CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4059|Reply: 0

[Kelantan] Menu ayam punca 75 pelajar keracunan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Fadhlina Sidek (kanan).

Gua Musang: Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan susulan 75 pelajar sebuah sekolah menengah di negeri ini mengalami keracunan makanan, Sabtu lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tiadakompromi terhadap isu yang membabitkan kesihatan pelajar.

"(Isu keracunan) dalam tindakan, saya tidak fikir kita akan berkompromi dalam soal yang berkait rapat dengan anak-anak kita.

"Jadi tindakan sudah kita ambil dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan siasat kejadian ini.


"Keutamaan kita adalah kepada kesihatan anak-anak murid kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text (ERDT) Bawah Program Literasi Untuk Murid Orang Asli Dan Pribumi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan kira-kira 20 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di bandar ini menerima rawatan selepas disyaki keracunan makanan.

Kejadian dikatakan membabitkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun selepas mereka dipercayai menikmati nasi bungkus bersama kuah gulai dan ayam goreng.

Sementara itu, Menu ayam dipercayai menjadi punca 75 pelajar sekolah menengah itu mengalami keracunan makanan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata semua mangsa sudah menerima rawatan dan tiada kes masuk wad dilaporkan.

"Kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir adalah semalam dan ia dipercayai berpunca daripada menu ayam.

"70 pelajar mengalami gejala ringan dan lima orang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan sudah dibenarkan pulang," katanya ketika ditemui pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 75-pelajar-keracuna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.123123 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list