CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3957|Reply: 0

EPL: Pemain balas kepercayaan Klopp

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

GRAVENBERCH (tengah) berjaya meledak gol pertamanya bersama Liverpool dalam saingan EPL ketika menewaskan Fulham kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui keputusan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap para pemainnya terbalas apabila mereka berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Kemenangan tersebut memastikan pemburuan Liverpool untuk menjulang gelaran EPL terus menyala apabila mengumpul mata yang sama dengan pendahulu liga, Arsenal selepas kedua-dua pasukan gergasi EPL itu meraih 74 mata ketika berbaki lima perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Kloop membuat keputusan merehatkan beberapa pemain utama termasuk penjaring terbanyak, Mohamed Salah di bangku simpan selepas kurang daripada 72 jam mereka tersingkir dari Liga Europa kepada Atalanta.

Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota berjaya menjaringkan gol pertama mereka selepas selepas tempoh dua bulan, manakal Ryan Gravenberch meledak gol pertamanya dalam saingan EPL.

“Semua pemain ini mempunyai kualiti yang hebat. Kadang-kadang momentum itu ada dan adakalanya ia hilang, tetapi kualiti yang mereka pamerkan tetap luar biasa.

“Apapun, keputusan yang kami capai pada hari ini sangat penting. Saya suka dengan persembahan yang mereka tunjukan pada hari ini. Kami perlukan lima lagi aksi seperti ini dan kami perlu berjuang untuk perlawanan seterusnya,” kata Kloop.

Selepas ini, Liverpool akan berdepan Everton pda 25 April ini dan seterusnya berkunjung ke West Ham (27 April) sebelum melayan kunjuan Tottenham pada 5 Mei nanti. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -kepercayaan-klopp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list