CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5579|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penolong penguat kuasa KPDN didakwa tipu lelaki

[Copy link]
Post time 24-4-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Penolong penguat kuasa KPDN didakwa tipu lelaki


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 24, 2024 @ 11:51am bhnews@bh.com.my




Mohd Zaimi berdepan pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan rayuan pengurangan kompaun di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. - Foto BH/Nur Izzati Mohamad





BUTTERWORTH: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan rayuan pengurangan kompaun.

Tertuduh, Mohd Zaimi Sham Mahmood, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon kesnya dibicarakan ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa menipu seorang lelaki berusia 45 tahun dengan memperdaya mangsa mempercayai Jawatankuasa Rayuan Kompaun di Ibu Pejabat KPDN Putrajaya telah menolak rayuan kompaun mangsa bagi kesalahan berhubung Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai penolong pegawai penguat kuasa Gred KP29 di Cawangan KPDN Timur Laut kononnya ingin membantu mangsa mengurangkan kadar kompaun berkenaan yang secara curangnya telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM3,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Persiaran Bayan Indah dalam daerah Barat Daya, dekat sini, antara jam 5.35 petang hingga 5.50 petang, pada 13 Mei 2022.

Pendakwaan dikemuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh diwakili peguam, V Parthipan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 29 Mei depan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048928 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list