CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8903|Reply: 0

[Sarawak] Rizq Aqil meninggal dunia

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


SK South Miri menerusi satu hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rizq Aqil yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Miri.
MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama bapanya di Jalan Airport di sini pada Selasa, meninggal dunia pada kira-kira jam 4.30 pagi Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

“Ya, (mangsa) meninggal dunia pada jam lebih kurang 4.30 pagi tadi (Khamis),” katanya dalam kenyataan ringkas.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Rizq Aqil Mohd Firdauz, 12, yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Alexson dalam kenyataan media sebelum ini memberitahu, kemalangan pada kira-kira jam 2.32 petang Selasa lalu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun.

“Hasil siasatan mendedahkan kereta terbabit dipandu dari arah pusat bandar dan apabila tiba di tempat kejadian ia dipercayai telah melanggar sebuah lori di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Miri, manakala anaknya yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.



Kejadian kemalangan diantara sebuah kereta dengan lori pada petang Selasa yang mengakibatkan pemandunya meninggal di tempat kejadian pada hari yang sama, manakala penumpangnya kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal awal pagi Khamis.

Menurut Alexson, kesan pelanggaran menyebabkan kereta tersebut remuk teruk pada bahagian hadapan dan lori mengalami kerosakan di bahagian kiri belakang.

Sementara itu, hantaran di Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) South di sini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan Rizq Aqil dan bapanya Mohd Firdauz Chemat.

Sekolah itu menyifatkan Rizq Aqil terkenal dengan sapaan penuh senyuman mesra, sangat rajin membantu guru-guru, proaktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti dan berani menyahut cabaran.

“Bukan sekadar pelajar, Rizq Aqil adalah cahaya yang bersinar di dalam kelas.

"Semangat beliau untuk belajar, kebaikan beliau terhadap rakan sebaya dan keazaman beliau yang tidak berbelah bahagi benar-benar memberi inspirasi.

“Senyuman dan sapaan mesra beliau menaikkan semangat orang di sekeliling dan sentiasa menawarkan bantuan.

“Marilah kita mengingati dan mendoakan adik Rizq Aqil bukan sahaja untuk kehilangan yang kita rasai tetapi juga untuk kegembiraan dan inspirasi yang beliau bawa ke dalam hidup kita.

"Semoga syurga tempatmu kembali wahai anak didik yang dikasihi,” menurut hantaran tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.519718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list