Peruntukan tersebut digunakan oleh setiap pertubuhan membiayai kos mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti masing-masing.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Temenggong Mohd Shah Achang, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Zamari Morshidi, Penghulu Abang Norin Abang Noruddin, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai serta  Penghulu Tiong Chong Onn.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054314 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list