CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 0

[Kelantan] Kanak-kanak Orang Asli hidap lelah, sesak nafas naik helikopter ke hospital

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Arafal Danas (didukung) memakai alat bantuan pernafasan ketika turun dari helikopter JBPM semasa tiba di Balai Bomba Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dari Pos Bihai di sini yang mengalami masalah pernafasan akibat lelah dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Arafal Danas Al Addy, 3, ditemani ibunya, Sawana John, 34, dibawa menggunakan pesawat jenis Mi-17-IV ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan susulan.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri, berkata kanak-kanak lelaki terbabit diberi bantuan pernafasan kerana mengalami lelah, demam panas, batuk dan selsema.

Katanya, pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan sepanjang penerbangan dari Pos Bihai ke Hospital Gua Musang.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang pada pukul 3.05 petang dan tiba di Pos Bihai kira-kira sejam kemudian.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat meneruskan penerbangan ke Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Gua Musang dan tiba pada pukul 4.35 petang. Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Rizzan memberitahu, operasi pemindahan perubatan (Medevac) terbabit diketuai oleh juruterbang Mohd. Azuna Mohamed Sabri dan dibantu oleh Mohd. Faizal Abd. Latiff serta enam lagi anggota.

“Pesawat berlepas pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang pada pukul 4.40 petang dan selamat mendarat kira-kira pukul 6.05 petang.

“Keadaan cuaca agak baik dan hujan di sesetengah tempat dengan jarak penglihatan hadapan melebihi 10 kilometer selain tiupan angin dengan kelajuan lima hingga 10 knot,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kopter-ke-hospital/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.135502 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list