CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8278|Reply: 0

[Sarawak] Laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun FB kerana hina Premier Sarawak

[Copy link]
Post time 18-4-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Samat (lima kanan) menunjukkan laporan polis bersama setiausaha politik lain di hadapan Balai Polis Satok hari ini.

KUCHING: Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana memuat naik kenyataan yang menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini.

Nama-nama yang turut tertera dalam kenyataan yang dimuat naik tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

"Laporan polis yang sama juga akan dibuat di daerah lain di Sarawak agar pihak polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengambil tindakan sewajarnya," kata Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany.

Beliau bersama beberapa setiausaha politik hadir di Balai Polis Satok untuk membuat laporan tersebut hari ini.

Tambahnya, dalam laporan itu, siasatan dicadangkan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Buat masa ini, kita tidak dapat pastikan di mana individu ini berpangkalan,” kata Abdul Samat.

Beliau menambah orang ramai harus berhati-hati dalam memuat naik bahan di media sosial mereka.

“Tolong, jangan buat sebarang kenyataan di akaun media sosial tanpa fakta atau bukti yang betul terutama jika ia berkaitan dengan kerajaan,” katanya.

Beliau menyatakan semua setiausaha politik akan terus memantau platform media sosial untuk sebarang kenyataan menghina yang berpotensi menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058471 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list