CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7785|Reply: 0

[Johor] Kontraktor dipenjara gagal bayar denda RM5,000

[Copy link]
Post time 22-4-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Mohd Ronny Johan dipenjara kerana gagal membayar denda RM5,000 atas kesalahan mencuri di tapak binaan. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Kontraktor syarikat pembekal elektrik dihantar ke penjara kerana gagal membayar denda RM5,000 dikenakan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan mencuri pelbagai besi di tapak binaan, Isnin lalu.

Tertuduh Mohd Ronny Johan Katiman, 48, yang didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan harta curi iaitu enam set besi perancah, 22 batang besi link, besi pemijak (3) dan satu set wayar penyambung milik wanita berusia 50 tahun di Parit Raja, di sini, pada 11.45 malam, 17 April lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarul Arifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Selepas mengambil kira pengakuan salah dan mensabitkan tertuduh dengan kesalahan dilakukan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000.

Mahkamah juga memutuskan tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bayar-denda-rm5000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055816 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list